• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Skuad Dota 2 Wanita Negara Raih Emas Kejohanan E-Sukan Komanwel

Oleh
ILB - AI
7 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Meraih kemenangan dengan mata 2-0

Skuad Dota 2 Wanita Negara Raih Emas Kejohanan E-Sukan Komanwel. Skuad Dota 2 wanita negara menunjukkan aksi cemerlang apabila mara ke pusingan grand final menentang England pada Kejohanan E-Sukan Komanwel di Birmingham pada Sabtu.

Pasukan daripada barisan pemain Grills Gaming, iaitu Stephanie ‘Auroraa’ Lim Yuen Lii, Nadrah ‘Nada’ Saufi, Wong ‘HG’ Wei Sian, Bette ‘iStarx’ Chia Hooi Ping dan Tan ‘Shizuma’ Lyn Xhin meraih kemenangan dengan mata 2-0 menentang England.

Skuad Dota 2 Wanita Negara Raih Emas Kejohanan E-Sukan Komanwel
Skuad Dota 2 Wanita Negara Raih Emas Kejohanan E-Sukan Komanwel. Kredit: Media Sosial

Perjuangan skuad wanita yang membanggakan

Pengurus Pasukan, Tiffani ‘Oling’ Lim turut berkongsi kegembiraan di media sosial selepas lagu Negaraku berkumandang di pentas juara yang menjadi milik Malaysia.

The medal ceremony & Malaysian national anthem. Incredibly proud to be carrying the Jalur Gemilang 🇲🇾

Posted by Grills Gaming on Saturday, August 6, 2022

Dia turut menekankan beberapa perkara di mana amat sedikit perhatian dan peluang yang diberikan kepada skuad wanita walaupun perjuangan mereka sudah berada di tahap yang tertinggi.

Namun, dengan wujudnya platform sebegini diharap dapat mempamerkan kemahiran mereka serta mampu bersaing di kejohanan yang akan datang.

Para gadis ini tampak sukar untuk dikalahkan, dan saya sangat berbangga dengan mereka. Saya sayang mereka dengan sepenuh hati saya dan sangat berharap agar pencapaian ini membolehkan mereka mendapat penghargaan dan sokongan yang sepatutnya mereka dapatkan,”

Tiffani ‘Oling’ Lim
Skuad Dota 2 Wanita Negara Raih Emas Kejohanan E-Sukan Komanwel
Haikal menang pingat emas E-Football dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel. Kredit: Media Sosial

Turut meraih pingat emas, Haikal berjaya menjuarai E-Football Open membuatkan Malaysia kini menggenggam dua pingat emas dalam tangan.

Tahniah kepada skuad wanita Dota 2 kerana mencatatkan rekod tanpa kalah sepanjang Kejohanan E-Sukan Komanwel 2022 ini berlangsung.

Kenali juga gadis Sarawak, Nadrah “Nada” Saufi yang turut menjadi tonggak pasukan juara ini 😍 :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Selepas Adik, Abang Pula Mengharumkan Nama Malaysia Di Pentas ASEAN
Next Article Berang Cinta Ditolak, Lelaki Ini Serang Bekas Kekasih Dengan Parang Di Sibu Berang Cinta Ditolak, Lelaki Ini Serang Bekas Kekasih Dengan Parang Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?