• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Seramai 4,200 Penduduk Kampung Bintawa Terlibat Jalani Ujian Saringan COVID-19

Oleh
Nazihah AN
17 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Ini adalah untuk mengesan mana-mana individu yang kontak rapat dengan kes positif di kampung tersebut.

Seramai 4,200 Penduduk Kampung Bintawa Terlibat Jalani Ujian Saringan COVID-19. Dilaporkan bahawa, Kampung Bintawa Hulu dan Tengah akan memulakan Operasi pengesanan kes aktif (ACD) COVID-19 melibatkan kira-kira 4,200 orang penduduk kawasan yang meliputi sebanyak 750 kediaman bermula pada hari ini.

Isi Isi Penting
  • Ini adalah untuk mengesan mana-mana individu yang kontak rapat dengan kes positif di kampung tersebut.
  • Penduduk kampung menjalankan ujian saringan COVID-19
  • Lebih 50 petugas Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia
  • Subkluster kepada Kluster Emperoh Jambu
  • Lebih lanjut:

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, operasi tersebut dilaksanakan 14 hari selepas kerajaan memutuskan untuk meletakkan kedua-dua kampung tersebut di bawah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Seramai 4,200 Penduduk Kampung Bintawa Terlibat Jalani Ujian Saringan COVID-19
Seramai 4,200 Penduduk Kampung Bintawa Terlibat Jalani Ujian Saringan COVID-19

Penduduk kampung menjalankan ujian saringan COVID-19

Beliau berkata operasi bersepadu tersebut adalah untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas penduduk kampung dan mengesan mana-mana individu yang kontak rapat dengan kes positif.

“Terdapat 22 kes positif COVID-19 telah dilaporkan di kampung tersebut dengan tambahan enam kes pada hari ini sekali gus menunjukkan virus ini masih menular dalam kawasan itu,” kata beliau kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di kampung tersebut semalam.

Seramai 4,200 Penduduk Kampung Bintawa Terlibat Jalani Ujian Saringan COVID-19
Seramai 4,200 Penduduk Kampung Bintawa Terlibat Jalani Ujian Saringan COVID-19

Lebih 50 petugas Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia

Tambah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, operasi tersebut merupakan sebahagian daripada strategi agresif untuk memutuskan rantaian transmisi COVID-19 yang membabitkan lebih 50 petugas Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

“Kes Indeks telah dijangkiti di sebuah syarikat logistik (tempat kerja) daripada seseorang dari Kluster Emperoh Jambu dan membawa sekali virus itu pulang ke rumahnya di kampung terbabit,” katanya.

Seramai 4,200 Penduduk Kampung Bintawa Terlibat Jalani Ujian Saringan COVID-19
Seramai 4,200 Penduduk Kampung Bintawa Terlibat Jalani Ujian Saringan COVID-19

Subkluster kepada Kluster Emperoh Jambu

Mengulas lanjut, tambah Uggah punca kes telah dikenal pasti di kampung terbabit dan dinamakan sebagai subkluster kepada Kluster Emperoh Jambu di sini.

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 bagi Kluster Emperoh Jambu ialah 303.

Ketua Polis Daerah Kuching Awang Din Awang Gani pula berkata PKPD di bandar raya ini dilaksanakan dengan pembabitan pasukan polis marin dan aset bot yang berkawal 24 jam kerana kampung terbabit terletak di tepi Sungai Sarawak.

“Kampung berkenaan terletak di tepi Sungai Sarawak serat mempunyai jalan keluar masuk darat dan air, jadi seramai enam anggota polis marin turut menyertai operasi kali ini selain 28 anggota polis,” ujar beliau.

Lebih lanjut:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: 1 Lagi Kluster Dikesan Pada Hari Ini Di Sarawak, 225 Kes Positif COVID-19 Baharu Dilaporkan
Next Article Seorang Lelaki Dari Miri Ditahan, Disyaki Merogol Dan Menghamilkan Anak Kandung Sendiri Seorang Lelaki Dari Miri Ditahan, Disyaki Merogol Dan Menghamilkan Anak Kandung Sendiri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?