• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Serang Bekas Jiran Dengan Pedang, Lelaki Di Kuching Dipenjara 8 Tahun

Oleh
Nazihah AN
18 September 2024
Kongsi
1 Min Bacaan
Padah Serang Bekas Jiran Dengan Pedang, Lelaki Di Kuching Di Penjara 8 Tahun

Lelaki 51 Tahun Dihukum Penjara Atas Kesalahan Serangan Ganas

Padah Serang Bekas Jiran Dengan Pedang, Lelaki Di Kuching Dipenjara 8 Tahun. Seorang lelaki berusia 51 tahun yang menyerang seorang mekanik dengan pedang tiga tahun lalu telah dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Iris Awen Jon menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Anthony Khoo Kok Peng selepas mendapati beliau bersalah pada akhir perbicaraan penuh, yang menyaksikan sembilan saksi pendakwaan memberi keterangan.

Padah Serang Bekas Jiran Dengan Pedang, Lelaki Di Kuching Di Penjara 8 Tahun

Mahkamah Sesyen Jatuhkan Hukuman Penjara 8 Tahun

Khoo didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan juga boleh dikenakan denda atau sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Beliau melakukan kesalahan tersebut di tempat letak kereta awam di hadapan kedai loteri di Pusat Beli-belah Tabuan Jaya di sini pada kira-kira pukul 6.55 petang pada 14 Februari 2021.

Dimaklumkan bahawa Khoo dan mangsa adalah bekas jiran dan terdapat perselisihan antara mereka. Pendakwaan dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Ruvinasini Pandian, manakala Khoo diwakili oleh peguam Osman Ibrahim.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Laluan Alternatif Baharu Ke Kuching, Netizen Tidak Sabar Jambatan Sejingkat-Samarahan Ini Siap
Buat Serangan Seksual Terhadap Gadis Bawah Umur, Pengajar Di Sabah Ditahan
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 6 Mini Zoo Sekitar Kuching Dan Serian Yang Boleh Anda Kunjungi Bersama Kanak-Kanak
Next Article Reviewer Makanan Ini Beri Rating Tertinggi Untuk Ramen Popular Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?