• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sindiket Campur Dengan Minyak Masak Terpakai Punca Bekalan Minyak Masak Susut Drastik

Oleh
Husna Hazmi
25 Januari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Terdapat segelintir sindiket yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan masalah ini.

Sindiket Campur Dengan Minyak Masak Terpakai Punca Bekalan Minyak Masak Susut Drastik. Dilaporkan bahawa kegiatan mencampur minyak masak subsidi dengan minyak masak terpakai oleh sindiket bagi mengaut keuntungan antara punca kekurangan bekalan minyak masak paket di pasaran. 

Sindiket Campur Dengan Minyak Masak Terpakai Punca Bekalan Minyak Masak Susut Drastik
Sindiket Campur Dengan Minyak Masak Terpakai Punca Bekalan Minyak Masak Susut Drastik. Gambar sekadar hiasan

Beberapa tangkapan dibuat manakala lesen digantung

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid, kegiatan tersebut telah dikesan dengan beberapa tangkapan telah dibuat untuk siasatan manakala lesen mereka digantung. 

“Berdasarkan maklumat diterima, harga minyak terpakai adalah lebih mahal iaitu RM4.50 sekilo berbanding minyak masak subdisi RM2.50 sekilo. Jadi sindiket ini mengambil minyak masak paket 1kilogram (kg) ini dan mencampurkannya dengan minyak terpakai,” kata beliau. 

Beliau berkata demikian selepas meninjau pelaksanaan dan pematuhan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) di Pasar Komuniti Stutong baru-baru ini. 

Sindiket Campur Dengan Minyak Masak Terpakai Punca Bekalan Minyak Masak Susut Drastik

Segelintir syarikat dan individu yang tidak bertanggungjawab botolkan semula minyak masak

Tambah beliau lagi, isu kekurangan minyak masak paket ini juga berlaku oleh kerana segelintir syarikat dan individu yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil minyak masak subsidi 1kg ini untuk dibotolkan semula sebab harga minyak botol adalah lebih mahal. 

Minyak masak paket ini juga turut dibeli oleh golongan M40 dan pengusaha-pengusaha restoran yang mana adalah tidak layak untuk membelinya melainkan golongan B40 sahaja. 

Mengenai isu kenaikan harga barang pula, beliau berkata bahawa ada beberapa sebab yang menyumbang kepada kenaikan harga barang oleh peniaga. Sebagai contoh, bagi barang pertanian, harga makanan yang terdiri daripada jagung dan soya import meningkat, kos pengangkutan pula tinggi serta masalah pekerja asing. 

Menurut beliau lagi, seperti yang sedia dimaklumkan, pihak kerajaan sedang mengkaji dan membuat rundingan agar kenaikan harga minyak ini adalah tidak melampau.

Sindiket Campur Dengan Minyak Masak Terpakai Punca Bekalan Minyak Masak Susut Drastik

Jika satu harga barang naik, ia akan berkait dengan barang yang lain. Berikutan masalah ini, pihak kementerian ingin memastikan para peniaga tidak mengalami kerugian manakala pengguna pula tidak teraniaya, ujar Datuk Rosol Wahid.

Para peniaga pula dibenarkan menaikkan harga barang tetapi dengan syarat tiada unsur mencatu dan juga tidak mengaut keuntungan yang melampau.

Baca lagi di sini mengenai kenaikan harga barang:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hadap Masalah Bekalan, McDonald Kini Tidak Lagi Tawarkan Kentang Goreng Hidangan Besar Hadap Masalah Bekalan, McDonald Kini Tidak Lagi Tawarkan Kentang Goreng Hidangan Besar
Next Article Terpanjang Di Sarawak, Jejambat Nyabau Di Bintulu Kini Dibuka Untuk Orang Awam

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?