• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Aplikasi MySejahtera Kini Telah Dikemaskini Dengan Pendaftaran Vaksin COVID-19

Oleh
Ismail NA
23 Februari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Tersedia untuk iOS, Android dan Huawei.

Aplikasi MySejahtera Kini Telah Dikemaskini Dengan Pendaftaran Vaksin COVID-19. Memandangkan bekalan vaksin Pfizer-BioNtech untuk Malaysia telah tiba lebih awal daripada yang dijangkakan, kumpulan pertama bakal menerima vaksin tersebut pada esok hari iaitu 24 Februari 2021.

Isi Isi Penting
  • Tersedia untuk iOS, Android dan Huawei.
  • Sudah ada pilihan ‘Vaksinasi COVID-19’ untuk anda kemas kini maklumat peribadi bagi tujuan pendaftaran
  • Bagaimana pula mendaftar vaksin untuk warga emas yang tidak memiliki telefon pintar?
  • Baca juga fakta vaksin COVID-19 yang pernah kami terbitkan sebelum ini :

Oleh yang demikian, pengguna kini sudah boleh melengkapkan butiran peribadi masing-masing untuk urusan pendaftaran dalam aplikasi MySejahtera, dengan syarat aplikasi tersebut perlulah dikemaskini terlebih dahulu.

Sudah ada pilihan ‘Vaksinasi COVID-19’ untuk anda kemas kini maklumat peribadi bagi tujuan pendaftaran

Dalam kemas kini terbaharu tersebut, anda akan melihat pilihan baru iaitu ‘Vaksinasi COVID-19’. Jika anda menekan pilihan tersebut, anda akan dapati terdapat tab yang tertera nama anda. Kemaskini jika perlu. Kemudian, jawab soalan ringkas yang diajukan seperti sejarah penyakit, pernah berdaftar sebagai OKU atau tidak dan lokasi tempat tinggal. Kemudian, hantar!

Anda akan diberi notifikasi sekiranya sudah tiba giliran anda untuk menerima vaksin. Vaksinasi untuk orang awam akan dimulakan pada bulan April 2021. Untuk memudahkan notifikasi anda diterima dengan tepat pada waktunya, sila aktifkan notifikasi push pada tetapan MySejahtera, ya.

Aplikasi MySejahtera Kini Telah Dikemaskini Dengan Pendaftaran Vaksin COVID-19
Aplikasi MySejahtera Kini Telah Dikemaskini Dengan Pendaftaran Vaksin COVID-19

Senang je kan? Tak perlu isi borang pun.

Bagaimana pula mendaftar vaksin untuk warga emas yang tidak memiliki telefon pintar?

Tahukah anda bahawa anda sebenarnya boleh mendaftar vaksin untuk tanggungan warga emas anda melalui aplikasi MySejahtera. Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan (KKM), Dr A. Maheshwara Rao.

Langkahnya adalah anda hanya perlu melengkapkan maklumat asas seperti nama penuh dan nombor MYKad tanggungan anda. Jika sudah ada, maka anda hanya perlu sahkan.

Jika belum menambah tanggungan untuk ibu bapa anda yang dalam kategori warga emas, tambahkan ke dalam senarai tanggungan.

Pastikan anda turut mengaktifkan notifikasi push agar anda tidak ketinggalan tarikh temujanji suntikan vaksin untuk tanggungan anda.

Setakat ini, modul pendaftaran vaksin MySejahtera ini sudah boleh dikemaskini bagi pengguna iOS dan Android serta Huawei.

Kemaskini sekarang sebelum anda terlupa.

Baca juga fakta vaksin COVID-19 yang pernah kami terbitkan sebelum ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ingin Menjadi Pengasas Muda? Sertai Program Terbaru TEGAS Youth Founder Mentoring Sekarang
Next Article Seorang Lelaki Disangka Tidur Di Dalam Kereta Di Limbang, Rupa-Rupanya Meninggal Dunia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?