• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rugi RM850K, Kerani Dari Sibu Ditipu Scam Kereta Terpakai Dalam Talian

Oleh
ILB - AI
16 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Rugi RM850K, Kerani Dari Sibu Ditipu Scam Kereta Terpakai Dalam Talian

Seorang wanita dari Sibu mengalami kerugian RM850,000 apabila ditipu scam kereta terpakai dalam talian

Rugi RM850K, Kerani Dari Sibu Ditipu Scam Kereta Terpakai Dalam Talian. Dilaporkan seorang kerani mengalami kerugian RM850,000 dalam penipuan pembelian kereta terpakai dalam talian.

Wanita tersebut, berusia 50-an, terjumpa iklan di laman Facebook yang mendakwa menjual kereta terpakai dari Singapura.

Rugi RM850K, Kerani Dari Sibu Ditipu Scam Kereta Terpakai Dalam Talian

Mula berurusan dengan suspek melalui Whatsapp

Menurut laporan, mangsa terjumpa iklan di Facebook bernama ‘Castello Motor Trading PTD LTE Singapore’ yang mendakwa menjual kereta terpakai dari Singapura.

Mangsa mula berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp pada pertengahan Julai lalu setelah melihat iklan tersebut. Difahamkan, mangsa berminat untuk membeli sebuah kereta Lexus RX300, yang diiklankan pada harga RM37,500 dengan bayaran balik ansuran RM625 sebulan untuk tempoh 5 tahun.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Instapage

Dari 14 Julai sehingga 8 Ogos lalu, sejumlah RM850,901 telah dipindahkan mangsa dalam 170 transaksi ke 14 akaun bank – kononnya untuk urusan Jabatan Pengangkutan, mendapatkan permit kelulusan, kos penghantaran, cukai kastam dan sebagainya.

Mangsa juga dikatakan diugut tindakan undang-undang kerana melakukan pembelian kereta terpakai secara haram oleh suspek.

Gambar sekadar hiasan.

Wang simpanan digunakan untuk membuat urusan pembelian

Difahamkan juga, wang yang digunakan oleh mangsa untuk melakukan transaksi terbabit adalah wang simpanannya, serta pinjaman daripada rakan-rakan serta peminjam wang berlesen.

Mangsa hanya membuat laporan polis pada 15 November apabila menyedari perkara tersebut mungkin sebuah penipuan.

Sekiranya anda berminat untuk membeli kereta terpakai, pastikan anda selidik terlebih dahulu jualan semasa di pasaran atau pergi ke syarikat kereta untuk membincangkan tentang harga pasaran semasa.

Ingat, sentiasa berwaspada jika anda melihat sesuatu dijual pada harga yang sangat renda. Jika ia teralu bagus untuk menjadi kenyataan, kemungkinan besar ia adalah satu penipuan!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui 6 Mercu Tanda Khas Yang Melambangkan Sarawak Selain Burung Kenyalang
Next Article Jalan Utama Retak Kesan Paip Gas SSGP Meletup Di Lawas, Segera Dibaiki Demi PRU Sabtu Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?