• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sibu Bakal Miliki Kompleks Beli Belah Terbesar Gabung Konsep Mall Dan Kondominium

Oleh
Nazihah AN
11 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Sibu Bakal Miliki Kompleks Beli Belah Terbesar Gabung Konsep Mall Dan Kondominium

Mall Pertama di Sibu Bakal Saingi Vivacity Kuching

Sibu Bakal Miliki Kompleks Beli Belah Terbesar Gabung Konsep Mall Dan Kondominium. Bandar Sibu kini melangkah setapak ke hadapan dengan pembangunan pusat beli-belah bersepadu terbaharu, Star City Mall. Projek ikonik ini akan menyaksikan gabungan antara pusat membeli-belah moden dan unit kediaman seperti kondominium dan SOHO, sama seperti konsep yang popular di Vivacity Mall, Kuching.

Star City Mall yang terletak di tengah-tengah bandaraya Sibu menjanjikan pengalaman membeli-belah dan gaya hidup yang canggih kepada pengunjung serta penduduk tempatan.

Sibu Bakal Miliki Kompleks Beli Belah Terbesar Gabung Konsep Mall Dan Kondominium

Bakal Jadi Destinasi Tumpuan Pelancong di Sarawak

Dengan keluasan lantai kasar keseluruhan kira-kira 43,631 meter persegi, ia bakal menjadi destinasi membeli-belah terbesar di bandar tersebut, lengkap dengan kemudahan hiburan seperti pawagam, taman permainan kanak-kanak, gimnasium, dan Sky Garden yang eksklusif untuk penghuni kondominium.

Lokasi strategik pusat membeli-belah ini amat memudahkan akses kerana ia berhubung terus dengan jaringan lebuh raya utama seperti Lebuh Raya Pan Borneo, dan dikelilingi pelbagai kemudahan lain termasuk kediaman, hotel, dan kawasan komersial. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2028, dengan pembukaan awal dijadualkan pada suku keempat tahun tersebut.

Dengan kehadiran Star City Mall, Sibu bakal menyaksikan peningkatan aktiviti ekonomi, pelancongan, serta menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Projek ini bukan sahaja melonjakkan imej bandar Sibu sebagai destinasi moden dan dinamik, tetapi turut menjadi mercu tanda baharu yang membanggakan penduduk setempat.

Baca cerita semasa di sini:

Salah Guna Ruang Parkir Awam, Premis Makanan Di Samarahan Disita MPKS
Orang Ulu Dipilih Sebagai Tuan Rumah Gawai Dayak Tahun Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Orang Ulu Dipilih Sebagai Tuan Rumah Gawai Dayak Tahun Ini
Next Article Projek Trans Borneo Rail, Penyambung Utama Logistik Sabah Dan Sarawak Projek Trans Borneo Rail, Penyambung Utama Logistik Sabah Dan Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?