• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sijil Peperiksaan Tahun 6 Dan Tingkatan 3 Sarawak Bakal Miliki Cop ‘Mahal’ Cambridge

Oleh
Ismail NA
24 November 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Gambar hiasan. Kredit foto: New Zealand Language Centre

Peperiksaan ini akan menepati standard silibus Cambridge

Sijil Peperiksaan Tahun 6 Dan Tingkatan 3 Sarawak Bakal Miliki Cop ‘Mahal’ Cambridge. Sarawak kini bersiap sedia untuk melakar sejarah baru dalam sistem pendidikan dengan memperkenalkan peperiksaan Tahun 6 dan Tingkatan 3 berstandardkan Cambridge.

Bermula 2025, langkah ini bakal menjadi penanda aras penting untuk mengukur pencapaian akademik pelajar di negeri ini.

Sijil Peperiksaan Tahun 6 Dan Tingkatan 3 Sarawak Bakal Miliki Cop 'Mahal' Cambridge
Sijil Peperiksaan Tahun 6 Dan Tingkatan 3 Sarawak Bakal Miliki Cop ‘Mahal’ Cambridge. Gambar hiasan.

Kenapa Sarawak Bawa Kembali Peperiksaan Ini

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dr. Anuar Rapaee, keputusan ini dibuat selepas mendengar kegusaran ibu bapa tentang tahap penguasaan akademik anak-anak mereka.

“Sarawak mahu memastikan pelajar di negeri ini dapat bersaing secara adil dan jelas dengan rakan sebaya mereka,” kata Dr. Anuar. Tambahan pula, Kementerian Pendidikan Malaysia setakat ini tiada perancangan untuk mengembalikan peperiksaan seperti ini di peringkat kebangsaan, menjadikan Sarawak negeri pertama bertindak secara proaktif.

@dr.annuarrapaee

Selepas pemansuhan UPSR, ramai dalam kalangan ibu bapa menyuarakan kebimbangan mereka kerana tiada penilaian untuk melihat sejauh mana perkembangan anak mereka di sekolah rendah. Oleh itu, baru-baru ini telah diumumkan Sarawak akan untuk melaksanakan Pentaksiran Standard untuk pelajar Program Dwi Bahasa (DLP) Sarawak di Tahun 6 mulai 2025, dan di Tingkatan 3 mulai 2028. Soalan peperiksaan ini akan di sediakan oleh Cambridge University Press & Assessment Objektif utama penilaian ini adalah untuk menilai tahap pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di bawah program DLP Sarawak. #DLP #Sarawak #dunsarawak #education #UPSR #MEITD #drannuarrapaee #cambridge

♬ original sound – Dr.AnnuarRapaee – Dr.AnnuarRapaee

Apa Yang Membuatkan Peperiksaan Ini Istimewa

Berita menariknya, peperiksaan ini akan digubal dengan standard Cambridge, menerusi kerjasama dengan Cambridge University Press and Assessment. Mata pelajaran yang akan diuji adalah:

  • Matematik
  • Sains
  • Bahasa Inggeris

Keputusan pelajar akan disahkan dengan sijil berprestij yang mendapat pengiktirafan Cambridge, sebuah nama besar dalam dunia pendidikan global. Menurut Dr. Anuar, sijil ini bukan sekadar kertas biasa tetapi membawa reputasi dunia, menjadikan ia sesuatu yang “mahal” dan bernilai tinggi.

Sijil Peperiksaan Tahun 6 Dan Tingkatan 3 Sarawak Bakal Miliki Cop 'Mahal' Cambridge
Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: New Zealand Language Centre

Ujian Ini Bukan Hanya Sekadar Akademik

Selain mengukur pencapaian pelajar, ujian ini juga akan menilai keberkesanan Program Dwi Bahasa (DLP) yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah Sarawak. Ia juga akan digunakan untuk proses kemasukan ke Sarawak International School dan sekolah berasrama penuh seperti MRSM, dengan perincian yang akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bila Peperiksaan Akan Bermula

  • Tahun 6: Bermula tahun 2025.
  • Tingkatan 3: Bermula tahun 2028.

Reaksi Orang Ramai

Pengumuman ini mendapat pelbagai reaksi, dengan ramai ibu bapa menyambut baik langkah ini kerana ia memberi peluang untuk anak-anak mereka memperoleh pensijilan bertaraf antarabangsa.

Adakah ini akan menjadi titik permulaan transformasi pendidikan di Sarawak? Apa pendapat anda tentang peperiksaan bertaraf Cambridge ini? Kongsi pandangan anda di ruangan komen.

Pendidikan tinggi percuma di Sarawak kelak dikhabarkan menggunakan sistem merit sepenuhnya, menyisihkan sistem kuota:

Universiti Milik Kerajaan Sarawak Tidak Lagi Guna Sistem Kuota, Diganti Dengan Sistem Merit
Dari Sabah Ke Nebraska, Anak Jati Tawau Ini Suarakan Hak Pendidikan Di Amerika Syarikat

SUMBER :TikTok Dr Anuar RapaeeThe Star
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Barangan Rumah Bernilai Lebih RM40K Lesap, Polis Giat Buru 4 Perompak Bersenjata Di Serian
Next Article Ngalai, Ketahui Ritual Penyembuhan Komuniti Bajau Di Kota Belud Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?