Ini senarai acara-acara menarik yang anda boleh lock the date!🔒
Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan November 2024. Kalau di Sarawak, setiap bulan pasti ada acara-acara yang menarik dan pelbagai aktiviti menarik, akan dipenuhi dengan pelbagai acara menarik sepanjang bulan Oktober ini.
Salah satu acara terbesar di Sarawak iaitu Regatta Sarawak telah pun berlangsung pada awal November ini, mari kita lihat apa juga acara-acara menarik yang boleh didapati di Sarawak:
1. Niah Fest (1 – 24 Nov 2024, Taman Negara Niah)
Niah Fest diadakan sempena ulang tahun ke-50 Taman Negara Niah dan berlangsung dari 1 hingga 24 November 2024. Acara ini bertujuan untuk meraikan keindahan serta kepentingan sejarah dan budaya Niah. Pelbagai aktiviti menarik diatur, termasuk teka silang kata, pertandingan video kreatif, dan pertandingan nyanyian Niah Idol yang menjanjikan hiburan serta bakat tempatan.
2. Pesta Benak Sri Aman (29 Nov – 1 Dis 2024, Sungai Batang Lupar, Sri Aman)
Pesta Benak Sri Aman ialah acara unik yang meraikan fenomena ombak benak, iaitu ombak pasang besar yang berlaku di Sungai Batang Lupar, Sri Aman. Festival ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti perlumbaan perahu, sukan air, persembahan kebudayaan, dan gerai-gerai jualan. Pengunjung juga berpeluang melihat keindahan fenomena benak yang jarang ditemui ini sambil menikmati suasana meriah bersama penduduk tempatan.
3. International Bird Singing & Chirping Style Competition (16 Nov 2024, Dataran Dewan Suarah Sri Aman)
Pertandingan burung berkicau ini menarik peminat burung dari pelbagai negara yang ingin menyaksikan kepakaran burung-burung yang dilatih untuk berkicau dengan gaya unik. Pertandingan ini menjadi platform bagi peminat dan penggiat burung untuk berkumpul, bertukar pengalaman, dan mempamerkan keindahan burung-burung dari pelbagai spesies. Ia juga satu acara yang meriah dengan pelbagai aktiviti berkaitan hobi ini, menarik pengunjung dari dalam dan luar negara.
4. Borneo Craft Global (27 Nov – 1 Dis 2024, Kuching Waterfront Sarawak)
Borneo Craft Global ialah acara yang menghimpunkan kraf tangan dari serata Borneo dan Asia Tenggara. Diadakan dengan skala antarabangsa, acara ini menampilkan produk kraf seperti tekstil, anyaman, dan barangan hiasan yang dibuat oleh pengrajin tempatan. Pameran ini memberi peluang kepada karyawan kraf untuk mempromosikan karya mereka dan menjalin hubungan dengan penggiat kraf dari seluruh dunia.
5. Limbang 2024 International Open Tug-of-War Championship, YAB Premier of Sarawak Cup (22-24 Nov 2024, Limbang Sports Complex)
Acara sukan tahunan yang diperkenalkan pada 2007, melibatkan peserta dari Brunei Darussalam, Indonesia, Sabah, dan Labuan. Apa yang menjadikan kejohanan ini unik dan tersendiri daripada yang lain adalah komitmennya untuk mengekalkan unsur-unsur budaya tradisional di wilayah Limbang. Peserta bertanding tanpa alas kaki, menggunakan teknik ‘kaki ayam’, tidak seperti pertandingan bertema moden yang memerlukan peserta memakai kasut
6. Proudly Craft Sarawak – Best of Craft of Sarawak (22 Nov – 1 Dis 2024, Bintang Mega Mall Miri)
Acara Proudly Craft Sarawak di Miri mempamerkan hasil seni dan kraf tangan yang terbaik dari seluruh Sarawak. Pengunjung dapat melihat dan membeli pelbagai barangan kraf tradisional, termasuk tekstil, anyaman, tembikar, dan hasil seni asli Sarawak.
7. Bintang P.Ramlee (28-30 November 2024, Kuching)
Bintang Kecil ialah pertandingan nyanyian untuk kanak-kanak yang berbakat dalam nyanyian. Program ini memberi peluang kepada bakat muda untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam persembahan muzik.
8. Bintang Kecil (28-30 November 2024, Kuching)
Bintang Kecil ialah pertandingan nyanyian untuk kanak-kanak yang berbakat dalam nyanyian. Program ini memberi peluang kepada bakat muda untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam persembahan muzik.
9. Pesta Orang Kampung (6-10 Nov 2024, Dataran Town Square Phase 2, Sibu)
Pesta Orang Kampung kini kembali ke Sibu dengan suasana yang lebih meriah selama 5 hari, bermula 6 hingga 10 November 2024. Acara ini disertai lebih daripada 100 vendor makanan dan minuman yang menawarkan pelbagai juadah tempatan. Pengunjung dijemput hadir dengan berpakaian tradisional, terutamanya baju kebaya dan pakaian klasik Melayu, memeriahkan lagi suasana kampung yang diraikan.
10. Taste of Borneo 3.0 Cultural Carnival (30 Okt – 10 Nov 2024, tempat letak kereta Boulevard Commercial Centre)
Festival suku kaum terbesar di Miri ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang menampilkan keunikan budaya suku-suku kaum di Sarawak. Acara yang berlangsung di kawasan tempat letak kereta Boulevard Commercial Centre ini menawarkan lebih daripada 20 jenis pameran barangan etnik serta pelbagai hidangan tradisional suku kaum.
11. Festival OhMydin Fun Run (9 Nov 2024, MYDIN Petra Jaya, Kuching)
Acara larian santai ini dianjurkan oleh pasaraya Mydin dengan tema yang menyeronokkan. Peserta akan menyertai larian dalam suasana yang riang, lengkap dengan pelbagai aktiviti seperti pemberian hadiah dan persembahan hiburan.
12. Sada Kenyalang 2024 (16 November 2024, BCCK)
Sada Kenyalang 2024 adalah festival koir antarabangsa yang bakal diadakan di Kuching, menampilkan persembahan dan simposium bertaraf dunia. Acara ini amat dinantikan kerana menampilkan Philippine Madrigal Singers yang terkenal, di samping persembahan koir dari seluruh dunia. Konsert Music and Words 2024 akan menjadi tumpuan utama festival ini, memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati persembahan muzik yang unik dan mendalam.
13. Yotoku Food Festival and Art
ANAS Popcorn bakal memeriahkan Sibu dengan kehadirannya buat kali pertama di Dataran Sibu dari 20 hingga 24 November 2024. Acara ini menampilkan pelbagai vendor yang membawa menu viral dan menarik khusus untuk warga Sibu.
BELADIN
Tarikh: 8 – 10 November 2024
Lokasi: Beladin
SIBU
Tarikh: 20-24 November 2024
Lokasi: Dataran Tunku Hj Bujang, Phase 2, Sibu
14. Retro Food Style Padawan (6-10 Nov 2024, Kota Padawan Mall)
Retro Food Style Padawan akan diadakan di Kota Padawan Mall (Giant Batu 10) dari 6 hingga 10 November 2024, bermula jam 11 pagi hingga 12 malam setiap hari. Acara ini menggabungkan hiburan dengan lebih 60 gerai makanan dan minuman viral untuk dinikmati oleh pengunjung. Selain menikmati juadah istimewa, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Bumiputra Rockers, Zaiton Sameon dengan lagunya Menaruh Harapan, Ramles Walter, DJ Mawat, dan ramai lagi.
15. Labubu Special Event Ta-daa Box (2-10 Nov 2024, Vivacity Megamall )
akan berlangsung di Vivacity Megamall, Kuching dari 2 hingga 10 November 2024 di Ta-daa Box, tingkat 3, sayap timur. Dalam acara istimewa ini, pengunjung yang membeli Double-Double Combo atau pakej kombo yang lebih besar berpeluang untuk membawa pulang Labubu sebagai hadiah eksklusif! Acara ini pastinya menggembirakan penggemar Labubu dan pencinta koleksi istimewa.
16. New Era Fun 5.0: Go Green Market (16-17 Nov 2024, Methodist Pilley Institute, Sibu)
New Era Fun 5.0: Go Green Market akan diadakan pada 16 dan 17 November 2024 di Methodist Pilley Institute dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Pasar mesra alam ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan gerai yang menekankan konsep kelestarian dan kesedaran alam sekitar.