• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Ini Cerita Bagaimana Seekor Kucing Membuatkan Pasukan Bolasepak Brazil Menangis

Oleh
Ismail NA
10 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Terkena sumpahan katanya.

Ini Cerita Bagaimana Seekor Kucing Membuatkan Pasukan Bolasepak Brazil Menangis. Umum mengetahui bahawa pasukan bolasepak Brazil yang dibarisi oleh pemain hebat dan bermain di liga elit bolasepak dunia memberi tentangan yang sengit pada edisi Piala Dunia kali ini.

Meskipun ramai penyokong Brazil optimis pasukan tersebut bakal menembusi laluan ke separuh akhir dengan mudah, namun kesudahannya membuatkan ramai terkesima.

Brazil kempunan rangkul Piala Dunia 2022

Pada perlawanan suku akhir menentang Croatia malam semalam, Brazil telah tewas dengan sepakan penalti 4-2 yang memihak kepada pasukan Croatia. Brazil yang hadir dengan harapan yang tinggi hancur serta merta. Tangisan pemain bolasepak Brazil termasuklah Neymar membasahi bumi Qatar. Begitu juga dengan penyokongnya yang menaruh harapan yang tinggi.

Namun, di sebalik kekalahan ini, netizen memiliki teori yang agak liar tentang kekalahan luar biasa Brazil ini. Dikatakan, kekalahan ini barangkali berpunca daripada seekor kucing!

Ini Cerita Bagaimana Seekor Kucing Membuatkan Pasukan Bolasepak Brazil Menangis
Ini Cerita Bagaimana Seekor Kucing Membuatkan Pasukan Bolasepak Brazil Menangis. Kredit foto: Twitter @fiedo_did0

Pada sidang media yang diadakan dua hari sebelum perlawanan, pegawai media dari Brazil telah melakukan sesuatu yang mengejutkan terhadap seekor kucing sehingga mengundang liputan meluas di seluruh dunia.

Pemain Brazil tergamam lihat pegawainya humban kucing

Ketika bintang dari Brazil yang juga merupakan pemain kelab Real Madrid, Vinicius Junior sedang menjawab pertanyaan media berkenaan perlawanan menentang Croatia yang bakal diadakan, pegawai media pasukan itu kelihatan terganggu dengan kehadiran haiwan manja itu. Pegawai tersebut pada mulanya mengusap kucing tersebut sebelum menghumban kucing tersebut dari atas meja sidang media.

Ini Cerita Bagaimana Seekor Kucing Membuatkan Pasukan Bolasepak Brazil Menangis
Kredit foto: Twitter @sorayabn

The cat cursed Brazil pic.twitter.com/9WFGVby7Gw

— ّ (@_FzFK) December 9, 2022

Perlakuan kasar pegawai tersebut mengundang reaksi kurang enak daripada Vinicius sendiri, apatah lagi para pengamal media yang berada di hadapannya. Klip rakaman tersebut kemudiannya tular sehingga netizen di seluruh dunia mengecam tindakan pegawai media Brazil itu. Mereka juga turut menjangkakan bahawa Brazil pasti akan menerima nasib malang dalam perlawanan menentang Croatia.

Ini Cerita Bagaimana Seekor Kucing Membuatkan Pasukan Bolasepak Brazil Menangis
Ini Cerita Bagaimana Seekor Kucing Membuatkan Pasukan Bolasepak Brazil Menangis
Ini Cerita Bagaimana Seekor Kucing Membuatkan Pasukan Bolasepak Brazil Menangis

Semalam, firasat netizen ternyata menjadi kenyataan. Pasukan Brazil yang pada asalnya berjaya menjaringkan gol ke atas Croatia mula goyah apabila Croatia terus mengasak serangan sehingga berjaya mengikat kedudukan 1-1, mengheret perlawanan ke sepakan penentuan penalti.

Maka, gambar Neymar menangis pun tersebar di seluruh dunia dek kerana kekalahan yang berpunca daripada kekhilafan pegawai medianya yang menghumban kucing ke atas lantai.

Adakah ‘sumpahan’ kucing ini satu kebetulan atau petanda buruk buat Brazil? Namun, penyokong Brazil seharusnya tetap berbangga kerana Neymar berjaya menjaringkan gol sebanyak 77 gol sepanjang kariernya, menyamai rekod pemain legenda Pele.

Nak lagi kisah best Piala Dunia? Yang ini pasti buat anda pula mengalir air mata: Banduan Penjara Ingin Tonton Piala Dunia, Warden Kongsi Laptop Untuk Tonton Bersama

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gerai Durian Goreng Di Premier 101 Kuching Ini Pasti Buat Anda Ketagih
Next Article Lelaki Ini Sanggup Panggil Polis Sebanyak 2K Kali, Gara-Gara Untuk Memaki Mereka Lelaki Ini Sanggup Panggil Polis Sebanyak 2K Kali, Gara-Gara Untuk Memaki Mereka

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?