• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sempena Kaamatan Tak Lama Lagi, Anak Sabah Ini Pakai Baju Tradisional Di Puncak Gunung Kinabalu

Oleh
Husna Hazmi
14 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Sheryll Josh kelihatan sungguh anggun di puncak Gunung Kinabalu mengenakan pakaian tradisional Dusun Kimaragang.

Sempena Kaamatan Tak Lama Lagi, Anak Sabah Ini Pakai Baju Tradisional Di Puncak Gunung Kinabalu. Anggun jelita di puncak Gunung Kinabalu, Sheryll Josh yang bangga dengan budaya dan warisan masyarakat Dusun Kimaragang mengenakan pakaian tradisonal masyarakat berkenaan di puncak Gunung tertinggi di Asia Tenggara.

Baru-baru ini, Sheryll telah berjaya menawan Gunung Kinabalu dan berkongsikan gambar dirinya di Instagram memakai pakaian tradisional Dusun Kimaragang.

Sempena Kaamatan Tak Lama Lagi, Anak Sabah Ini Pakai Baju Tradisional Di Puncak Gunung Kinabalu
Sempena Kaamatan Tak Lama Lagi, Anak Sabah Ini Pakai Baju Tradisional Di Puncak Gunung Kinabalu

Sambutan awal buat Hari Kaamatan tidak lama lagi

Pendakian ini juga dikatakan cara Sheryll menyambut Hari Kaamatan atau Pesta Menuai yang akan berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 30 dan 31 Mei.

Mendapat inspirasi daripada pendaki lain yang turut mengenakan pakaian tradisional di puncak gunung Kinabalu, gadis jelita ini melakukan perkara yang sama dan berasa amat bangga dengan budaya dan warisan komunitinya.

Untuk pengetahuan, Dusun Kimaragang ini adalah sebahagian daripada rumpun suku Kadazan Dusun yang merupakan antara suku tertua di Borneo.

Sempena Kaamatan Tak Lama Lagi, Anak Sabah Ini Pakai Baju Tradisional Di Puncak Gunung Kinabalu

Walaupun menghidap penyakit lelah, Sheryll berjaya menawan Gunung Kinabalu

Walaupun Sheryll menghidap penyakit lelah, ia tidak menghalang dirinya daripada menjejak kaki buat kali ketiga ke gunung Kinabalu ini berbekalkan ubat-ubatannya.

Gambar yang diambil dengan menggunakan baju tradisonal itu juga adalah salah satu cabaran kerana puncak tersebut amatlah sejuk dan oleh kerana kakinya terdedah, sheryll berkata dia seperti berdiri di atas ketulan ais.

Apapun, tahniah diucapkan kepada gadis jelita ini kerana berjaya menawan gunung tertinggi di Asia Tenggara dengan mengenakan pakaian tradisonal yang melambangkan keunikan budaya yang terdapat di Sabah!

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Iron Man Buat Kemunculan Di Sabah, Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu
‘Salah Pin Meeting Ni’, Lelaki Jepun Berpakaian Lengkap Pejabat Berjaya Tawan Gunung Kinabalu
SUMBER :BTS Media
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tergamak Bunuh Adik Kandung, Bekas Pemain Ragbi Sabah Berdepan Hukuman Mati
Next Article Sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2023, Jalan Gambir Ke Jalan Main Bazar Bakal Ditutup Mulai Esok

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?