• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sindiket Dadah Dalam Serbuk Jus Tumpas, Lelaki Warga Asing Ditahan Di Sibu

Oleh
Aina Musa
17 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Sindiket Dadah Dalam Serbuk Jus Tumpas, Lelaki Warga Asing Ditahan Di Sibu

Sindiket dadah tumpas

Sindiket Dadah Dalam Serbuk Jus Tumpas, Lelaki Warga Asing Ditahan Di Sibu. Seorang lelaki warga asing berdepan hukuman mati setelah ditahan bersama pelbagai jenis dadah di sebuah pusat hiburan DI Jalan Pahlawan di sini pada malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, berkata suspek ditahan lebih kurang jam 10.20 malam oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Sindiket Dadah Dalam Serbuk Jus Tumpas, Lelaki Warga Asing Ditahan Di Sibu. Sumber: Suara sarawak

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek berusia 26 tahun itu, polis telah menjumpai 18 paket plastik warna putih bertulis ‘Juice Master’ yang masing-masing berisi serbuk jus disyaki campuran dadah jenis Ecstacy anggaran berat kasar 692.90 gram.

“Turut dijumpai ialah lapan paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Ketamine anggaran berat kasar 9.18 gram dan 14 paket plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi 14 biji pil, disyaki dadah jenis Ecstacy anggaran berat kasar 8.07 gram,” menurutnya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Zulkipli, anggaran kasar keseluruhan rampasan berjumlah 710.05 gram dengan nilai rampasan berjumlah RM7,640.

Tambahnya, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif dadah dan tidak ada mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Suspek seterusnya ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan suspek telah direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut jika disabitkan kesalahan, mandatori gantung sampai mati,” tegas Zulkipli.

Baca lagi artikel menarik:

Jabatan Air Sabah Potong 24 Paip Sambungan Haram Di UMS
Kantoi Masuk Kuching Guna Jalan Tikus, 6 PATI Indonesia Diusir Keluar Oleh TDM
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ramai Pegawai Tertinggi Indonesia Letak Jawatan Sebelum Pindah Ibu Kota Ke Nusantara Ramai Pegawai Tertinggi Indonesia Letak Jawatan Sebelum Pindah Ibu Kota Ke Nusantara
Next Article Tertunda Tahun Lepas, Pesta Buku Terapung Doulos Hope Kembali Berlabuh Di Kuching Ogos Ini Tertunda Tahun Lepas, Pesta Buku Terapung Doulos Hope Kembali Berlabuh Di Kuching Ogos Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?