• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Semua Positif Dadah, 4 Suspek Cederakan Timbalan Menteri Sarawak Berjaya Ditahan

Oleh
Husna Hazmi
4 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Keempat-empat suspek didapati positif dadah.

Semua Positif Dadah, 4 Suspek Cederakan Timbalan Menteri Sarawak Berjaya Ditahan. Dilaporkan bahawa, pihak berkuasa telah berjaya menahan empat lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam kes mencederakan timbalan menteri Sarawak di lokasi berasingan pada hari ini.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, kesemua suspek berkenaan berjaya ditangkap oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada awal pagi tadi.

Semua Positif Dadah, 4 Suspek Cederakan Timbalan Menteri Sarawak Berjaya Ditahan
Semua Positif Dadah, 4 Suspek Cederakan Timbalan Menteri Sarawak Berjaya Ditahan. Sumber foto: Utusan Borneo

Lokasi tangkapan suspek berbeza

Beliau berkata bahawa, lokasi tangkapan keempat-empat suspek itu ialah di kawasan Tabuan Hilir, Semariang, Petra Jaya dan Jalan Simpang Tiga, Kuching.

Turut dirampas daripada suspek ialah kereta Volkswagen berwarna putih di Taman Sukma, Jalan Sultan Tengah Kuching yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian.

“Hasil semakan ke atas semua suspek berumur antara 23 hingga 32 tahun itu, mereka mempunyai rekod jenayah dan dadah,” jelas beliau dalam kenyataan hari ini. 

Azman turut berkata, ujian saringan ke atas air kencing suspek mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis Methampethamin manakala seorang positif ganja.

Semua Positif Dadah, 4 Suspek Cederakan Timbalan Menteri Sarawak Berjaya Ditahan
Gambar sekadar hiasan

Reman ke atas suspek telah diluluskan

Selain itu, beliau turut berkata reman ke atas suspek telah diluluskan oleh majistret selama empat hari sehingga 8 Jun 2023 untuk membantu siasatan kes.

Tegas beliau lagim, kes ini disiasat di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya dan hukuman penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Susulan penangkapan empat individu berkenaan, pihak polis berjaya menyelesaikan kes melibatkan seorang timbalan menteri Sarawak yang dicederakan seperti dilaporkan baru-baru ini.

Kertas siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan arahan tuduh di mahkamah,” tambah beliau.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Sarawak telah diserang oleh 4 individu tidak dikenali:

Alami Cedera Ringan, Timbalan Menteri Sarawak Diserang 4 Individu Tidak Dikenali Di Tabuan Jaya
Padah Cederakan Timbalan Menteri Sarawak, 4 Suspek Kini Dalam Buruan Pihak Polis
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tinggalan Budaya Purba, Kenali Lagi Tentang Batu 'Megalith' Di Sarawak Tinggalan Budaya Purba, Kenali Lagi Tentang Batu ‘Megalith’ Di Sarawak
Next Article KPT Harus Benarkan Pelajar Pakai Pakaian Tradisional Semasa Konvokesyen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?