• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

SOP Baharu Dari JPBB Bintulu : Tidak Boleh Berada Di Tempat Awam Selepas Jam 8 Malam

Oleh
Husna Hazmi
27 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Majikan juga diwajibkan untuk melaksanakan bekerja dari rumah di Bintulu.

SOP Baharu Dari JPBB Bintulu : Tidak Boleh Berada Di Tempat Awam Selepas Jam 8 Malam. Dipetik daripada laporan Unit Komunikasi Awam Sarawa (UKAS), berkuatkuasa pada 27 April hingga 10 Mei 2021 ini, individu tidak lagi dibenarkan berada di tempat awam selepas jam 8.00 malam. 

SOP Baharu Dari JPBB Bintulu : Tidak Boleh Berada Di Tempat Awam Selepas Jam 8 Malam
SOP Baharu Dari JPBB Bintulu : Tidak Boleh Berada Di Tempat Awam Selepas Jam 8 Malam

Sejajar dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu Jack Aman Luat perkara ini sejajar dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu yang telah dikemaskini pada Isnin. 

“Tiada individu dibenarkan berada di tempat awam selepas jam 8.00 malam tanpa sebab atau alasan yang munasabah.

“Sekiranya gagal memberikan alasan munasabah, individu berkenaan boleh dikenakan kompaun serta merta,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat JPBB Bintulu yang diadakan di Pejabat Residen Bahagian Bintulu pada Isnin.

SOP Baharu Dari JPBB Bintulu : Tidak Boleh Berada Di Tempat Awam Selepas Jam 8 Malam

Bagi yang ingin membeli barangan keperluan rumah hanya dua individu daripada isi rumah sahaja boleh keluar

Tambah Jack lagi, bagi mereka yang ingin membeli barangan keperluan rumah hanya dua individu daripada isi rumah sahaja boleh keluar dalam radius tidak melebihi 10 km dari kediaman atau ke tempat paling hampir dengan kediaman sekiranya bekalan keperluan tersebut tiada dalam radius 10 km dari kediaman mereka. 

Di samping itu, Jack yang juga Residen Bahagian Bintulu turut memberitahu semua sektor pekerjaan di Bahagian Bintulu diwajibkan melaksanakan bekerja dari rumah.

“Semua sektor pekerjaan juga diwajibkan melaksanakan 70 peratus kakitangannya bekerja dari rumah dan hanya 30 peratus  sahaja kehadiran ke pejabat,” ujarnya. 

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sekolah Bakal Kembali Ke PdPR 2 Minggu Selepas Cuti Raya Aidilfitri
Next Article Akibat Bermain Mahjung, 11 Individu Dikenakan Kompaun Sehingga RM 22K Di Sibu Akibat Bermain Mahjung, 11 Individu Dikenakan Kompaun Sehingga RM 22K Di Sibu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?