I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Siapakah Kumpulan Abu Sayyaf Dan Kaitannya Dengan Perairan Sabah Yang Perlu Anda Tahu
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Siapakah Kumpulan Abu Sayyaf Dan Kaitannya Dengan Perairan Sabah Yang Perlu Anda Tahu

Nur Afifah 5 Februari 2021
Kongsi
6 Min Bacaan
Kongsi

Sedikit info tentang keselamatan di Sabah.

Siapakah Kumpulan Abu Sayyaf Dan Kaitannya Dengan Perairan Sabah Yang Perlu Anda Tahu. Baru-baru ini, gempar bahawa penceramah bebas, Ustaz Ebit Liew telah dilarang serta merta untuk meneruskan operasi bantuan di sekitar kepulauan Semporna. Namun demikian, larangan tersebut dianggap sebagai sesuatu yang berasas oleh rakyat Sabah yang lebih mengetahui keadaan dan selok belok kawasan tersebut.

Siapakah Kumpulan Abu Sayyaf Dan Kaitannya Dengan Perairan Sabah Yang Perlu Anda Tahu
Siapakah Kumpulan Abu Sayyaf Dan Kaitannya Dengan Perairan Sabah Yang Perlu Anda Tahu
Siapakah Kumpulan Abu Sayyaf Dan Kaitannya Dengan Perairan Sabah Yang Perlu Anda Tahu
Siapakah Kumpulan Abu Sayyaf Dan Kaitannya Dengan Perairan Sabah Yang Perlu Anda Tahu

Sebagaimana yang dikatakan oleh rakyat Sabah melalui media sosial ini, kebanyakan mereka menyebut tentang Abu Sayyaf. Namun, siapakah sebenarnya mereka sehingga ditakuti dan digeruni oleh kebanyakan penduduk Sabah?

Abu Sayyaf, kumpulan pejuang negara Islam merdeka yang bertukar ganas dan kejam

Kumpulan Abu Sayyaf ditubuhkan oleh seorang guru agama iaitu Abdurajak Abubakar Janjalani yang berasal dari Pulau Basilan, Filipina. Beliau menerima pendidikan di Libya, Syria dan Arab Saudi. Perjuangan peribadi beliau bermula sekitar tahun 1980-an semasa menyertai perang di Afghanistan melawan Kesatuan Soviet dan kerajaan.

Abdurajak dikatakan telah bertemu dengan pengasas Al-Qaeda iaitu Osama bin Laden pada ketika itu dan menerima dana berjumlah RM 23.52 juta bagi menubuhkan kumpulan pejuang Islam bersama Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MLNF).

Siapakah Kumpulan Abu Sayyaf Dan Kaitannya Dengan Perairan Sabah Yang Perlu Anda Tahu
Siapakah Kumpulan Abu Sayyaf Dan Kaitannya Dengan Perairan Sabah Yang Perlu Anda Tahu

Berbekalkan dana tersebut, beliau kembali ke Pulau Basilan, Filipina dan mengumpul seberapa ramai anggota radikal laman MLNF yang masih ingin meneruskan perjuangan bersenjata untuk menubuhkan sebuah negara Islam yang merdeka. Akhirnya, kumpulan Abu Sayyaf tertubuh pada tahun 1991.

Sepanjang Abdurajak mengetuai kumpulan tersebut, beliau turut mendapat sokongan dana daripada ahli perniagaan Arab Saudi yang bernama Mohammad Jamal Khalifa yang dikatakan telah berkahwin dengan adik Osama Bin Laden. Khalifa berkunjung ke Filipina pada tahun 1987 dan 1988 dan sempat mengetuai Organisasi Bantuan Islam Antarabangsa Filipina.

Dana lebih banyak dihabiskan untuk biaya gerakan berbanding aktiviti kemanusiaan

Namun demikian, akibat ketaksuban kumpulan tersebut, fokus mereka lebih tertumpu kepada operasi gerakan kumpulan tersebut berbanding aktiviti kemanusiaan yang hanya membelanjakan sekitar 30% daripada dana yang diterima. Mereka mula bertindak ganas dan ekstrim dengan melakukan pengeboman besar-besaran di bandar Ipil, Mindanao pada April 1995.

Malangnya, pada 18 Disember 1988, Abdurajak disahkan maut semasa dalam pertempuran dengan polis Filipina di Pulau Basilan sehingga mencetuskan operasi jenayah seperti yang anda kenali hari ini iaitu penculikan, pembunuhan, dan rompakan bersenjata. Abdurajak meninggal di usia 39 tahun.

Kumpulan Abu Sayyaf berubah hala tuju setelah diambil alih oleh adik Abdurajak

Kumpulan Abu Sayyaf kemudian diambil alih oleh adik Abdurajak, Khadaffy Janjalani. Khadaffy sebelum ini merupakan penjenayah yang pernah melarikan diri dari Kem Crame bersama Jovenal Bruno ketika pengeboman bandar Ipil berlaku.

Di bawah pimpinan Khadaffy, matlamat perjuangan Abu Sayyaf telah berubah daripada membentuk sebuah negara autonomi kepada aktiviti jenayah semata-mata untuk mendapatkan wang tebusan dan sumber kewangan untuk membiayai gerakan serta kelangsungan hidup mereka. Pangkalan mereka kini berada di Jolo, Sulu.

Siapakah Kumpulan Abu Sayyaf Dan Kaitannya Dengan Perairan Sabah Yang Perlu Anda Tahu
Siapakah Kumpulan Abu Sayyaf Dan Kaitannya Dengan Perairan Sabah Yang Perlu Anda Tahu
Sumber infografik : Berita Harian

Selain Abu Sayyaf, terdapat beberapa lagi kumpulah pemisah yang aktif di Selatan Filipina seperti Tentera Rakyat Baru (NPA), Jemaah Islamiah (JI), Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), dan Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF).

Abu Sayyaf dan kumpulan pemisah jadi ancaman keselamatan di Sabah

Kumpulan-kumpulan pengganas ini menjadi ancaman keselamatan utama di perairan Timur Sabah memandangkan perairan Sulu dan Sabah adalah berdekatan antara satu sama lain. Perjalanan dari perairan Malaysia Sabah ke perairan Filipina hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja menggunakan bot laju.

Bahkan, kumpulan pengganas terutamanya Abu Sayyaf sehingga ke hari ini dikatakan masih aktif dan cuba untuk menceroboh perairan negara untuk melakukan aktiviti penculikan. Sasaran utama mereka adalah ahli perniagaan kaya dan nelayan yang berkeliaran di perairan Sabah.

ESSCOM ditubuhkan selepas peristiwa berdarah menentang pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu

Bagi menjaga keselamatan perairan dan kepulauan Timur Sabah, menjaga kedaulatan wilayah dan pemeliharaan keselamatan awam, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dianggotai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polid Diraja Malaysia (PDRM), dan Agensi Penguatkuasaan Maritim telah ditubuhkan pada 1 April 2013.

Siapakah Kumpulan Abu Sayyaf Dan Kaitannya Dengan Perairan Sabah Yang Perlu Anda Tahu

ESSCOM ditubuhkan susulan peristiwa berdarah menentang pengganas bersenjata yang menggelarkan diri mereka “Tentera Kesultanan Sulu” di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Dalam peristiwa tersebut, seramai 9 anggota keselamatan yang terdiri daripada anggota polis, komandi dan ATM terkorban sepanjang operasi pertempuran dengan pengganas.

Pasukan ini bertujuan memantau sebarang pergerakan mencurigakan di kawasan perairan selain bersiap siaga dengan sebarang ancaman lanun dan pengganas.

Malah, sehingga kini, perintah berkurung di wilayah ESSZONE masih berkuatkuasa kerana serangan pengganas boleh berlaku setiap hari dan pada bila-bila masa.

Begitulah serba sedikit info tentang kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang menjadi ancaman keselamatan di perairan dan kepulauan Sabah.

Baca selanjutnya :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kecoh Lelaki Pecah Pintu Kaca Bank, Dakwa Suara Halus Punca Kelakuannya Kecoh Lelaki Pecah Pintu Kaca Bank, Dakwa Suara Halus Punca Kelakuannya
Next Article Penduduk Delhi Mungkin Telah Membina 'Imuniti Kawanan' Terhadap Virus COVID-19 Penduduk Delhi Mungkin Telah Membina ‘Imuniti Kawanan’ Terhadap Virus COVID-19

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?