• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

SOP Hari Raya Di Sarawak Dipinda Lagi, Kini Hanya Dibenarkan Hanya Pada Hari Pertama

Oleh
ILB - AI
10 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Pindaan tersebut diumumkan dalam siaran media SDMC hari ini

SOP Hari Raya Di Sarawak Dipinda Lagi, Kini Hanya Dibenarkan Hanya Pada Hari Pertama. Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak hari ini memaklumkan bahawa Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2021 telah dipinda.

Menurut laporan tersebut, setelah menilai situasi semasa COVID19 di Sarawak, Majlis Islam Sarawak telah bersetuju untuk membuat pindaan garis panduan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, iaitu hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja dengan kehadiran dihadkan untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

Sumber : KENYATAAN MEDIA SDMC (10 MEI 2021)

Sementara itu, Sarawak mencatatkan 649 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 397 atau 61.17 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Sibu, Bintulu, Miri, Selangau dan Pakan.

Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Sibu (120), Bintulu (82), Miri (79), Selangau (65), Pakan (51), Kuching (49), Kapit (36), Kanowit (28), Betong (17), Beluru (17), Pusa (15), Subis (14), Belaga (13), Samarahan (12), Sebauh (10), Meradong (8), Song (5), Bau (4), Mukah (4), Tatau (4), Matu (4), Saratok (4), Sri Aman (3), Serian (1), Limbang (1), Lundu (1), Julau (1) dan Sarikei (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 35,809 kes. Daripada 649 kes baharu yang dilaporkan, seramai 41 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

2 kematian juga dicatatkan hari ini dengan 1 kematian dicatatkan di Hospital Sibu dan 1 lagi kematian dicatatkan di Hospital Kapit. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID19 di Sarawak telah meningkat kepada 209 orang. 2 kluster baru juga dicatatkan di Sarawak hari ini, dengan 1 kluster dikesan di Bintulu dan 1 lagi kluster dikesan di Selangau. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster di Sarawak kini adalah 78 kluster.

29 kampung, rumah panjang dan kawasan perumahan pula akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan. 6 kawasan dilanjutkan dan 6 kawasan lagi telah ditamatkan.

Setakat hari ini, Sarawak telah mencatatkan 35,160 kes positif COVID19, 63 individu kini berada di Unit Rawatan Rasmi, ICU dan 6597 kes masih aktif.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Akibat Tekanan Luar Biasa, Pelajar Asal Sibu Di Sebuah Universiti Taiwan Bunuh Diri
Next Article Gara-Gara Sebiji Tembikai, Seorang Lelaki Tua Dituduh Mencuri Di Pasaraya Samarahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?