Seronok betul tengok semua gambar beliau jalan-jalan di Sarawak niš¤
‘Ustaz Madi’ Kongsi Gambar Jelajah Sarawak, Tapi Kapsyennya Buat Netizen Terhibur. Seorang pelakon handalan tempatan, Azhan Rani atau nama lakonan yang lebih familiar ‘Ustaz Madi’ dalam drama Nur dan Nur 2 ini telah menjadi perhatian rakyat Sarawak baru-baru ini.
Beliau aktif memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan pengembaraannya di Sarawak menerusi akaun Facebook rasminya.

Patutlah fasih betul cakap bahasa Sarawak, rupa-rupanya…
Kehadiran Azhan Rani di Sarawak telah menarik perhatian netizen setempat, yang membanjiri ruangan komen dengan pujian dan kekaguman. Gambar-gambar yang dimuatnaik oleh beliau menunjukkan keindahan dan keunikannya dalam menjelajah negeri Sarawak.
Namun, menerusi kongsian kapsyen Azhan Rani di Facebook ini malah buat netizen Sarawak terhibur hingga ramai yang boleh relate. Hampir semua kapsyen beliau menggunakan bahasa Sarawak, rupa-rupanya beliau merupakan alumni UNIMAS, Samarahan.


Makan Laksa Sarawak sampai 3 mangkuk
Netizen Sarawak turut memberikan tip dan cadangan kepada Azhan Rani mengenai tempat menarik dan makanan yang patut dicuba semasa pengembaraannya di Sarawak. Sambil menjelajah tanah Borneo, Azhan Rani juga tidak ketinggalan untuk menyantuni peminatnya di Sarawak.
Azhan Rani juga tidak ketinggalan untuk mencuba hidangan Breakfast of the God di Sarawak iaitu Laksa Sarawak di tempat kegemaran beliau dulu iaitu di Kafe Oten, Kampung Sindang Samarahan.

Alahaii, kelakar betul orangnyaš¤£
Jelajah beliau di Sarawak telah memikat hati netizen setempat dan memberikan inspirasi kepada pengikutnya untuk mengambil bahagian dalam mengeksplorasi keindahan alam dan budaya tempatan di Sarawak.
Tindakan beliau dalam mempromosikan destinasi pelancongan turut memberikan kesan positif dalam membantu industri pelancongan negara kita.



