• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Heroine’ E-Sport Sibu, Nadrah Saufi Bakal Beraksi di Sukan Komanwel Birmingham

Oleh
Aina Musa
31 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
'Heroine' E-Sport Sibu, Nadrah Saufi Bakal Beraksi di Sukan Komanwel Birmingham

Wah, Gamer wanita pertama Sarawak ke luar negara tu!

‘Heroine’ E-Sport Sibu, Nadrah Saufi Bakal Beraksi Di Sukan Komanwel Birmingham. ‘Gamer’ yang berasal dari Sibu ini bersedia untuk memberikan yang terbaik dalam pertandingan e-sport di Sukan Komanwel di Birmingham, England dari 1 hingga 8 Ogos ini.

Nadrah juga berhasrat untuk menjadi ‘gamer’ wanita pertama dari Sarawak untuk memenangi pingat dalam sukan e-sport Dota 2 kategori wanita.

'Heroine' E-Sport Sibu, Nadrah Saufi Bakal Beraksi di Sukan Komanwel Birmingham
Heroin E-sport Sibu, Nadrah Saufi Bakal Beraksi di Sukan Komanwel Birmingham

Anak gadis Sarawak pertama yang dipilih untuk mewakili pasukan e-sport negara

Gadis berusia 25 tahun yang mesra dengan panggilan ‘Nada’ itu merupakan anak jati Sarawak yang pertama yang telah dipilih mewakili pasukan e-sport negara.

Menurutnya, beliau tidak sabar untuk membuat satu kejayaan besar kerana ini adalah kejohanan utama pertama beliau setakat ini.

Sebelum ini, beliau pernah menyertai kejohanan mini e-sports yang dianjurkan secara dalam talian.

Menurut Nadrah, kapten pasukan Stephanie ‘Aurora’ Lim Yuen Lii menghubunginya secara peribadi untuk menyertai pasukan e-sport negara setelah disyorkan oleh rakan-rakannya.

Pasukan e-sport negara ini juga turut dianggotai oleh Be e ‘Istarx’ Chia Hoi Ping, ‘HG’ Wong Wei Sian dan ‘Shizuma’ Tan Lyn Xhin.

'Heroine' E-Sport Sibu, Nadrah Saufi Bakal Beraksi di Sukan Komanwel Birmingham
Kredit Foto: Borneo Post Online

Akan berusaha yang terbaiknya untuk mendapatkan emas

Mereka menyasarkan untuk menamatkan podium tetapi dalam masa yang sama akan mencuba sehabis baik untuk mendapatkan emas dalam sukan tersebut.

Nadrah kini sedang mengikuti kursus Sarjana Muda Pengurusan Teknologi di Universiti Teknologi Sarawak di Sibu.

Beliau mula bermain sukan e-sport selepas menonton kejohanan dunia esport tahunan untuk Dota 2 pada 2016.

Tambahnya, rakan beliau telah menunjukkan kepada beliau siaran langsung perlawanan antara Wings Gaming dan Digital Chaos dan beliau tertarik dengan cara permainan itu dimainkan.

Kenali juga Ibnuqaldoon, atlet dari Gedong yang pernah mewakili Malaysia ke Sukan SEA Hanoi acara E-Sport. 

Lagi di sini:

SUMBER :Borneo Post Online
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Persembahan Koir Secara Maya, Sekolah Menengah Swasta St Joseph Merangkul Anugerah Emas Di BICF Persembahan Koir Secara Maya, Sekolah Menengah Swasta St Joseph Merangkul Anugerah Emas Di BICF
Next Article Lagi Mangsa Dipercayai Dibaham Buaya, Kini Berlaku Di Sabah Lagi Mangsa Dipercayai Dibaham Buaya, Kini Berlaku Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?