• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Setelah Selesai Trial, Akhirnya Bas Hidrogen Sarawak Rasmi Beroperasi Secara Percuma

Oleh
Ismail NA
21 Januari 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Nait Free Jak Oii!

Setelah Selesai Trial, Akhirnya Bas Hidrogen Sarawak Rasmi Beroperasi Secara Percuma
Kredit : FB SEDC Sarawak

Setelah Selesai Trial, Akhirnya Bas Hidrogen Sarawak Rasmi Beroperasi Secara Percuma. Selepas kemunculan bas elektrik di Bandaraya Kuching sejak 1 Mac 2019 yang lalu, satu lagi alternatif pengangkutan awam iaitu bas hidrogen bakal beroperasi secara rasmi. Menariknya, penggunaan bas yang telah lama menjalani ujikaji ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Perkhidmatan percuma ini tidak tertakluk kepada rakyat tempatan tetapi juga pelancong asing dari dalam dan luar negara. Percuma jak!

Bas hidrogen perlu ujikaji? Baca artikel penuh di sini : Inilah 4 Sebab Mengapa Bas Hidrogen Sarawak Perlu Jalani Trial

Setelah Selesai Trial, Akhirnya Bas Hidrogen Sarawak Rasmi Beroperasi Secara Percuma
Setelah Selesai Trial, Akhirnya Bas Hidrogen Sarawak Rasmi Beroperasi Secara Percuma

Bas hidrogen ini akan mula beroperasi pada 22 Januari 2020 (Rabu) dari jam 7 pagi hingga 7 malam. Operasi ini melibatkan dua buah trip laluan iaitu di sekitar Bandaraya Kuching dan Damai.

Laluan di Kuching merangkumi beberapa perhentian bermula dari ;

  • Tebingan Kuching
  • Central Timur
  • Jalan Ban Hock
  • Hotel Riverside Majestic
  • Kubah Ria
  • Kampung Bandarshah 2
  • Tebingan Kuching

Laluan Damai pula bermula dari ;

  • Hotel Riverside Majestic
  • Muzium Sarawak
  • Perhentian Bas Satok 1
  • Perhentian Bas Satok 2
  • Perhentian Bas Petra Jaya 1
  • Perhentian Bas Petra Jaya 2
  • Damai Central
  • Perhentian Bas 1
  • Perhentian Bas 2
  • Perhentian Bas 3
  • Perhentian Bas 4
  • Perhentian Bas 5
  • Perhentian Bas 6
  • Perhentian Bas 7
  • Hotel Riverside Majestic

Untuk peringkat permulaan, sebanyak 3 buah bas hidrogen akan beroperasi untuk mengangkut para penumpang menggunakan laluan yang telah ditetapkan. Harap-harap lebih banyak bas hidrogen dapat beroperasi pada masa akan datang. Untung lah orang Sarawak kan? Bas yang percuma ini diharap dapat membantu anda

Fun fact : Sarawak merupakan wilayah pertama di Asia Tenggara yang menggunakan bas hidrogen sebagai pengangkutan awam. Terbaik!

Untuk lebih banyak artikel menarik mengenai bas hidrogen ini, anda boleh usha di sini : Selepas Bas Elektrik, Sarawak Jadi Yang Pertama Mencuba Bas Hidrogen Pula

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 10 Pelajar SM Sains Kuching Ditahan, Disyaki Buli Pelajar Junior 10 Pelajar SM Sains Kuching Ditahan, Disyaki Buli Pelajar Junior
Next Article Flyover Serian Interchange 1 Sudah Boleh Digunakan Bermula Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?