• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sewa Tapak Cecah RM5K, Peniaga Kecil Di Serian Protes Pihak Penganjur Letak Harga ‘Cekik Darah’

Oleh
ILB - AI
17 Ogos 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Sewa Tapak Cecah RM5K, Peniaga Kecil Di Serian Protes Pihak Penganjur Letak Harga 'Cekik Darah'

Protes dijalankan oleh beberapa individu di hadapan pasar Serian

Sewa Tapak Cecah RM5K, Peniaga Kecil Di Serian Protes Pihak Penganjur Letak Harga ‘Cekik Darah’. Semalam tular beberapa keping foto di mana beberapa individu menjalankan perhimpunan sebagai tanda protes susulan harga sewa lot yang mahal dihadapan pasar Serian.

Difahamkan, protes itu dijalankan bagi menggesa pihak penganjur menurunkan harga sewa tapak jualan untuk beberapa pesta atau festival yang bakal berlangsung.

Sewa Tapak Cecah RM5K, Peniaga Kecil Di Serian Protes Pihak Penganjur Letak Harga 'Cekik Darah'
Sewa Tapak Cecah RM5K, Peniaga Kecil Di Serian Protes Pihak Penganjur Letak Harga ‘Cekik Darah’. Kredit: Facebook

Menurut mereka, kadar sewaan yang dikenakan terlalu mahal sehingga membebankan mereka lebih-lebih lagi mereka hanyalah usahawan dan peniaga kecil.

Berdasarkan foto yang tular itu dilihat mereka memegang kad manila dengan tulisan:

‘Contoh Pesta Simunjan kanopi putih 20×20 berharga RM4,800 kami tidak bersetuju; ‘mohon harga sewa lot jualan di tapak pesta ragata di seluruh negeri Sarawak kerana sewa lot mencekik darah’, ‘contoh lot pesta Marudi 10×10 RM150 sehari x8 hari RM1,200 usahawan kecil tidak mampu’, dan ‘CM bantu kami usahawan kecil’.

Sewa Tapak Cecah RM5K, Peniaga Kecil Di Serian Protes Pihak Penganjur Letak Harga 'Cekik Darah'

Susulan itu, pihak polis telah pun membuka satu kertas siasatan berhubung perhimpunan protes tersebut.

Siasatan telah pun dijalankan oleh pihak polis

Menurut laporan daripada Suara Sarawak, Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, hasil maklumat awal mendapati kesemua individu yang terbabit (perhimpunan) difahamkan hanya datang bergambar sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Sewa Tapak Cecah RM5K, Peniaga Kecil Di Serian Protes Pihak Penganjur Letak Harga 'Cekik Darah'

“Difahamkan mereka hanya datang mengambil gambar.

“Bagaimanapun polis akan membuat siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Baca lagi artikel menarik:

Polis Sangkal Dakwaan Netizen, Hanya Tiga Saman Dikeluarkan Sepanjang Pesta Sematan
Suka Bertukar Duka, Netizen Kecewa Pesta Sematan Jadi Pesta Saman
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Niat Mahu Cari Kerja Di Sarawak, Wanita Ini Terkilan Cara Jawab Kasar Netizen Sarawak Niat Mahu Cari Kerja Di Sarawak, Wanita Ini Terkilan Cara Jawab Kasar Netizen Sarawak
Next Article Cuba Tipu Pemandu e-Hailing, Lelaki Sabah Nekad Terjun Kereta Tidak Mahu Ditangkap Polis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?