• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Spartan, Acara Sukan Lasak Berhalangan Terbesar Dunia Bakal Diadakan Di Sarawak Jun Ini

Oleh
Husna Hazmi
19 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Acara sukan lasak ini akan diadakan pada 11 dan 12 Jun tahun ini!

Spartan, Acara Sukan Lasak Berhalangan Terbesar Dunia Bakal Diadakan Di Sarawak Jun Ini. Dilaporkan bahawa acara sukan lasak berhalangan terbesar dunia, Spartan akan berlangsung di Bumi Kenyalang Jun ini dengan edisi Perlumbaan Spartan Sarawak selepas dua tahun penangguhan akibat pandemik Covid-19.

Spartan, Acara Sukan Lasak Berhalangan Terbesar Dunia Bakal Diadakan Di Sarawak Jun Ini
Spartan, Acara Sukan Lasak Berhalangan Terbesar Dunia Bakal Diadakan Di Sarawak Jun Ini

Diadakan di Institut Pertanian Sarawak dan Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak

Berdasarkan kenyataan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, perlumbaan itu akan diadakan pada 11 dan 12 Jun di Institut Pertanian Sarawak dan Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak, kedua-duanya di Semenggoh, Kuching.

“Perlumbaan Spartan Sarawak dinobatkan sebagai perlumbaan Spartan paling sukar di Asia Tenggara oleh pelumba Spartan selepas acara itu julung kali diadakan di Sarawak pada 2019. Perlumbaan tahun ini tiada bezanya dan akan menampilkan dua kategori paling popular iaitu 5 km Sprint (20 halangan) dan 10 km Super (25 halangan),” menurut kenyataan itu.

Perlumbaan sukan lasak berhalangan terbesar di dunia dijangka menarik seramai 2,500 peserta dengan 1,000 orang dari luar Malaysia dan setakat hari ini, seramai 1,058 peserta telah mendaftar untuk acara itu.

“Perlumbaan Spartan Sarawak 2022 akan meletakkan negeri ini pada peta sebagai destinasi pelancongan antarabangsa kerana acara ini dijangka menarik minat pelumba dari seluruh negara,” menurut kenyataan itu.

Spartan, Acara Sukan Lasak Berhalangan Terbesar Dunia Bakal Diadakan Di Sarawak Jun Ini

Spartan juga akan menganjurkan Borneo Trail Classic pada Oktober

Mereka yang mendaftar untuk Perlumbaan Spartan Sarawak 2020 boleh memindahkan tiket mereka ke perlumbaan tahun ini dengan menghantar maklumat menerusi e-mel [email protected] manakala mereka yang belum mendaftar boleh berbuat demikian melalui https://my.spartan.com/en.

Spartan juga akan menganjurkan Borneo Trail Classic pada Oktober ini di Sarawak, satu daripada sembilan hentian Spartan Trail World Championship Series (STWC) di seluruh dunia dan satu-satunya hentian di Asia.

Borneo Trail Classic yang menawarkan hadiah wang berjumlah AS$18,000 (RM76,456.91) akan diadakan di Redeems Centre di Kampung Apar, Bau dari 14 hingga 16 Okt, dengan pelumba perlu berlumba merentasi hutan, bukit dan sungai untuk ke garisan penamat bagi merangkul anugerah rasmi dan pingat Spartan Trail World Championship Series.

Maklumat lanjut mengenai Borneo Trail Classic boleh didapati di www.borneotrailclassic.com.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tambah Kekerapan Ke Sabah Sarawak Sempena Raya, MAS Tak Berniat Letak Harga Tinggi Untuk Susahkan Pelanggan Tambah Kekerapan Ke Sabah Sarawak Sempena Raya, MAS Tak Berniat Letak Harga Tinggi Untuk Susahkan Pelanggan
Next Article Ibu Terpaksa Bersalin Sendiri, Dilema Jalan Buruk Di Pedalaman Nabawan Sampai ‘Hailak’ Pun Terbalik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?