• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Bisnes ‘Ngopi’ Belakang Kereta, Konsep Kedai Bergerak “Kopi Dan Kamu” Jadi Tarikan Baru Di Coco Cabana Miri

Oleh
Ismail NA
1 November 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Hirup secawan kopi sambil layan matahari terbenam di pinggir batuan. Asyik!

Bisnes ‘Ngopi’ Belakang Kereta, Konsep Kedai Bergerak “Kopi Dan Kamu” Jadi Tarikan Baru Di Coco Cabana Miri. Kemunculan pondok kopi atau street coffee dilihat sebagai satu trend sejak kebelakangan ini. Walaupun konsepnya dekat di hati anak muda, namun menu kopi yang dijual itu sendiri adalah sesuatu yang universal dan gemar dinikmati oleh pelbagai lapisan usia. Dari golongan remaja sehinggalah ke warga tua.

Isi Isi Penting
  • Hirup secawan kopi sambil layan matahari terbenam di pinggir batuan. Asyik!
  • Mula ‘home brew’ di rumah selama sebulan sebelum buka pondok bergerak
  • Inspirasi dari warung kopi di Malaysia, Thailand dan Indonesia
  • 5 menu dengan rasa kopi yang nyaman dan menenangkan
  • Beroperasi setiap Selasa hingga Ahad, jam 4.30 hingga 6.30 petang
  • Kedai kopi indie juga boleh anda temui di Kuching. Ini senarainya :

Di Miri, sebuah pondok kopi kecil telah muncul untuk menemani pejalan kaki dan pengunjung di Coco Cabana, Miri. Berkonsepkan pondok kecil bergerak menggunakan kereta, perniagaan kopi kecil ini diusahakan oleh dua orang anak muda Miri.

Mula ‘home brew’ di rumah selama sebulan sebelum buka pondok bergerak

Pondok kopi kecil yang diberi nama ‘Kopi dan Kamu’ ini dibuka oleh Mohd Hazwan Bin Hassim bersama saudaranya, Nur Syazani Bin Sidop. Memberitahu kepada I Love Borneo, mereka berdua memulakan perniagaan seduhan kopi secara ‘home brew’ di rumah sahaja selama sebulan. Dalam tempoh permulaan ini juga, seduhan minuman kafein Kopi dan Kamu ini juga ditawarkan menerusi khidmat ‘Cash-on-Delivery’ (COD).

Bisnes 'Ngopi' Belakang Kereta, Konsep Kedai Bergerak "Kopi Dan Kamu" Jadi Tarikan Baru Di Coco Cabana Miri
Pemilik ‘Kopi dan Kamu’ : Hazwan (kiri) dan Syazani (kanan). Foto ihsan Kopi dan Kamu.
Bisnes 'Ngopi' Belakang Kereta, Konsep Kedai Bergerak "Kopi Dan Kamu" Jadi Tarikan Baru Di Coco Cabana Miri
Kredit : IG @kopidankamu.my

Menyedari minat mereka yang mendalam terhadap cita rasa kopi, Hazwan dan Syazani kemudiannya berhasrat untuk berkongsi citarasa tersebut kepada orang ramai dengan membuka sebuah pondok kopi bergerak. Menggunakan bonet belakang kereta Perodua Alza dan pinggir jalan Coco Cabana sebagai tapak jualan, ternyata konsep ini adalah sesuatu yang unik dan seumpamanya yang ada di Miri.

Bisnes 'Ngopi' Belakang Kereta, Konsep Kedai Bergerak "Kopi Dan Kamu" Jadi Tarikan Baru Di Coco Cabana Miri
Foto ihsan Kopi dan Kamu.
Bisnes 'Ngopi' Belakang Kereta, Konsep Kedai Bergerak "Kopi Dan Kamu" Jadi Tarikan Baru Di Coco Cabana Miri
Foto ihsan Kopi dan Kamu.

Inspirasi dari warung kopi di Malaysia, Thailand dan Indonesia

Idea untuk membuka kedai kopi ini tercetus apabila Hazwan dan saudaranya mahu mencari mata pencarian selepas bergraduasi dari institusi pengajian tinggi. Inspirasi pondok kopi bergerak ini adalah daripada konsep ‘street coffee’ atau warung kopi yang semakin tumbuh rancak di Malaysia, Thailand dan Indonesia, Sesuai dengan tagline nya, “Sharing story on every brew”, maka mereka mencuba nasib untuk menyediakan seduhan kopi yang dapat meninggalkan memori dan cerita tersendiri buat pelanggannya.

Bisnes 'Ngopi' Belakang Kereta, Konsep Kedai Bergerak "Kopi Dan Kamu" Jadi Tarikan Baru Di Coco Cabana Miri
Kredit : @aqim.shj via IG @kopidankamu.my

Walaupun hanya berniaga dari but kereta, namun pemiliknya tetap mahu menghidangkan kopi yang berkualiti buat kesemua pelanggannya. Menurut Hazwan, mereka menggunakan biji kopi segar dari Local Roaster, seterusnya menghasilkan pati shot Espresso sebagai bahan utama kopi mereka. Biji kopi segar ini adalah dari jenis seperti El Salvador, Colombia, Ethiopia, dan Indonesia.

5 menu dengan rasa kopi yang nyaman dan menenangkan

Menghampiri hampir 1 bulan sejak mereka berniaga di Coco Cabana, terdapat 5 menu kopi yang mereka tawarkan seperti AMERICANO (The Minimalist), LATTE (The Classic), Salted Caramel Latte (The Honest), dan Mocha (The Young-at heart). Yang paling laris dan digelar menu signature di ‘Kopi dan Kamu’ adalah Salted Caramel Latte kerana gabungan rasa pahit dan manis-manis masin karamel yang mantap dan menggamit deria rasa.

Bisnes 'Ngopi' Belakang Kereta, Konsep Kedai Bergerak "Kopi Dan Kamu" Jadi Tarikan Baru Di Coco Cabana Miri
Foto ihsan Kopi dan Kamu.
Bisnes 'Ngopi' Belakang Kereta, Konsep Kedai Bergerak "Kopi Dan Kamu" Jadi Tarikan Baru Di Coco Cabana Miri
Bisnes ‘Ngopi’ Belakang Kereta, Konsep Kedai Bergerak “Kopi Dan Kamu” Jadi Tarikan Baru Di Coco Cabana Miri. Kredit : @aqim.shj via IG @kopidankamu.my

Jelas Hazwan, lokasi mereka akan berubah dari semasa ke semasa memandangkan pondok kopi mereka adalah berkonsepkan pondok kopi bergerak. Setakat waktu artikel ini diterbitkan, Coco Cabana masih menjadi tapak utama jualan mereka. Mereka juga mempunyai impian agar dapat membuka kedai kopi sendiri di Miri pada masa akan datang dan menyajikan kopi dengan rasa ‘bahagia’ dalam setiap hirupan.

Bisnes 'Ngopi' Belakang Kereta, Konsep Kedai Bergerak "Kopi Dan Kamu" Jadi Tarikan Baru Di Coco Cabana Miri
Foto ihsan Kopi dan Kamu.

Beroperasi setiap Selasa hingga Ahad, jam 4.30 hingga 6.30 petang

Pondok kecil ‘Kopi dan Kamu’ ini beroperasi setiap Selasa hingga Ahad, dari jam 4.30 petang sehingga jam 6.30 petang. Untuk mengikuti perkembangan lanjut tentang pondok kecil ‘Kopi dan Kamu’ ini, anda boleh mengikuti mereka di laman Instagram dan Facebook mereka; @kopidankamu.my

Bisnes 'Ngopi' Belakang Kereta, Konsep Kedai Bergerak "Kopi Dan Kamu" Jadi Tarikan Baru Di Coco Cabana Miri
Bisnes 'Ngopi' Belakang Kereta, Konsep Kedai Bergerak "Kopi Dan Kamu" Jadi Tarikan Baru Di Coco Cabana Miri
Foto ihsan Kopi dan Kamu.

Minuman kopi di pondok kecil Kopi dan Kamu ini tentunya adalah sesuatu yang wajib jika anda singgah ke Coco Cabana, Miri. Apatah lagi, kopi yang diseduh khas ini boleh jadi suatu nikmat kebahagiaan dan peneman anda sambil melayan angin redup dan pemandangan matahari terbenam di tebing berbatu. Bertepatan dengan prinsip ‘Kopi dan Kamu’; bahagia itu sederhana.

Kedai kopi indie juga boleh anda temui di Kuching. Ini senarainya :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sempena Kebenaran Melancong Ke Sabah, AirAsia Tawar Promosi Penerbangan Harga Durian Runtuh Serendah RM13
Next Article Penginapan Mewah Serendah RM 120, Manfaatkan Pakej Cuti Khas Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?