• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Sekolah Bakal Kembali Ke PdPR 2 Minggu Selepas Cuti Raya Aidilfitri

Oleh
Husna Hazmi
27 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Cuti hari raya tahun ini akan diteruskan dengan PdPR selama 2 minggu.

Sekolah Bakal Kembali Ke PdPR 2 Minggu Selepas Cuti Raya Aidilfitri. Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin sesi pembelajaran selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan diteruskan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah.

Sekolah Bakal Kembali Ke PdPR 2 Minggu Selepas Cuti Raya Aidilfitri
Sekolah Bakal Kembali Ke PdPR 2 Minggu Selepas Cuti Raya Aidilfitri

Sesi pembelajaran tersebut akan bermula pada 16 hingga 27 Mei bagi sekolah kumpulan A

Sesi pembelajaran tersebut akan bermula pada 16 hingga 27 Mei bagi sekolah kumpulan A (sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 17 hingga 28 Mei bagi sekolah kumpulan B (sekolah-sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Radzi berkata keputusan itu dibuat bagi mengelak daripada risiko jangkitan COVID-19 di sekolah selepas cuti sekolah bagi meraikan perayaan Aidilfitri yang dijadualkan pada 7 hingga 15 Mei bagi sekolah kumpulan A dan 8 sehingga 16 Mei bagi sekolah kumpulan B.

Beliau turut menjelaskan bahawa selepas tempoh PdPR itu, murid dan pelajar akan menyambung cuti penggal yang bermula pada 28 Mei sehingga 12 Jun bagi sekolah kumpulan A dan 29 Mei sehingga 13 Jun bagi sekolah kumpulan B.

Sekolah Bakal Kembali Ke PdPR 2 Minggu Selepas Cuti Raya Aidilfitri

Pelajar yang tinggal di asrama sekolah di bawah KPM di seluruh negara turut akan dibenarkan pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri

“Ini sesuatu yang baharu kita belajar. Jika tahun lalu ketika perayaan Aidilfitri sekolah tutup ketika itu, jadi kita tidak tahu data selepas raya macam mana.

“Kita khuatir terutama mereka yang akan pulang ke asrama kerana menjangkakan ada jangkitan yang akan didapati dari luar, jadi kita ambil langkah ini untuk mengawal penularan tersebut kerana selepas perayaan pelajar berada di rumah lebih lama,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin (26 April).

Radzi berkata pelajar dan murid yang tinggal di asrama sekolah di bawah KPM di seluruh negara turut akan dibenarkan pulang bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri dan juga akan melalui PdPR dalam tempoh dua minggu selepas cuti tersebut.

Sebelum ini, takwim sekolah bagi 2021 menetapkan selepas cuti Aidilfitri, pelajar dan murid perlu hadir semula ke sekolah bagi meneruskan sesi pembelajaran bersemuka selama dua minggu dan bercuti penggal selepas itu.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ikut Jejak Bintulu, Kini Pergerakan Masuk Ke Kapit Juga Perlu Keputusan Ujian RT-PCR Negatif
Next Article SOP Baharu Dari JPBB Bintulu : Tidak Boleh Berada Di Tempat Awam Selepas Jam 8 Malam

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?