• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cuba Tipu Pemandu e-Hailing, Lelaki Sabah Nekad Terjun Kereta Tidak Mahu Ditangkap Polis

Oleh
ILB - AI
17 Ogos 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Lelaki dari Sabah menipu pemandu e-hailing dan mahu terjun disebabkan ‘kantoi’

Cuba Tipu Pemandu e-Hailing, Lelaki Sabah Nekad Terjun Kereta Tidak Mahu Ditangkap Polis. Baru-baru ini, seorang individu menceritakan pengalaman buruknya mengenai seorang lelaki cuba untuk menipu pemandu tersebut dengan cerita palsu.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook itu, perkara tersebut merupakan kali kedua beliau ditipu dengan lelaki yang sama menerusi dua aplikasi e-hailing yang berbeza.

Cuba Tipu Pemandu e-Hailing, Lelaki Sabah Nekad Terjun Kereta Tidak Mahu Ditangkap Polis
Sumber: instagram

Pernah ‘terkena’ dengan individu yang sama, tidak bayar dan terus cabut lari

Difahamkan sebelum ini, penumpang tersebut menipunya dengan tidak membayarnya dan terus cabut lari. Bagaimanapun, pihak Grab sudah mengembalikan cajnya.

“Hari ini saya terima satu pesanan dan dari awal saya seperti sudah syak penumpang ini penumpang yang sama pernah tipu saya dahulu. Saya turunkan seat hadapan supaya wajahnya jelas dirakam dalam kamera.

“Awal perjalanan lagi penumpang ini sudah minta RM100 daripada saya dan berkata kakaknya di Sungai Buloh akan bayarknya kembali.

“Saya ok kan sahaja permintaan dia dan bawa dia ke balai polis Pandamaran, Klang. Baru sahaja saya hendak masuk balai, lelaki itu sudah terjun,” ujar individu berkenaan menurut sumber.

Cuba Tipu Pemandu e-Hailing, Lelaki Sabah Nekad Terjun Kereta Tidak Mahu Ditangkap Polis
Sumber: instagram

Pemandu e-Hailing lain turut ‘terkena’ dengan lelaki yang sama

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pemandu lain turut mengatakan bahawa pernah ‘terkena’ dengan individu yang sama. Bahkan, dipercayai lelaki itu sering membuka akaun baharu supaya kegiatannya itu tidak terbongkar.

“Memang dia ada banyak akaun. Saya selalu nampak booking ini di Bukit Tinggi ke RHB Sungai Buloh. Dia akan book sekali 3 akaun. Semua new user tetapi saya abaikan sebab dah tahu dia scammer,” tulis salah seorang pengguna Facebook.

Orang ramai berharap dia tidak ulang kesilapannya lagi di masa akan datang

Sementara itu, warganet berharap agar kejadian ini menjadi pengajaran dalam hidupnya dan tidak mengulangi perbuatan itu di masa hadapan lagi.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Seorang Wanita Dari China Ditahan, Berpura-Pura Jadi Lelaki Dalam Media Sosial Untuk Menipu Kawannya Sendiri
Gara-Gara Guna E-Hailing Pada Waktu Malam, Wanita Dari Kuching Ini Kena Caj Tambahan ‘Overnight’
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sewa Tapak Cecah RM5K, Peniaga Kecil Di Serian Protes Pihak Penganjur Letak Harga 'Cekik Darah' Sewa Tapak Cecah RM5K, Peniaga Kecil Di Serian Protes Pihak Penganjur Letak Harga ‘Cekik Darah’
Next Article Bangunan Di Tengah Bandar Kuching, Roxy Hotel Bakal Ambil Alih Dengan Konsep Moden Bangunan Di Tengah Bandar Kuching, Roxy Hotel Bakal Ambil Alih Dengan Konsep Moden

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?