• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Sempena Kebenaran Melancong Ke Sabah, AirAsia Tawar Promosi Penerbangan Harga Durian Runtuh Serendah RM13

Oleh
Husna Hazmi
1 November 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Cepat rebut peluang anda, promosi adalah terhad!

Sempena Kebenaran Melancong Ke Sabah, AirAsia Tawar Promosi Penerbangan Harga Durian Runtuh Serendah RM13. Syarikat penerbangan AirAsia akan menambah kekerapan penerbangan ke, dari dan dalam negeri Sabah berkuatkuasa hari ini (1 November 2021) berikutan keputusan kerajaan negeri untuk melonggarkan syarat kemasukan kepada rakyat Malaysia dan warganegara asing sempena pembukaan semula sektor pelancongan domestik.

Sempena Kebenaran Melancong Ke Sabah, AirAsia Tawar Promosi Penerbangan Harga Durian Runtuh Serendah RM13
Sempena Kebenaran Melancong Ke Sabah, AirAsia Tawar Promosi Penerbangan Harga Durian Runtuh Serendah RM13

Syarat masuk Sabah

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah telah mengumumkan bahawa pelawat dari luar negeri tidak lagi perlu mendapatkan kelulusan kemasukan dari kerajaan negeri dan pihak polis mulai 1 November.

Syarat bagi individu yang ingin ke Sabah adalah lengkap vaksin Covid-19 dan juga individu hanya perlu mengemukakan keputusan negatif Covid-19 sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK-AG.

Pelawat yang berumur antara 12 dan 18 tahun mestilah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun perlu melakukan perjalanan dengan ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap divaksin.

Sempena Kebenaran Melancong Ke Sabah, AirAsia Tawar Promosi Penerbangan Harga Durian Runtuh Serendah RM13

Penerbangan antara Sabah dan Sarawak hanya serendah RM13 sehala

Bermula 1 November 2021 sehingga 7 November 2021, pelanggan boleh menempah penerbangan dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau dengan harga serendah RM99 sehala, manakala penerbangan antara Sabah dan Sarawak hanya serendah RM13 sehala. Terbaiklah!

Penerbangan boleh ditempah di airasia Super App sekarang dengan menekan ikon ‘Flights’ untuk tempoh perjalanan bermula 8 November 2021 sehingga 29 Oktober 2022. Bagi pelanggan yang mempunyai Akaun Kredit juga boleh menggunakannya untuk menebus penerbangan ini. Promosi adalah terhad.

AirAsia akan mengendalikan hampir 300 penerbangan mingguan mulai 1 November, menghubungkan Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau di Sabah dengan Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama lain di Semenanjung Malaysia dan Sarawak, menandakan peningkatan sebanyak 75% daripada lebih 170 penerbangan mingguan pada masa ini.

Tunggu apa lagi, cepat tempah tiket Flight anda sekarang!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Semua Pusat Hiburan Keluarga Dan Karaoke Di Sarawak Dibuka Semula Esok Semua Pusat Hiburan Keluarga Dan Karaoke Di Sarawak Dibuka Semula Esok
Next Article Bisnes ‘Ngopi’ Belakang Kereta, Konsep Kedai Bergerak “Kopi Dan Kamu” Jadi Tarikan Baru Di Coco Cabana Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?