• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Filem Sinakagon, Filem Pertama Sabah Bakal Ditayangkan Di Netflix

Oleh
Nazihah AN
22 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Filem Sinakagon, Filem Pertama Sabah Bakal Ditayangkan Di Netflix

Netflix Bakal Menayangkan Filem Tempatan Sabah, Sinakagon

Filem Sinakagon, Filem Pertama Sabah Bakal Ditayangkan Di Netflix. Industri perfileman Sabah mencipta sejarah baharu apabila filem tempatan, Sinakagon, diumumkan bakal ditayangkan di platform penstriman terkenal dunia, Netflix. Berita ini bukan sahaja membanggakan rakyat Sabah tetapi juga membuka peluang kepada filem-filem Malaysia lain untuk diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Filem Sinakagon yang diterbitkan sepenuhnya di Sabah, memaparkan keindahan budaya dan tradisi negeri di bawah bayu. Ia merupakan filem pertama dari Sabah yang berjaya menembusi platform Netflix, satu pencapaian yang cukup besar buat penggiat seni tempatan. Walaupun tarikh tayangan rasminya masih belum diumumkan, pihak penerbit mengesahkan bahawa ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sinakagon, Filem Pertama Sabah yang Berjaya Tembusi Netflix

Arahan sutradara baharu Timothy Stephen, filem ini merupakan terbitan sulung syarikat Bamboo Sound Studio. Pelakon semuanya dari Sabah, termasuk Fiona Josepher, Ejin Dinting, Lisa Christy, Esthaer Zaino dan Ron Langad.

Beliau berkata filemnya terinpirasi daripada legenda Huminodun, yang menceritakan seorang gadis yang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan penduduk kampungnya daripada kebuluran akibat kemarau. Cerita rakyat ini berkaitan dengan pertandingan Unduk Ngadau yang diadakan setiap tahun sempena perayaan Tadau Kaamatan.

Dengan penyertaan di platform seperti Netflix, filem ini berpeluang untuk ditonton oleh jutaan penonton dari pelbagai negara, sekaligus memperkenalkan keunikan budaya dan cerita rakyat Sabah kepada dunia.

Peminat filem tempatan dan rakyat Sabah secara amnya berharap kejayaan filem ini akan membuka pintu kepada lebih banyak penerbitan filem dari negeri ini. Dengan sokongan yang kukuh daripada penonton tempatan, industri kreatif Sabah dijangka akan terus berkembang pesat, menghasilkan karya-karya berkualiti yang mencerminkan identiti budaya Malaysia Timur.

Filem Sinakagon bukan sahaja sekadar sebuah hiburan, tetapi juga platform untuk mengukuhkan kedudukan filem Malaysia di mata dunia. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyaksikan filem ini apabila ia mula ditayangkan di Netflix.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Kisah Lagenda Huminodun, Filem Berbahasa Dusun Pertama Malaysia Bakal Ditayangkan
Filem Tempatan Buatan Sabah Bakal Sertai Pasaran Filem Di Tokyo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Pelajar Bergaduh Di Gelanggang Futsal Sabah Undang Kebimbangan Netizen
Next Article Polis Miri Rampas Rokok, Bir Seludup Bernilai Lebih RM700K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?