• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Skill Jualan Luar Biasa Peniaga Ini Di Tamu Papar Buat Netizen Kagum

Oleh
Farisha
13 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Peniaga Tamu Papar Buat Netizen Kagum dengan Kreativiti Jualan

Skill Jualan Luar Biasa Peniaga Ini Di Tamu Papar Buat Netizen Kagum. Satu hantaran di media sosial telah mencuri perhatian ramai apabila seorang lelaki menunjukkan cara unik menjual produknya di tamu Papar, Sabah.

Menerusi perkongsian di Facebook, lelaki tersebut mempromosikan produk untuk menampal baldi yang bocor dengan penuh gaya dan keyakinan.

Skill Jualan Luar Biasa Peniaga Ini Di Tamu Papar Buat Netizen Kagum
Skill Jualan Luar Biasa Peniaga Ini Di Tamu Papar Buat Netizen Kagum

Pakai Tikar Rumah Jadi Penampal Baldi

Dalam video yang dikongsikan, lelaki berkenaan menunjukkan langkah demi langkah menggunakan produknya untuk membaiki baldi bocor.

Menurutnya, tidak perlu membazir beli baldi baru. Dengan hanya menggunakan tikar rumah yang telah dipotong, produk khas itu boleh digunakan untuk menutup kebocoran pada baldi.

Demonstrasi secara langsung ini ternyata berjaya menarik perhatian pelanggan yang lalu-lalang.

Netizen: Skill Macam Ni Memang Power

Tidak hairanlah, ruangan komen dipenuhi dengan pujian daripada netizen yang kagum melihat kreativiti dan keberanian Angkol.

“Ijazah terbaik memang datang dari jalanan,” tulis seorang pengguna Facebook.

“Skill menjual begini tiada dalam buku teks sekolah,” seorang lagi netizen berseloroh.

Tamu Papar, Tempat Lahiran Usahawan Kreatif

Tamu Papar sememangnya terkenal dengan keunikan dan pelbagai barang yang dijual oleh peniaga tempatan. Namun, gaya lelaki tersebut menjual produknya kali ini benar-benar luar biasa.

Malah, ramai yang bersetuju bahawa cara jualannya bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga mampu memberikan inspirasi kepada usahawan lain untuk berfikir di luar kotak.

Kisah lelaki ini adalah bukti bahawa kreativiti dan semangat juang adalah kunci kejayaan. Jadi, kepada sesiapa yang bercadang untuk berkunjung ke tamu, siapa tahu, anda mungkin berpeluang melihat aksi lelaki tersebut secara langsung.

Apa Kata Anda?

Adakah anda pernah melihat cara unik seperti ini di mana-mana tamu atau pasar? Kongsi pengalaman anda di ruangan komen!

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai pemandu bot fasih berbahasa Korea di Sabah:

Fasih Berbahasa Korea, Pemandu Bot Pelancong Di Sabah Ini Tarik Perhatian Ramai
SUMBER :Jamia LiwasSabah Info
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar Sibu Redah Banjir Dengan Bantuan APM Dan Tentera Demi Hadir Ujian SPM Pelajar Sibu Redah Banjir Dengan Bantuan APM Dan Tentera Demi Hadir Ujian SPM
Next Article Paksa Pelajar Bukan Islam Sabah, Sarawak Sertai Program Dakwah Di Masjid – Penulis

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?