I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Ini 6 Mini Zoo Sekitar Kuching Dan Serian Yang Boleh Anda Kunjungi Bersama Kanak-Kanak

Oleh Ismail NA
18 September 2024
Kongsi
6 Min Bacaan

Boleh beli jiwa anak-anak pula

Ini 6 Mini Zoo Sekitar Kuching Dan Serian Yang Boleh Anda Kunjungi Bersama Kanak-Kanak. Lawatan ke mini zoo boleh menjadi pengalaman yang mendidik dan menyeronokkan untuk semua ahli keluarga. Kanak-kanak berpeluang untuk melihat haiwan secara dekat, mempelajari tentang tingkah laku dan habitat mereka, serta memahami kepentingan pemuliharaan alam sekitar.

Bagi orang dewasa pula, ia merupakan peluang untuk berehat sambil menikmati keindahan alam dan mungkin mengenali spesies haiwan yang jarang dilihat.

Ini 6 Mini Zoo Sekitar Kuching Dan Serian Yang Boleh Anda Kunjungi Bersama Kanak-Kanak
Ini 6 Mini Zoo Sekitar Kuching Dan Serian Yang Boleh Anda Kunjungi Bersama Kanak-Kanak

Berikut adalah beberapa mini zoo terbaik di Kuching dan Serian yang patut anda pertimbangkan untuk lawatan terutamanya sewaktu cuti sekolah. Setiap satu menawarkan pengalaman yang unik dan mempunyai tarikan tersendiri. Juh kita nangga sine jak tempat mini zoo tok!

1. Jong’s Crocodiles Farm

Ini 6 Mini Zoo Sekitar Kuching Dan Serian Yang Boleh Anda Kunjungi Bersama Kanak-Kanak
Kredit: FB Jong’s Crocodile Farm

    Jong’s Crocodiles Farm merupakan salah satu tarikan utama di Kuching yang terkenal dengan koleksi buayanya yang menakjubkan. Selain buaya, pengunjung juga boleh melihat pelbagai haiwan lain seperti monyet, burung, ular, dan kura-kura, selain boleh menikmati aktiviti alam seperti jungle walk dan memberi makan ikan patin dan arapaima.

    • Alamat: Jalan Kuching – Serian, 94200 Siburan, Sarawak
    • Waktu Operasi: Buka setiap hari, 9 pagi hingga 5 petang
    • Yuran masuk:

    2. Borneo Happy Farm

    Ini 6 Mini Zoo Sekitar Kuching Dan Serian Yang Boleh Anda Kunjungi Bersama Kanak-Kanak
    Kredit foto: FB Borneo Happy Farm

    Borneo Happy Farm menawarkan pengalaman unik di mana pengunjung boleh berinteraksi dengan pelbagai haiwan ternakan dan eksotik. Ia juga mempunyai taman permainan dan aktiviti-aktiviti menarik untuk kanak-kanak.

    • Alamat: Lot 485 & 490 Jalan Sungai Moyan No.3 Jalan Pei Yuan Selatan Jalan Batu Kawa-Bau Bau, 94000 Kuching, Sarawak
    • Waktu Operasi:
    • Yuran Masuk:

    3. VH Green Nature Park

    Kredit foto: VH Green Nature

    VH Green Nature Park terletak di Lebuhraya Pehin Sri Haji Adenan Bin Haji Satem (dahulunya dikenali sebagai Jalan FAC), dari arah Kampung Telaga Air menuju ke Kuching. Ia merupakan destinasi yang sempurna untuk pencinta alam semula jadi. Pengunjung boleh menikmati pemandangan indah, berinteraksi dengan haiwan, dan menyertai pelbagai aktiviti luar. Contohnya seperti aktiviti memberus cengkerang kura-kura, melihat ayam dan memberi makan lembu.

    • Alamat: Lot 1275, Block 6, Matang Land District, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
    • Waktu Operasi: Buka setiap hari, 9 pagi hingga 5 petang
    • Yuran Masuk:

    4. KLB Garden

    Ini 6 Mini Zoo Sekitar Kuching Dan Serian Yang Boleh Anda Kunjungi Bersama Kanak-Kanak

    Terletak di Jalan Tebedu-Serian, KLB Garden merupakan sebuah zoo mini, ladang agro dan juga kaya dengan flora dan fauna. KLB Garden menawarkan pengalaman yang menyeronokkan dengan pelbagai spesies burung dan haiwan kecil. Taman ini juga mempunyai kawasan rekreasi yang sesuai untuk keluarga. Ada pelbagai juga aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Antaranya adalah Menaiki paddle bot di tasik, melawat ladang arnab, rusa, kambing, dan burung-burung, aktiviti animal feeding, berbasikal dan banyak lagi.

    Tonton juga video yang pernah kami terbitkan ini untuk mengetahui pengalaman penuh ke KLB Garden:

    @iloveborneomy

    Satu je nak pesan, jangan lupa bawa air banyak-banyak 🥵📍KLB Garden, Tebedu Serian #fyp #masukberanda #tiktoksarawak #klbgardenserian #serian #kalimantan #benasikreviewtok

    ♬ original sound – iloveborneomy – iloveborneomy
    • Alamat: Lot 85, Kayan Land District, Jln Pangkalan Amo, Tebedu, 94760 Serian, Sarawak
    • Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang (buka Khamis hingga Ahad termasuk Cuti Umum dan Cuti Sekolah, tutup Isnin hingga Rabu)
    • Yuran Masuk:

    5. Sumiran Eco Park & Resort

    Kredit foto: Sumiran Eco Park & Resort | Chua Wee Boo

    Sumiran Eco Park & Resort menawarkan pengalaman eko-pelancongan yang unik. Pengunjung boleh melihat haiwan tempatan dalam habitat semula jadi mereka dan menyertai aktiviti pendidikan alam sekitar. Selain itu, ibu bapa bersama anak-anak juga boleh glamping atau berkelah di sini. Adalah juga kenangan indah dan memori yang pastinya takkan dilupakan oleh anak-anak sampai bila-bila.

    • Alamat: Jalan Off, Jalan Batu Kawa, Rantau Panjang, 93250 Kuching, Sarawak
    • Waktu Operasi: 10:00 pagi – 5:00 petang (Tutup Selasa)
    • Yuran Masuk:

    6. Pusat Hidupan Liar Semenggoh

    Rizab ini terletak di jalan Puncak Borneo, Padawan dan mengambil masa lebih kurang 30 ke 45 minit dari pusat Bandaraya Kuching. Di sini, anda boleh bertemu dengan majoriti besar keluarga orang utan. Ada yang masih kecil, ada yang sedang dalam usia remaja dan dewasa. Bahkan, jika anda bernasib baik, anda boleh bertemu dan melihat orang utan yang tertua di sini iaitu Seduku.

    • Alamat: KM 20, Jalan Puncak Borneo, 93250 Siburan, Sarawak
    • Waktu operasi: Setiap hari termasuk Cuti Umum dan hujung minggu | 8.00 pagi hingga 10 pagi & 2 petang hingga 4 petang (Tutup 10.00 pagi hingga 2.00 petang)
    • Yuran masuk:
      Sumber: Sarawak Forestry (2024)

      Kesemua mini zoo ini menawarkan pengalaman yang unik dan mendidik untuk pengunjung dari semua peringkat umur. Sila pastikan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh setiap mini zoo demi keselamatan anda dan kebajikan haiwan-haiwan tersebut. Selamat melancong dan nikmati percutian anda di mini zoo sekitar Kuching dan Serian!

      Kalau nak pergi jauh sikit, ini adalah senarai homestay dengan rating 4 bintang di Kabong

      Dari Bajet RM120, Ini Senarai Homestay Dengan Rate 4 Bintang Di Kabong
      Spot Riadah Terbaru Di Kuching, Dataran Ibu Pertiwi Kini Dibuka Buat Orang Ramai

      Kongsi Artikel Ini
      Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
      Previous Article Tular Pelajar Di Pedalaman Sabah Terpaksa Jalan Kaki Satu Jam, Lalu Jalan Becak Ke Sekolah Tular Pelajar Di Pedalaman Sabah Terpaksa Jalan Kaki Satu Jam, Lalu Jalan Becak Ke Sekolah
      Next Article Padah Serang Bekas Jiran Dengan Pedang, Lelaki Di Kuching Di Penjara 8 Tahun Padah Serang Bekas Jiran Dengan Pedang, Lelaki Di Kuching Dipenjara 8 Tahun

      Advertorial

      Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
      Cerita Borneo
      5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
      Aktiviti Menarik
      TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
      #innovatesarawak
      Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
      Cerita Borneo
      Ikuti Kami
      A Part Of Borneo Digital
      • Polisi Kerahsiaan
      • Terma Dan Syarat
      Welcome Back!

      Sign in to your account

      Username or Email Address
      Password

      Lost your password?