• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar Sibu Redah Banjir Dengan Bantuan APM Dan Tentera Demi Hadir Ujian SPM

Oleh
Nazihah AN
13 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Pelajar Sibu Redah Banjir Dengan Bantuan APM Dan Tentera Demi Hadir Ujian SPM

Calon SPM Sibu Tetap Sampai Tepat Waktu

Pelajar Sibu Redah Banjir Dengan Bantuan APM Dan Tentera Demi Hadir Ujian SPM. Hujan lebat yang melanda kawasan Sibu telah menyebabkan limpahan air Sungai Batang Rajang sehingga beberapa kawasan rendah ditenggelami air. Situasi ini turut memberi cabaran besar buat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpaksa berdepan jalan yang dinaiki air untuk ke pusat peperiksaan.

Namun, dalam keadaan genting ini, bantuan pantas daripada pasukan keselamatan berjaya memastikan perjalanan pelajar ke dewan peperiksaan berjalan lancar.

Pelajar Sibu Redah Banjir Dengan Bantuan APM Dan Tentera Demi Hadir Ujian SPM

Pasukan penyelamat tampil heroik

Pada jam 7 pagi tadi, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak untuk bantuan khas. Tujuh pelajar, dua guru, dan tiga pengawas peperiksaan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kwong Hua, Bawang Assan, memerlukan bantuan untuk sampai ke sekolah.

Tanpa berlengah, seramai tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama dua anggota tentera dan dua kakitangan PPD Sibu melancarkan operasi penghantaran. Mereka menggunakan kenderaan khas untuk mengharungi banjir yang telah menenggelamkan laluan utama.

Semangat juang tinggi calon SPM

Dengan kerjasama yang mantap, pasukan penyelamat berjaya menghantar semua pelajar dan pengawas ke pusat peperiksaan tepat pada jam 7.30 pagi. Kecekapan pasukan ini memberi kelegaan kepada pelajar yang sudah tentu ingin menumpukan perhatian kepada peperiksaan penting mereka.

Walaupun keadaan banjir mencabar, semangat pelajar untuk menduduki SPM tetap tinggi.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Ini Perkembangan Terkini Jambatan Ikonik Di Bintulu-Jepak
137 Senjata Api Tiruan Dirampas Di Kedai Mainan Kuching Dan Samarahan, 10 Individu Ditahan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Perkembangan Terkini Jambatan Ikonik Di Bintulu-Jepak Ini Perkembangan Terkini Jambatan Ikonik Di Bintulu-Jepak
Next Article Skill Jualan Luar Biasa Peniaga Ini Di Tamu Papar Buat Netizen Kagum

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?