• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Serupa Kanopi Daftar Mengundi, Netizen Dedah Ianya Muslihat Scammer Di Sibu

Oleh
ILB - AI
22 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Laksanakan muslihat terang-terangan dengan buka tapak serta kanopi

Serupa Kanopi Daftar Mengundi, Netizen Dedah Ianya Muslihat Scammer Di Sibu. Scammer ini rupanya memiliki seribu satu muslihat kalau nak menipu atau kaut duit orang awam. Tak menjadi satu, ada lagi cara yang kedua. Memang pantas mereka bertindak.

Dulu pun ingatkan scammer ini menipu atas talian sahaja yang banyak. Tapi, sekarang mereka lebih berani laksanakan muslihat mereka secara terang-terangan tau. Salah satunya dengan membuka tapak beserta kanopi di sesuatu tempat untuk menarik kedatangan orang awam.

Serupa Kanopi Daftar Mengundi, Netizen Dedah Ianya Muslihat Scammer Di Sibu
Serupa Kanopi Daftar Mengundi, Netizen Dedah Ianya Muslihat Scammer Di Sibu. Sumber gambar: FB Perkhidmatan Lori Pindah Rumah

Rupa kanopi untuk daftar mengundi tetapi netizen dedah bahawa ianya kegiatan scammer di Sibu

Di Sibu, Sarawak terdapat kegiatan scammer ini dengan membuka tapak beserta kanopi yang dikatakan oleh segelintir netizen di media sosial ianya serupa kanopi untuk mendaftar mengundi. Kegiatan ini dilakukan oleh mereka pada siang hari tanpa rasa gentar.

Kalau sekali imbas sahaja memang kita tidak akan menyangka bahawa ianya merupakan salah satu muslihat scammer. Namun, banyak netizen mula mendedahkan bahawa mereka ini adalah kegiatan scammer.

Serupa Kanopi Daftar Mengundi, Netizen Dedah Ianya Muslihat Scammer Di Sibu
Serupa Kanopi Daftar Mengundi, Netizen Dedah Ianya Muslihat Scammer Di Sibu. Sumber gambar: FB Perkhidmatan Lori Pindah Rumah

Netizen dedahkan kerana bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang awam supaya mereka tidak terjebak atau tertipu. Dengan adanya pengalaman mereka atau ahli keluarga yang hampir atau pernah terkena, diharap orang awam tidak mudah termakan pujuk rayu scammer ini.

Bahkan menurut netizen, mereka pada mulanya akan meminta orang awam yang singgah ke kanopi mereka untuk memberikan mereka maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan no akaun bank mereka. Seterusnya, akan ada seperti ‘permainan’ yang dilakukan sekadar mengaburi mata orang awam.

Lalu, mereka akan menawarkan hadiah yang boleh orang awam tuntut tetapi dengan syarat memerlukan deposit terlebih dahulu.

Kalau orang tak fikir panjang memang senang sangat terkena umpan ‘hadiah’ ini. Secara logik pula, mana ada hadiah yang dituntut oleh pemenang yang layak tapi memerlukan deposit, kan?

Scammer ini memang ada-ada sahaja muslihat mereka. Harap dengan pendedahan netizen ini, pihak berkuasa dapat memantau lebih kerap kerana bukan di satu tempat sahaja mereka beroperasi sedemikian malah di sekitar bandar Sibu.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pantai Di Sabah Ini Mengenakan Bayaran Untuk Lihat Sunset Undang Kecaman Netizen Pantai Di Sabah Ini Mengenakan Bayaran Untuk Lihat Sunset Undang Kecaman Netizen
Next Article Indonesia Dilanda Gempa Bumi Bermagnitud 5.6, Lebih 162 Nyawa Telah Terkorban

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?