• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: 1 Lagi Kluster Dikesan Pada Hari Ini Di Sarawak, 225 Kes Positif COVID-19 Baharu Dilaporkan

Oleh
Husna Hazmi
17 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Semalam, 3 kluster baharu telah diisytiharkan, hari ini terdapat 1 lagi kluster baharu dikesan di Sarawak.

TERKINI: 1 Lagi Kluster Dikesan Pada Hari Ini Di Sarawak, 225 Kes Positif COVID-19 Baharu Dilaporkan pada hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu (1) lagi kluster baharu COVID-19 di Daerah Miri Sarawak.

Kluster Jalan Merpati merupakan kluster tempat kerja yang telah dikesan di sebuah pusat membeli belah di Jalan Merpati, Bandaraya Miri, di Daerah Miri.

Kluster Jalan Merpati setakat hari ini hanya melibatkan daerah Miri. Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-11,094 yang merupakan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berusia 45 tahun dikesan melalui saringan individu bergejala di Hospital Miri pada 07 Mac 2021.

TERKINI: 1 Lagi Kluster Dikesan Pada Hari Ini Di Sarawak, 225 Kes Positif COVID-19 Baharu Dilaporkan
TERKINI: 1 Lagi Kluster Dikesan Pada Hari Ini Di Sarawak, 225 Kes Positif COVID-19 Baharu Dilaporkan

225 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak

Di samping itu, hari ini terdapat 225 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Miri (88), Kuching (32), Bintulu (30), Serian (18), Sibu (13), Sri Aman (12), Kapit (11), Meradong (7), Bukit Mabong (5), Betong (4), Samarahan (4), dan Song (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 13,110 kes.

Hari ini, Daerah Selangau telah kembali ke status Kuning daripada status Jingga setelah mencatatkan hanya 16 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Samarahan dan Sri Aman pula telah bertukar status daripada Kuning kepada status Jingga setelah masing-masing merekodkan sejumlah 22 dan 29 kes jangkitan tempatan dikesan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

TERKINI: 1 Lagi Kluster Dikesan Pada Hari Ini Di Sarawak, 225 Kes Positif COVID-19 Baharu Dilaporkan

Daerah Song, Serian, Subis, Julau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah

Daerah Song, Serian, Subis, Julau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2,670 kes jangkitan tempatan dilaporkan di 11 buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Bau, Mukah dan Sarikei juga kekal berstatus Jingga dengan jumlah keseluruhan 84 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Dalat, Limbang, Telang Usan, Tanjung Manis, Kanowit, Belaga, Lundu, Bukit Mabong, Tatau, Pusa, Asajaya, Beluru, Saratok dan Sebauh juga kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 77 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Manakala 9 daerah lain kekal berstatus Hijau.

Pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 7 kompaun di daerah Kuching (2), Miri (2), Serian (1), Sibu (1) dan Belaga (1) kerana telah melanggar SOP.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Johari Utamakan Merit dan Peluang Saksama Untuk Sarawak Maju 2030
Next Article Seramai 4,200 Penduduk Kampung Bintawa Terlibat Jalani Ujian Saringan COVID-19

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?