Untung betul ada member yang jenis masuk air ni🤣
Siap Buat Topi Dari Kotak, Lelaki Ini Buat Majlis Konvo Di Kilang Buat Netizen Tak Kering Gusi. Sebuah gambar yang menghiburkan hati telah menjadi tular di laman Facebook apabila seorang lelaki dan tiga orang kawannya mengadakan sebuah majlis konvo.
Hanya untuk suka-suka, 4 sekawan ini membuat kongsian di mana mereka mengadakan majlis konvo bukan di dewan, tetapi di kilang kerja mereka!

“Memang prihatin dengan kawan macamni” – Muhd Haiqal
Menerusi kongsian dari FB Muhd Haiqal, Mengambil tempat di perkarangan kilang bertempat di Kuching, gambar tersebut memaparkan individu-individu tersebut mengenakan baju kerja berwarna biru.
Salah seorang daripadanya mengenakan kot panjang menyerupai jubah dan bertopi segi empat yang diperbuat daripada kotak dengan bergaya ala-ala graduan menerima sijil pengiktirafan konvokesyen.

Terdapat juga kadbod yang siap dicatatkan keputusan cemerlang, iaitu 11A++ dan segulung kertas yang diikat. Rata-rata netizen turut tercuit hati lihat gelagat 4 sekawan ini kerana sporting untuk membuat majlis konvokesyen.
Boleh tahan ya ada kawan yang sama-sama masuk air macam ni🤣 Susah nak cari wooo…
