I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Malaysia Diarah Bayar Lebih RM62 Bilion Kepada Waris Kesultanan Sulu Kerana Melanggar Perjanjian 1878
Notification Show More
Latest News
Sanggup Berkhidmat Lewat Malam Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5 Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5
Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5
18 Mei 2022
Masuk Adalah Percuma! Siniawan Art & Folklore Music Festival Bakal Berlangsung Pada 20 Mei Ini
Masuk Adalah Percuma! Siniawan Art & Folklore Music Festival Bakal Berlangsung Pada 20 Mei Ini
18 Mei 2022
Ibu Bapa Saman Anak Tunggal RM2.8 Juta Kerana Gagal Memberikan Cucu
Ibu Bapa Saman Anak Tunggal RM2.8 Juta Kerana Gagal Memberikan Cucu
18 Mei 2022
Parti Ketiga Keluarkan Amaran Netizen Pula Berang Lihat Situasi Gudang JT 301 Kuching Tidak Teruru Parti Ketiga Keluarkan Amaran, Netizen Pula Berang Lihat Situasi Gudang J&T 301 Kuching Tidak Terurus
Parti Ketiga Keluarkan Amaran, Netizen Pula Berang Lihat Situasi Gudang J&T 301 Kuching Tidak Terurus
18 Mei 2022
Guru Tunjang Sekolah Sejahtera, Anak Sarawak Dinobatkan Tokoh Guru Kebangsaan 2022
Guru Tunjang Sekolah Sejahtera, Anak Sarawak Dinobatkan Tokoh Guru Kebangsaan 2022
18 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Malaysia Diarah Bayar Lebih RM62 Bilion Kepada Waris Kesultanan Sulu Kerana Melanggar Perjanjian 1878

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 02/03/22 2:04 PM
Kongsi
5 Min Bacaan
BeFunky collage 2022 03 02T132129.966 Malaysia Diarah Bayar Lebih RM62 Bilion Kepada Waris Kesultanan Sulu Kerana Melanggar Perjanjian 1878
Kongsi
Sponsored

Kerajaan Malaysia turut diberi tempoh bertenang selama 3 bulan tanpa sebarang faedah diakrukan.

Malaysia Diarah Bayar Lebih RM62 Bilion Kepada Waris Kesultanan Sulu Kerana Melanggar Perjanjian 1878. Satu berita mengejutkan datang dari Mahkamah Timbang Tara Paris, Perancis pada 28 Februari lalu. Menerusi portal berita Sepanyol, La Información, kerajaan Malaysia diarahkan untuk membayar sejumlah USD14.920 bilion, yang bersamaan dengan RM 62.54 bilion kepada waris Kesultanan Sulu akibat melanggar perjanjian yang dibuat pada tahun 1848.

Penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa membaca keputusan tersebut di mahkamah timbang tara Paris. Namun, keputusan tersebut belum dimuktamadkan memandangkan Malaysia masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh 30 hari.

Sponsored

Waris Sultan Sulu upah firma guaman Madrid dan London untuk memenangi pertikaian ini

Terdahulu, waris Kesultanan Sulu membuat tuntutan sejumlah USD32 bilion dolar daripada kerajaan Malaysia selepas Malaysia didakwa melanggar perjanjian 1848 apabila menghentikan pembayaran pajakan sumber asli pada tahun 2013. Bukan itu sahaja, waris Kesultanan Sulu ini juga menganggap bahawa Malaysia juga perlu membayar sejumlah pampasan tambahan selepas penemuan sumber asli baru di wilayah perjanjian sekitar tahun 80-an. Walau pun pihak Kesultanan Sulu telah memenangi pertikaian ini, namun jumlah ganti rugi yang telah ditetapkan oleh mahkamah timbang tara Perancis jauh lebih rendah daripada tuntutan asal yang dibuat.

Malaysia Diarah Bayar Lebih RM62 Bilion Kepada Waris Kesultanan Sulu Kerana Melanggar Perjanjian 1878
Prosiding asal yang sepatutnya dilakukan di Mahkamah Keadilan Tinggi Madrid, Sepanyol ditukar ke Mahkamah Timbang Tara Paris, Perancis. Sumber : La Información

Waris Kesultanan Sulu telah mengupah firma guaman berpangkalan di Madrid, B. Cremades & Asociados, serta firma guaman London, 4-5 Gray’s Inn Square untuk membantu menyelesaikan pertikaian ini. Mahkamah timbang tara turut mengesahkan bahawa perjanjian tersebut adalah pajakan persendirian antarabangsa dan bersifat komersial.

Sponsored

Ada apa dengan Perjanjian 1848?

Menurut catatan, pada tanggal 22 Januari 1878, Sultan Sulu, Sultan Jamal Al Alam, telah menandatangani sebuah perjanjian bersama Baron de Overbeck, diplomat konsul empayar Austro-Hungary di Hong Kong serta Alfred Dent, pengasas Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Perjanjian tersebut adalah perjanjian berupa pajakan sumber asli di kawasan tertentu sekitar utara Pulau Borneo dan pulau-pulau bersebelahan tanpa tarikh luput.

Secara spesifiknya, kawasan yang dimaksudkan adalah meliputi Sungai Pandassan, Sabah, mengunjur ke kawasan pantai timur (Paitan, Sugut, Bangaya, Labuk, Sandakan, Kinabatangan, Mumiang) sehingga Sungai Sibuco (kini sebahagian daripada wilayah Zamboanga, Filipina). Antara kawasan lain yang termasuk dalam perjanjian ini adalah wilayah dan kawasan yang bersempadan sekitar Darvel Bay/Lahad Datu Bay berserta pulau-pulau dalam tiga jujukan kawasan marin pantai.

Sponsored
Malaysia Diarah Bayar Lebih RM62 Bilion Kepada Waris Kesultanan Sulu Kerana Melanggar Perjanjian 1878
Malaysia Diarah Bayar Lebih RM62 Bilion Kepada Waris Kesultanan Sulu Kerana Melanggar Perjanjian 1878. Terjemahan Perjanjian 1848. Sumber : sagc.sabah.gov.my

Pihak Austro-Hungary dan SBUB bersetuju untuk membayar pampasan (selama-lamanya) dengan harga 5,000 peso (RM 407) sebulan atau 5,000 dolar setiap tahun.

Setelah bertahun-tahun membayar pampasan tanpa gagal, SBUB jatuh muflis pada tahun 1946 dan menyerahkan sewaan kepada koloni pemerintahan British. Hanya pada tahun 1963, Malaysia mula membayar pampasan ini setelah pembentukannya bersama Sabah dan Sarawak sekaligus menandakan kemerdekaan buat wilayah perjanjian yang termasuk dalam Sabah.

Sponsored

Penemuan sumber asli pada tahun 80-an, perpecahan waris Sulu dan keengganan Malaysia

Akibat daripada penemuan sumber asli baharu seperti minyak dan gas sekitar tahun 80-an dan 90-an, waris Kesultanan Sulu mengalami krisis dan cuba untuk memperbaharui kontrak dan membuat rundingan baru, namun rundingan tersebut tidak pernah menjadi kenyataan sehingga akhirnya membawa kepada perpecahan legasi kesultanan tersebut.

Rentetan itu, Malaysia bertindak berhenti membayar pajakan kepada waris Kesultanan Sulu pada tahun 2013 dengan alasan wilayah kesultanan tersebut telah pun pupus dan sebahagian wilayah yang termaktub dalam perjanjian kini telah menjadi milik Malaysia secara sah sejak tahun 1957.

Sponsored
Malaysia Diarah Bayar Lebih RM62 Bilion Kepada Waris Kesultanan Sulu Kerana Melanggar Perjanjian 1878
Sandakan merupakan sebahagian daripada wilayah pertikaian Perjanjian 1848. Kredit foto : FB Sandakan City

Mahkamah timbang tara memberikan tempoh penangguhan selama 3 bulan tanpa sebarang faedah terakru dari tarikh arahan pembayaran akhir bagi memberi laluan kepada Malaysia menilai semula keperluan kewangan dan pentadbiran untuk pembayaran ganti rugi yang telah ditentukan.

Lagi pertikaian berkaitan pertikaian wilayah Sabah dengan Filipina:

Sponsored
Nur Afifah 2 Mac 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Seorang Penganggur Di Kuching Dicekup Miliki Dadah Bernilai Lebih Dari RM1 Juta Seorang Penganggur Di Kuching Dicekup Miliki Dadah Bernilai Lebih Dari RM 1 Juta Seorang Penganggur Di Kuching Dicekup Miliki Dadah Bernilai Lebih Dari RM 1 Juta
Next Article Pencinta Si Bulus Jom Singgah Ke Meow Meow Cafe Di Kuching Pencinta Si Bulus, Jom Singgah Ke Meow Meow Cafe Di Kuching! Pencinta Si Bulus, Jom Singgah Ke Meow Meow Cafe Di Kuching!

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage 2021 10 13T131912.652 Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Sanggup Berkhidmat Lewat Malam Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5 Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5
Cerita Borneo

Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5

18 Mei 2022
Parti Ketiga Keluarkan Amaran Netizen Pula Berang Lihat Situasi Gudang JT 301 Kuching Tidak Teruru Parti Ketiga Keluarkan Amaran, Netizen Pula Berang Lihat Situasi Gudang J&T 301 Kuching Tidak Terurus
Cerita Borneo

Parti Ketiga Keluarkan Amaran, Netizen Pula Berang Lihat Situasi Gudang J&T 301 Kuching Tidak Terurus

18 Mei 2022
Guru Tunjang Sekolah Sejahtera, Anak Sarawak Dinobatkan Tokoh Guru Kebangsaan 2022
Cerita Borneo

Guru Tunjang Sekolah Sejahtera, Anak Sarawak Dinobatkan Tokoh Guru Kebangsaan 2022

18 Mei 2022
Tahukah Anda Faye Kusairi Dari Drama 7 Hari Mencintaiku Berasal Dari Miri Sarawak Tahukah Anda Faye Kusairi Dari Drama 7 Hari Mencintaiku Berasal Dari Miri Sarawak
Cerita Borneo

Tahukah Anda Faye Kusairi Dari Drama 7 Hari Mencintaiku Berasal Dari Miri Sarawak

17 Mei 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?