• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Orang Ulu Dipilih Sebagai Tuan Rumah Gawai Dayak Tahun Ini

Oleh
Farisha
11 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Gawai Dayak Sarawak: Perpaduan Etnik Terus Diperkukuh

Orang Ulu Dipilih Sebagai Tuan Rumah Gawai Dayak Tahun Ini. Tahun ini, masyarakat Orang Ulu akan menjadi tuan rumah bagi sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak, menurut Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan ini dibuat secara bergilir, dan untuk edisi kali ini, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.

Orang Ulu Dipilih Sebagai Tuan Rumah Gawai Dayak Tahun Ini
Orang Ulu Dipilih Sebagai Tuan Rumah Gawai Dayak Tahun Ini. Sumber foto: Dewan Budaya

Peluang Emas Buat Masyarakat Orang Ulu

Uggah menyatakan bahawa ini merupakan peluang keemasan bagi masyarakat Orang Ulu untuk menonjolkan budaya dan tradisi mereka kepada seluruh rakyat Sarawak. Beliau turut memaklumkan bahawa Gerawat akan membentuk jawatankuasa kerja bagi mencadangkan tarikh serta merancang pelbagai program untuk sambutan kali ini.

Kejayaan Sambutan Gawai Tahun Lepas

Mengimbas kembali sambutan tahun lalu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bidayuh, Uggah menyifatkannya sebagai satu kejayaan besar.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat, termasuk sektor awam dan swasta, atas kerja keras serta sumbangan mereka,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Beliau turut memuji semangat kerjasama antara masyarakat Bidayuh, Iban, dan Orang Ulu yang dilihat semakin kukuh.

“Ini membuktikan bahawa kita boleh mencapai banyak kejayaan melalui perpaduan dan keupayaan untuk bekerjasama,” tambahnya.

Harapan Untuk Masa Hadapan

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2025, Uggah berharap semangat perpaduan ini terus dipelihara dan tidak hanya hadir semasa perayaan Gawai Dayak sahaja.

Sambutan Gawai Dayak kali ini dijangka meriah dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan tradisional yang akan mempamerkan keunikan masyarakat Orang Ulu. Bagi mereka yang ingin menyaksikan sendiri keindahan budaya Sarawak, ini pastinya peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Dengan masyarakat Orang Ulu sebagai tuan rumah, Gawai Dayak Peringkat Sarawak tahun ini dijangka menjadi acara yang penuh warna-warni dan bermakna. Semoga sambutan kali ini membawa kejayaan dan menjadi kenangan manis buat semua yang terlibat.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai perayaan Gawai Dayak:

Tular Pelancong Ikut Poco-poco, Perarakan Gawai Dayak 2024 Tarik Perhatian Ramai
Petronas Lancar Filem ‘Pesan Inik’ Semperna Perayaan Gawai Dayak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anak Dibuli Sehingga Retak Tulang Belakang, Ibu Dakwa Sekolah di Serian Ini Gagal Kawal Disiplin Murid
Next Article Sibu Bakal Miliki Kompleks Beli Belah Terbesar Gabung Konsep Mall Dan Kondominium Sibu Bakal Miliki Kompleks Beli Belah Terbesar Gabung Konsep Mall Dan Kondominium

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?