• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Siap Ada Tag Pekerja Sendiri, Kucing Ini Pegang Jawatan ‘Pegawai Teknikal’ Di Pejabat Kementerian Indonesia

Oleh
ILB - AI
12 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Siap Ada Tag Pekerja Sendiri, Kucing Ini Pegang Jawatan 'Pegawai Teknikal' Di Pejabat Kementerian Indonesia

Ini merupakan minggu pertama si ‘Kokom’ pegang jawatan 😂

Siap Ada Tag Pekerja Sendiri, Kucing Ini Pegang Jawatan ‘Pegawai Teknikal’ Di Pejabat Kementerian Indonesia. Amboi… sekarang kucing pun dah ada kerja ya! Begitu lah dengan kucing ini yang baru sahaja dilantikkan jawatan untuk salah satu kementerian di Indonesia.

Baru-baru ini, seekor kucing betina bernama Kokom telah dilantikkan sebagai Pegawai Teknikal ‘Perkucingan’ oleh Kementerian Kerja Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) Indonesia dan pendedahan terbabit buat netizen terhibur!

Siap Ada Tag Pekerja Sendiri, Kucing Ini Pegang Jawatan ‘Pegawai Teknikal’ Di Pejabat Kementerian Indonesia

“Memperkenalkan Kokom, kucing PUPR.”

Pelantikan Kokom sebagai pegawai teknikal ‘perkucingan’ diumumkan PUPR menerusi Twitter rasmi mereka pada hari Ahad lalu.

Kokom diperkenalkan kepada umum dengan tweet yang besertakan dua gambar, salah satunya menunjukkan tag pekerja Kokom (lengkap dengan jawatannya) dan Kokom sendiri. Kapsyen tweet tersebut berkata “memperkenalkan Kokom, kucing PUPR.’

Perkenalkan Kokom, kocheng PUPR.. 🐱 https://t.co/cgmvxGslNq pic.twitter.com/W1tBVlQTst

— Kementerian PU (@KemenPU) January 5, 2023

Akaun Twitter rasmi PUPR juga memaklumkan tentang bidang kuasa Kokom semasa bekerja. Difahamkan, Kokom mempunyai ‘kawasan’ dalam bangunan Sekretariat Agung PUPR. Tambah mereka lagi, Kokom tidak menyukai kawasan lapang jadi kawasan tertutup atau dalam rumah dipilih untuk yang turut menggunakan kolar pengenalan.

Yang lebih menghiburkan, PUPR mendedahkan bahawa Kokom umpama ‘puteri’ kerana takut panas jika ditugaskan di kawasan luar jadi kucing tersebut hanya akan bertugas di dalam kawasan tertutup sahaja.

Kredit: Twitter @KemenPU

Comel lah si Kokom ni! Selamat menjalankan ‘tugas’! 😽

Lagi di sini:

Ini Cerita Bagaimana Seekor Kucing Membuatkan Pasukan Bolasepak Brazil Menangis
Kenali Flossie, Kucing 26 Tahun Ini Diiktiraf Tertua Di Dunia Oleh Guinness World Records
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Isu Bilik Persalinan Ada Kamera Tersembunyi, H&M Buat Pemeriksaan Di Cawangan Seluruh Malaysia
Next Article Rompak Kedai 24 Jam Di Matang, Perompak Berjubah Bersenjatakan Parang Sempat Dirakam CCTV Rompak Kedai 24 Jam Di Matang, Perompak Berjubah Bersenjatakan Parang Sempat Dirakam CCTV

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?