• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Disyaki Simpan Video Lucah Kanak-Kanak Dalam Telefon Bimbit, 2 Lelaki Sarawak Ditahan

Oleh
Farisha
20 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Polis Sarawak Dedah Kes Eksploitasi Kanak-Kanak, Orang Ramai Diseru Laporkan Aktiviti Mencurigakan

Disyaki Simpan Video Lucah Kanak-Kanak Dalam Telefon Bimbit, 2 Lelaki Sarawak Ditahan. Polis Sarawak baru-baru ini telah menahan dua lelaki kerana disyaki mengakses laman web dan menyimpan video lucah kanak-kanak di telefon bimbit mereka. Penangkapan ini dibuat dalam dua kes berasingan di Bintulu dan Miri.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata, kegiatan ini terbongkar hasil siasatan yang dijalankan pada April dan November 2024.

Disyaki Simpan Video Lucah Kanak-Kanak Dalam Telefon Bimbit, 2 Lelaki Sarawak Ditahan
Disyaki Simpan Video Lucah Kanak-Kanak Dalam Telefon Bimbit, 2 Lelaki Sarawak Ditahan. Gambar sekadar hiasan.

“Suspek ditahan selepas polis menerima maklumat yang mengaitkan mereka dengan kesalahan di daerah masing-masing,” kata beliau, menurut laporan media tempatan.

Disiasat Bawah Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Seksyen ini memperuntukkan hukuman tegas ke atas individu yang didapati bersalah mengakses atau memiliki bahan berkaitan eksploitasi seksual kanak-kanak.

Kalau sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga lima tahun, dikenakan denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya sekali.

Polis Seru Masyarakat Ambil Peranan

Dato Mancha turut mengingatkan orang ramai supaya menjauhi aktiviti melayari, mengakses atau menyimpan bahan pornografi kanak-kanak. Katanya, tindakan ini adalah satu jenayah yang sangat serius.

Beliau juga menggesa rakyat Malaysia untuk melaporkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti sebegini kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

Jangan jadi ‘silent witness’! Ayuh bersama-sama lindungi masa depan anak-anak kita.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kes rogol kanak-kanak bawah umur:

Lelaki Dari Lundu Dipenjara 10 tahun Dan 3 Sebatan Kerana Merogol Kanak-Kanak Bawah Umur
Padah Rogol Kanak-kanak Bawah Umur, Warga Emas 61 Tahun Berdepan Hukuman Penjara Di KK
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article JPA Perjelas Tiada Paksaan Cuma Galakan Terhadap Penjawat Awam Punyai BMI Sihat JPA Perjelas Tiada Paksaan Cuma Galakan Terhadap Penjawat Awam Punyai BMI Sihat
Next Article Kisah Jadi Inspirasi Ramai, Veveonah Kini Meneruskan Pelajaran Dalam Bidang Perubatan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?