• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Seorang Lelaki Disangka Tidur Di Dalam Kereta Di Limbang, Rupa-Rupanya Meninggal Dunia

Oleh
Husna Hazmi
23 Februari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Mangsa disedari tidak lagi bernyawa oleh anak saudaranya.

Seorang Lelaki Disangka Tidur Di Dalam Kereta Di Limbang, Rupa-Rupanya Meninggal Dunia. Seorang lelaki yang disangka hanya tidur dalam kenderaanya, rupa-rupanya tidak lagi bernyawa di Limbang pada tengah hari Selasa (23 Feb).

Lee Sang Fook, berusia 60 tahun itu disedari tidak lagi bernyawa oleh anak saudaranya yang meletak kereta bersebelahan pada kira-kira pukul 12:30 tengah hari.

Seorang Lelaki Disangka Tidur Di Dalam Kereta Di Limbang, Rupa-Rupanya Meninggal Dunia
Seorang Lelaki Disangka Tidur Di Dalam Kereta Di Limbang, Rupa-Rupanya Meninggal Dunia. Gambar sebagai hiasan

Tidak sedarkan diri bersandar di kerusi pemandu kereta

Menurut Ketua Balai Polis Limbang Inspektor Benneth Room, sebaik sahaja anak saudaranya itu parkir di sebelah kereta bapa saudaranya, didapati Lee tidak sedarkan diri bersandar di kerusi pemandu kereta itu dengan keadaan cermin tingkap sedikit  terbuka.

“Anak saudara mangsa kemudian memaklumkan kepada peniaga di bangunan kedai berhampiran yang kemudiannya memaklumkan polis,” katanya.

Seorang Lelaki Disangka Tidur Di Dalam Kereta Di Limbang, Rupa-Rupanya Meninggal Dunia
Gambar sebagai hiasan

Mangsa pernah dikejarkan ke Bilik Kecemasan Hospital Limbang

Inspektor Benneth turut menjelaskan bahawa sehari sebelum kejadian tersebut, mangsa pernah dikejarkan menggunakan ambulans ke Bilik Kecemasan Hospital Limbang kerana lemah akibat kurang gula.

“Mangsa juga mempunyai rekod kesihatan berkaitan masalah kencing manis, jantung dan darah tinggi,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Kredit: Utusan Borneo

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Aplikasi MySejahtera Kini Telah Dikemaskini Dengan Pendaftaran Vaksin COVID-19
Next Article Jururawat Asal Sarawak Ini Dedah Tindak Balas Selepas Disuntik Vaksin COVID-19 Di Singapura

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?