• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Polis Miri Rampas Rokok, Bir Seludup Bernilai Lebih RM700K

Oleh
Farisha
22 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Lelaki ditahan, barang haram bernilai lebih RM700,000 dirampas

Polis Miri Rampas Rokok, Bir Seludup Bernilai Lebih RM700K. Polis telah menahan seorang lelaki tempatan dan merampas rokok dan bir yang disyaki haram bernilai RM765,840 dalam serbuan yang dijalankan semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata dalam kenyataan hari ini bahawa operasi tersebut telah dijalankan oleh Batalion 12 Pasukan Gerakan Am sekitar pukul 11 pagi semasa serbuan di sebuah premis di pusat bandar.

Polis Miri Rampas Rokok, Bir Seludup Bernilai Lebih RM700K
Polis Miri Rampas Rokok, Bir Seludup Bernilai Lebih RM700K

Hasil serbuan tersebut berjaya merampas 1,450 karton rokok pelbagai jenama dan 50 kotak bir.

“Kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” kata Alexson, menurut laporan media tempatan.

Beliau menjelaskan bahawa hukuman bagi kesalahan pertama ialah denda sehingga 20 kali ganda nilai duti kastam atau RM100,000, yang mana lebih tinggi, dan/atau penjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Suspek berusia 33 tahun itu telah direman selama lapan hari untuk membantu siasatan.

Alexson turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti jenayah untuk melaporkannya kepada pegawai penguatkuasa di balai polis berdekatan atau menghubungi 085-433730.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai rokok dan bir seludup:

Kastam Rampas Rokok Dan Bir Seludup Bernilai RM3.1 Juta Di Sabah
Kastam Sabah Rampas 6 Kontena Arak Bernilai Lebih RM2.74 Juta
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Filem Sinakagon, Filem Pertama Sabah Bakal Ditayangkan Di Netflix Filem Sinakagon, Filem Pertama Sabah Bakal Ditayangkan Di Netflix
Next Article Menyesal Tidak Pilih ASB, Individu Rugi RM6K Dalam Unit Trust

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?