• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sultan Brunei Bersama Anakanda Kini Di Kuching, Beri Penghormatan Terakhir Buat Tun Taib

Oleh
Husna Hazmi
22 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Sultan Brunei beri penghormatan terakhir kepada Tun Taib

Sultan Brunei Bersama Anakanda Kini Di Kuching, Beri Penghormatan Terakhir Buat Tun Taib. Dilaporkan bahawa, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar A’li Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan, sejurus tiba, Sultan Hassanal dijadual akan ke Masjid Demak sebelum hadir ke istiadat pengebumian negeri di tanah perkuburan keluarga Allahyarham Tun Taib di Demak Jaya.

Sultan Brunei Bersama Anakanda Kini Di Kuching, Beri Penghormatan Terakhir Buat Tun Taib
Sultan Brunei Bersama Anakanda Kini Di Kuching, Beri Penghormatan Terakhir Buat Tun Taib. Kredit foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Turut hadir menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal dan anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam ke Malaysia Brigadier Jeneral (B) Dato Paduka Mahmud Saidin dan Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak di Kementerian Luar Negeri Fenny Nuli.

Mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, 87 tahun, telah meninggal dunia pada kira-kira jam 4.40 pagi semalam dan Kerajaan Sarawak mengisytiharkan Sarawak berkabung selama dua hari sehingga hari ini.

Lagi perkembangan terkini di sini:

Orang Ramai Dijemput Beri Penghormatan Terakhir Buat Tun Taib Hari Ini Di DUN Sarawak
Pemergian Tun Taib Sebuah Kehilangan Besar Tokoh Unggul Sarawak
SUMBER :UKAS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Sultan Tengah Manga, Sultan Pertama Dan Terakhir Di Sarawak Kenali Sultan Tengah Manga, Sultan Pertama Dan Terakhir Di Sarawak
Next Article Tular Penyamun Helmet Kuning Ugut Dan Paksa Wanita Transfer Duit E-Wallet Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?