• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Slang Sabah Pekat Sangat’, Tracie Sinidol Tertekan Pengarah Tak Puas Hati Dengan Lakonan

Oleh
Farisha
27 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Slang Sabah pekat sangat dalam lakonan, namun Tracie cuba memperbaiki dengan lebih baik dan tidak mengalah

Slang Sabah Pekat Sangat, Tracie Sinidol Tertekan Pengarah Tak Puas Hati Dengan Lakonan. Anak kelahiran Sabah, Tracie Sinidol tertekan menjayakan watak Nuha dalam drama Slot Akasia Luruhnya Bunga Cinta di saluran TV3, malah dia buntu apabila pengarah tidak puas hati dengan lakonannya.

“Saya sangat-sangat stress sebenarnya, kadang-kadang saya bila datang set penggambaran, pengarah tak mahu apa yang yang saya buat, dia cakap ‘saya bukan dalam karakter Nuha, saya masih karakter Tracie.

“Saya stress, apa lagi yang kurang, karakter Nuha itu macam mana? Saya juga dah tonton drama asal, tapi pengarah masih tak berpuas hati.

Slang Sabah Pekat Sangat, Tracie Sinidol Tertekan Pengarah Tak Puas Hati Dengan Lakonan
Sumber: ig

“Balik sahaja rumah, saya buat penambahbaikan, belajar buat ekspresi muka, dialog, tanya pengarah sendiri. Kemudian baru saya dapat karakter yang pengarah mahukan,” ujarnya menurut sumber.

Tracie berkata dia akan terus berlatih untuk hiburkan penonton

Memetik laporan, difahamkan Tracie akui bukan mudah baginya untuk menjiwai watak yang sarat dengan emosi itu, namun dia tetap akan berlatih demi menghiburkan para penonton.

“Kalau ada babak yang perlu saya menangis, awal-awal saya datang set saya akan ‘mellow’. Sebab saya nak ambil mood.

“Sebab karakter Nuha ini agak mencabar, ia sangat emotional, banyak babak menangis dan terluka. Jadi saya perlu dapatkan emosi itu.

“Give up itu tak ada sangat tapi ‘breakdown’ itu semestinya ada lah, sebab bila saya dah set untuk shoot beberapa episod, apa yang saya sudah start, saya perlu habiskan. Itu mind set saya, no give up for me,” katanya lagi menerusi xtra.

Slang Sabah Pekat Sangat, Tracie Sinidol Tertekan Pengarah Tak Puas Hati Dengan Lakonan
Drama Luruhnya Bunga Cinta. Sumber: xtra

Sukar untuk berbahasa semenanjung, namun tidak akan mengalah

Dalam pada itu, dia turut menyatakan bahawa sukar baginya untuk bertutur dalam loghat bahasa Semenanjung, kerana slang Sabahnya sangat pekat.

“Saya juga kurang kawan, tapi bila datang set saya cakap dengan semua kru-kru yang ada. Jadi setiap hari saya akan cakap semenanjung, lama-lama ia bertambah baik juga dalam lakonan,” katanya yang tidak akan mudah putus asa.

“Pelakon lain juga nampak perubahan itu, mereka cakap teruskan belajar. Saya juga baru berpindah ke semenanjung selama 1 tahun, tapi masih belajar lebih kurang 5 bulan,” ujarnya lagi.

Untuk makluman, Drama Luruhnya Bunga Cinta sudah mula bersiaran di slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam, yang diadaptasikan daripada siri drama popular Korea yang berjudul Autumn in My Heart.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pelakon Jelitawan Kelahiran Sabah, Ini Biodata Penuh Tracie Sinidol
‘Macam Kakak Dan Adik Kan’, Akhirnya Tracie Sinidol Dan Mira Filzah Berjumpa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Dah Jadi Buah Tangan Kayangan’, Warga Borneo Kecewa Harga Gardenia Naik Lagi
Next Article Sebahagian Golongan M40 Dijangka Henti Peroleh Subsidi Bahan Api Menjelang Tahun 2024 Sebahagian Golongan M40 Dijangka Henti Peroleh Subsidi Bahan Api Menjelang Tahun 2024

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?