• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

SFC Sahkan Bangkai Ikan Paus Ditemui Di Bawah Jambatan Triso

Oleh
Husna Hazmi
23 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Bangkai ikan paus itu ditemui tersekat di bawah jambatan Triso

SFC Sahkan Bangkai Ikan Paus Ditemui Di Bawah Jambatan Triso. Dilaporkan, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengesahkan bahawa pegawai mereka menemui bangkai seekor ikan paus di bawah Jambatan Triso semalam pagi.

Pemerhatian awal mendapati bangkai ikan paus tersebut berada dalam keadaan reput teruk dan hampir hancur. Ketika ini, bangkai itu masih terdampar dan tersekat di bawah jambatan berkenaan.

SFC Sahkan Bangkai Ikan Paus Ditemui Di Bawah Jambatan Triso
SFC Sahkan Bangkai Ikan Paus Ditemui Di Bawah Jambatan Triso. Sumber gambar: Sin Chew Sarawak

Ikan paus itu dipercayai spesies paus Baleen dewasa

Pihak berwajib terpaksa menunggu air pasang untuk memulakan usaha menyelamat bangkai ikan paus tersebut.

Menurut analisis awal biro tersebut, ikan paus itu dipercayai spesies Baleen dewasa, dengan panjang keseluruhan kira-kira 10 meter, sirip ekor sepanjang 2.8 meter, dan memiliki kira-kira 50 lipatan di bahagian tekaknya.

Dikatakan lagi, pasukan veterinar dan forensik akan bekerjasama dengan Jabatan Muzium Sarawak untuk mengumpulkan tulang ikan paus itu pada hari ini bagi tujuan analisis dan kajian lanjut.

SFC Sahkan Bangkai Ikan Paus Ditemui Di Bawah Jambatan Triso

Spekulasi Bangkai Paus di Pulau Seduku

Pada 19 November lalu, tular mengenai penemuan bangkai ikan paus berhampiran Pulau Seduku. Namun, selepas pencarian menyeluruh, pihak berkuasa tidak menemui sebarang tanda kewujudannya.

Bangkai paus tersebut dilaporkan pertama kali ditemui oleh nelayan Sibu Yao berhampiran Jambatan Triso-Sibu ketika air surut pada jam 10 pagi, 19 November lalu.

Lagi artikel terkini buat anda di sini:

Tular Bangkai Ikan Paus Ditemui Di Pulau Seduku Sri Aman Raih Perhatian Ramai
TDM Rampas Mercun, Rokok Seludup Bernilai Lebih RM 300K Di Sempadan Kandaie Lundu
SUMBER :Sin Chew Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TDM Rampas Mercun, Rokok Seludup Bernilai Lebih RM 300K Di Sempadan Kandaie Lundu
Next Article Sering Berlaku Kemalangan, PDP Gesa Tingkatkan Keselamatan Di Bulatan Sibu Jaya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?