• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kisah Jadi Inspirasi Ramai, Veveonah Kini Meneruskan Pelajaran Dalam Bidang Perubatan

Oleh
Husna Hazmi
21 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Perkembangan terkini Veveonah baru-baru ini tarik perhatian ramai

Kisah Jadi Inspirasi Ramai, Veveonah Kini Meneruskan Pelajaran Dalam Bidang Perubatan. Nama Veveonah Mosibin kembali menjadi perhatian apabila dia tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini. Sebabnya? Gadis berusia 23 tahun dari Kampung Sapatalang, Pitas ini sudah pun memulakan pengajian perubatannya di Management and Science University (MSU), Shah Alam, sejak 1 Oktober lalu.

Menurut Veveonah yang akan menerima skrolnya pada penghujung bulan ini, pihak penaja sudah menanggung penerbangan balik Sabah untuk Krismas, tapi kos untuk membeli tiket penerbangan tambahan untuk konvokesyen memang mahal, terutamanya pada bulan Disember.

Kisah Jadi Inspirasi Ramai, Veveonah Kini Meneruskan Pelajaran Dalam Bidang Perubatan
Kisah Jadi Inspirasi Ramai, Veveonah Kini Meneruskan Pelajaran Dalam Bidang Perubatan

Veveonah terkenal dengan video viral “24 Hours on Tree”

Veveonah, yang sebelum ini terkenal dengan video viral “24 Hours on Tree” kerana perlu memanjat pokok untuk mendapatkan sambungan internet bagi peperiksaan dalam talian, sebenarnya graduan Ijazah Sains Marin dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.46.

Namun, sejak 2021, impiannya berubah di mana keadaan mental yang tidak stabil dan kemurungan menyebabkan kesukaran buat keputusan yang kurang tepat dengan kebolehan dan minat sebenar. Veveonah pada awalnya teruja dengan sains marin, tapi lama-lama hilang minat, terutamanya semasa pandemik Covid-19.

“Bidang ini perlukan lebih banyak pembelajaran secara praktikal, tapi kami belajar semuanya secara dalam talian,” jelasnya.

Sedang dia bergelut dengan perasaan itu, Veveonah sedar hatinya lebih tertarik pada bidang perubatan. Walaupun begitu, dia tetap memilih untuk menamatkan ijazah pertamanya demi memenuhi kontrak biasiswa.

Kisah Jadi Inspirasi Ramai, Veveonah Kini Meneruskan Pelajaran Dalam Bidang Perubatan
Sumber gambar: FB Veveonah Mosibin
Kisah Jadi Inspirasi Ramai, Veveonah Kini Meneruskan Pelajaran Dalam Bidang Perubatan
Sumber gambar: New Straits Times

Perjalanan Baru di MSU

Kini, sebagai pelajar tahun pertama kursus perubatan lima tahun, Veveonah sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan di MSU sambil dalam proses memohon biasiswa untuk pengajiannya.

“Di sini, saya ada kawan-kawan daripada pelbagai latar belakang. Mereka sangat baik dan banyak membantu saya menyesuaikan diri. Dikelilingi oleh orang yang bijak dan rajin buat saya lebih bersemangat,” katanya.

Walaupun terlepas saat menerima skrol di pentas, Veveonah kini berada di landasan untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor. Kisahnya terus menjadi inspirasi kepada ramai, terutama mereka yang pernah menyaksikan perjuangannya di atas pokok demi pendidikan.

Selamat maju jaya, Veveonah!

Veveonah pernah tular sebelum ini:

Berkat Usaha Bermalam Di Atas Pokok Untuk Jawab Peperiksaan, Veveonah Akhirnya Dapat CGPA 3.5
Didakwa Tidak Menduduki Peperiksaan, Veveonah Luah Perasaan Kecewa Menerusi Facebook
SUMBER :New Straits Times
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Disyaki Simpan Video Lucah Kanak-Kanak Dalam Telefon Bimbit, 2 Lelaki Sarawak Ditahan
Next Article Pasaraya Kedua Di Kuching, Emart Tabuan Bakal Buka 24 Jam Mulai 1 Januari 2025 Pasaraya Kedua Di Kuching, Emart Tabuan Bakal Buka 24 Jam Mulai 1 Januari 2025

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?