I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Seorang Penganggur Di Kuching Dicekup Miliki Dadah Bernilai Lebih Dari RM 1 Juta
Notification Show More
Latest News
Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang
Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang
16 Mei 2022
BeFunky collage 2021 05 04T151006.625 Kenali Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun
Kenali Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun
16 Mei 2022
Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri
Popular Di Media Sosial, Rupa-Rupanya Hakken Berasal Dari Miri
16 Mei 2022
tuaran 7 Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
7 Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
16 Mei 2022
Kafe Tersembunyi Di Santubong Ini Bagi Anda Pengalaman Makan Sambil Melihat View Indah Hidden Cafe Di Santubong Ini Tawar Pengalaman Makan Sambil Melihat View Indah
Hidden Cafe Di Santubong Ini Tawar Pengalaman Makan Sambil Melihat View Indah
16 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Seorang Penganggur Di Kuching Dicekup Miliki Dadah Bernilai Lebih Dari RM 1 Juta

Husna Hazmi
Oleh Husna Hazmi
Dikirim pada 02/03/22 11:59 AM
Kongsi
3 Min Bacaan
Seorang Penganggur Di Kuching Dicekup Miliki Dadah Bernilai Lebih Dari RM1 Juta Seorang Penganggur Di Kuching Dicekup Miliki Dadah Bernilai Lebih Dari RM 1 Juta
Kongsi
Sponsored

Jika didapati bersalah suspek boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Seorang Penganggur Di Kuching Dicekup Miliki Dadah Bernilai Lebih Dari RM 1 Juta. Dilaporkan bahawa, seorang penganggur telah dicekup bersama kira-kira 25 kilogram dadah yang dianggarkan bernilai RM1.19 juta dalam beberapa siri serbuan pihak berkuasa pada 26 Februari lalu.

Seorang Penganggur Di Kuching Dicekup Miliki Dadah Bernilai Lebih Dari RM 1 Juta
Seorang Penganggur Di Kuching Dicekup Miliki Dadah Bernilai Lebih Dari RM 1 Juta

Suspek yang berusia 27 tahun tersebut ditahan sebuah kedai di Lee Ling Height

Menurut Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata, dadah jenis Syabu dengan berat 12,258 gram (nilai RM462,888.00) dan Ketamin seberat 13,376 gram (nilai RM735,680.00), dipercayai dihantar dari Semenanjung Malaysia menggunakan perkhidmatan kurier.

Sponsored

Suspek yang berusia 27 tahun tersebut telah ditahan untuk pemeriksaan di kaki lima sebuah kedai di Lee Ling Height Batu 6 Jalan Penrissen sekitar jam 1.30 petang. Semasa ditahan dia membawa satu kotak dipercayai baharu dituntut dari sebuah syarikat kurier.

Kata beliau, hasil pemeriksaan ke atas kotas tersebut telah membawa kepada penemuan enam bungkusan plastik yang setiap satu berisi bungkusan mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu. Susulan daripada pemeriksaan tersebut, pada hari yang sama juga, pasukan operasi dengan dipandu arah suspek telah pergi ke sebuah syarikat kurier di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adurce dan mengambil satu kotak.

Sponsored

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat terdapat enam lagi bungkusan yang turut mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu,” katanya pada sidang media berhubung kejayaan tersebut.

Seorang Penganggur Di Kuching Dicekup Miliki Dadah Bernilai Lebih Dari RM 1 Juta
Kredit gambar: The Borneo Post

Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Timbalan Ketua JSJN Sarawak Superintenden Wong Leong Meng, Pegawai Turus JSJN Sarawak DSP Tumar Lunya dan Pegawai Penyiasat Inspektor Awang Rezdly Awang Morni.

Sponsored

Selesai pemeriksaan, suspek pula membawa pasukan operasi ke sebuah rumah di Kampung Bumbok, Jalan Batu Kitang sekitar jam 3 petang pada hari yang sama.

“Hasil pemeriksaan ke atas sebuah bilik tidur telah menjumpai satu kotak yang didalamnya terdapat 13 bungkusan yang setiap satu berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis ketamin. Terdapat juga satu tin di dalam kotak tersebut yang didapati berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Sponsored

“Bagaimanapun, setakat ini siasatan masih dijalankan untuk mengenalpasti kemungkinan adakah suspek bergerak seorang atau berkumpulan,” jelas beliau lagi.

Turut dirampas daripada suspek ialah sebuah kenderaan jenis pelbagai guna dan juga motosikal. Suspek bersama dadah dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan untuk siasatan yang lebih lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sponsored

Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil saringan awal air kencing juga mengesahkan suspek negatif dadah. Jika didapati bersalah suspek boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup beserta sebatan.

Lagi di sini:

Sponsored
Husna Hazmi 2 Mac 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Susulan Isu Tular Gudang Bersepah, J&T Sarawak Keluar Kenyataan Maaf Dan Nafi Hentikan Pekerja Susulan Isu Tular Gudang Bersepah, J&T Sarawak Keluar Kenyataan Maaf Dan Nafi Hentikan Pekerja
Next Article BeFunky collage 2022 03 02T132129.966 Malaysia Diarah Bayar Lebih RM62 Bilion Kepada Waris Kesultanan Sulu Kerana Melanggar Perjanjian 1878 Malaysia Diarah Bayar Lebih RM62 Bilion Kepada Waris Kesultanan Sulu Kerana Melanggar Perjanjian 1878

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage 2021 10 13T131912.652 Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang
Cerita Borneo

Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang

16 Mei 2022
BeFunky collage 2021 05 04T151006.625 Kenali Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun
Cerita Borneo

Kenali Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun

16 Mei 2022
Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri
Cerita Borneo

Popular Di Media Sosial, Rupa-Rupanya Hakken Berasal Dari Miri

16 Mei 2022
Ingin Mengikut Kejayaan Norway, Kerajaan Sarawak Mahu Menubuhkan Dana Berdaulat
Cerita Borneo

Ingin Mengikut Kejayaan Norway, Kerajaan Sarawak Mahu Menubuhkan Dana Berdaulat

15 Mei 2022

Ikuti Kami Di Media Sosial

Terus berhubung dengan kami melalui media sosial

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?