• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Seorang Wanita Warga Indonesia Rentung Dalam Kebakaran Di Bintulu

Oleh
ILB - AI
10 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Menemui ajal dalam kebakaran

Seorang Wanita Warga Indonesia Rentung Kebakaran Di Bintulu. Orang lain mungkin enak dibuai mimpi, ada yang lain sedang berselubung kesedihan dengan sesuatu kejadian yang tidak diingini. Begitulah yang terjadi untuk seorang warga Indonesia yang telah menemui ajal dalam kebakaran pagi tadi di Bintulu.

Seorang wanita Indonesia berusia 24 tahun bernama Dilla telah ditemui rentung dalam satu kebakaran di sebuah rumah pekerja kilang papan lapis di Jalan Kemena, Bintulu. Kejadian kebakaran yang telah dilaporkan kepada pihak Bomba dan Penyelamat Sarawak tersebut pada pukul 2.59 pagi itu telah 100 peratus memusnahkan sebuah rumah yang didiami oleh mangsa.

Seorang Wanita Warga Indonesia Rentung Kebakaran Di Bintulu
Seorang Wanita Warga Indonesia Rentung Kebakaran Di Bintulu

Mangsa bersendirian di rumah nombor 5

Menurut laporan yang disampaikan oleh jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, mangsa dikatakan tinggal bersendirian ketika kejadian berlaku manakala 2 orang rakan mangsa sedang bekerja.

Selepas menerima laporan tersebut, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu telah mengarahkan 11 orang anggota untuk bergegas ke tempat kejadian. Tepat pukul 5.30 pagi, kebakaran telah berjaya dipadam sepenuhnya.

Seorang Wanita Warga Indonesia Rentung Kebakaran Di Bintulu
Sumber gambar: FB Francis ngu hown hua page

Walaupun demikian, kebakaran yang telah memusnahkan sepenuhnya sebuah rumah bernombor 5 daripada tujuh pintu keseluruhan rumah pekerja tersebut telah memakan nyawa seorang wanita. Setakat ini juga menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, mangsa kejadian telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut serta menyiasat punca dan jumlah kerugian daripada kebakaran ini.

Semenjak kebelakangan ini banyak kejadian kebakaran berlaku. Kita harus lebih cakna tentang isu dan tentang punca kebakaran mudah berlaku di kawasan rumah.

Boleh baca artikel berikut untuk mengetahui tentang kes-kes kebakaran yang berlaku baru-baru ini:

Penduduk Sungai Bidut Sibu Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Ranap Dalam Kebakaran
Gara-Gara Lupa Padam Laptop Yang Dicas, Sebuah Bilik Di Bintulu Hampir Musnah Dalam Kebakaran

SUMBER :FB Francis ngu how hua page
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cabar Diri Makan Ulat Sagu Mentah, Tindakan Minah Salleh Ini Dipuji Netizen Cabar Diri Makan Ulat Sagu Mentah, Netizen Kagum Dengan Keberanian Minah Salleh Ini
Next Article Berita Baik Buat Warga Sri Aman, Lepapa Hypermarket Dan Roxy Hotel Kini Dibuka Secara Rasmi. Berita Baik Buat Warga Sri Aman, Lepapa Hypermarket Dan Roxy Hotel Kini Dibuka Secara Rasmi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?