I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ibu Terpaksa Bersalin Sendiri, Dilema Jalan Buruk Di Pedalaman Nabawan Sampai ‘Hailak’ Pun Terbalik
Notification Show More
Latest News
Sanggup Berkhidmat Lewat Malam Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5 Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5
Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5
18 Mei 2022
Masuk Adalah Percuma! Siniawan Art & Folklore Music Festival Bakal Berlangsung Pada 20 Mei Ini
Masuk Adalah Percuma! Siniawan Art & Folklore Music Festival Bakal Berlangsung Pada 20 Mei Ini
18 Mei 2022
Ibu Bapa Saman Anak Tunggal RM2.8 Juta Kerana Gagal Memberikan Cucu
Ibu Bapa Saman Anak Tunggal RM2.8 Juta Kerana Gagal Memberikan Cucu
18 Mei 2022
Parti Ketiga Keluarkan Amaran Netizen Pula Berang Lihat Situasi Gudang JT 301 Kuching Tidak Teruru Parti Ketiga Keluarkan Amaran, Netizen Pula Berang Lihat Situasi Gudang J&T 301 Kuching Tidak Terurus
Parti Ketiga Keluarkan Amaran, Netizen Pula Berang Lihat Situasi Gudang J&T 301 Kuching Tidak Terurus
18 Mei 2022
Guru Tunjang Sekolah Sejahtera, Anak Sarawak Dinobatkan Tokoh Guru Kebangsaan 2022
Guru Tunjang Sekolah Sejahtera, Anak Sarawak Dinobatkan Tokoh Guru Kebangsaan 2022
18 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ibu Terpaksa Bersalin Sendiri, Dilema Jalan Buruk Di Pedalaman Nabawan Sampai ‘Hailak’ Pun Terbalik

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 19/04/22 3:15 PM
Kongsi
6 Min Bacaan
BeFunky collage 64 Ibu Terpaksa Bersalin Sendiri, Dilema Jalan Buruk Di Pedalaman Nabawan Sampai 'Hailak' Pun Terbalik
Kongsi
Sponsored

‘Hailak’ pun terbalik, inikan pula motorsikal dan kereta biasa.

Ibu Terpaksa Bersalin Sendiri, Dilema Jalan Buruk Di Pedalaman Nabawan Sampai ‘Hailak’ Pun Terbalik. Di sisi pedalaman kawasan Nabawan di Sabah, rupanya isu akses jalan yang sepatutnya menjadi kemudahan asas pada abad ini masih belum selesai. Kampung Pengaraan, kira-kira 80 kilometer dari pekan terdekat, Sook menyaksikan pelbagai masalah asas yang sepatutnya mudah tetapi menjadi sulit hanya kerana ketiadaan akses asas jalan raya.

Menerusi hantaran Facebook yang dimuat naik oleh seorang aktivis, Dayang Hayati Fernandez di Facebook, beliau menceritakan kepayahan dan dilema yang dialami oleh penduduk Kampung Pengaraan, Nabawan Sabah sejak sekian lamanya.

Sponsored
Ibu Terpaksa Bersalin Sendiri, Dilema Jalan Buruk Di Pedalaman Nabawan Sampai 'Hailak' Pun Terbalik
Keadaan jalan ke Kg Pengaraan, Nabawan Sabah. Sumber: FB 80 Hours Around Sabah

Ibu terpaksa bersalin sendiri kerana belanja ke pekan besar

Paling menarik perhatian adalah bagaimana seorang ibu – penduduk Kampung Pengaraan terpaksa bersalin sendiri dan memotong tali pusat sendiri kerana kos untuk ke hospital atau klinik terdekat memakan masa berhari-hari dan belanja yang besar. Bayi yang dilahirkan kini berusia lebih kurang 2 minggu belum mendapat rawatan kesihatan asas yang sewajarnya.

Ibu Terpaksa Bersalin Sendiri, Dilema Jalan Buruk Di Pedalaman Nabawan Sampai 'Hailak' Pun Terbalik
Ibu Terpaksa Bersalin Sendiri, Dilema Jalan Buruk Di Pedalaman Nabawan Sampai ‘Hailak’ Pun Terbalik. Sumber: FB Dayang Hayati Fernandez

Mengulas lanjut tentang situasi tersebut, Dayang Hayati sempat bertanyakan kepada pengawal keselamatan di Kampung Pengaraan tentang bagaimana wanita mengandung melahirkan anak. Meskipun terdapat Pasukan Kesihatan yang datang ke kampung itu, mereka menjelaskan bahawa mereka boleh menghubungi bantuan helikopter sekiranya berlaku hal kecemasan.

Sponsored

Walau bagaimanapun, kos untuk pulang semula ke kampung adalah di bawah tanggungan sendiri. Akibat keadaan jalan yang sangat buruk, kos untuk keluar dari kampung ini adalah sekitar RM 400 hingga RM 500 untuk sewaan sebuah kereta. Lebih menyedihkan, jika tiada kenderaan, mereka terpaksa berjalan kaki selama 7 hari untuk ke Pekan Keningau. Sekali sekala, mereka akan bermalam di pondok menunggu untuk berehat sebelum menyambung perjalanan keesokan harinya.

Jika sudah sampai di pekan, mereka akan mengambil kesempatan untuk bermalam di rumah tumpangan murah dengan kadar RM 35 semalam sebelum bertolak pulang, menempuh semula perjalanan yang panjang.

Sponsored

Perjalanan mereka akan menjadi lebih mudah jika musim kemarau. Namun, apabila musim hujan, situasi ini sangat sukar buat mereka.

Ibu Terpaksa Bersalin Sendiri, Dilema Jalan Buruk Di Pedalaman Nabawan Sampai 'Hailak' Pun Terbalik
Sumber: FB Dayang Hayati Fernandez
Ibu Terpaksa Bersalin Sendiri, Dilema Jalan Buruk Di Pedalaman Nabawan Sampai 'Hailak' Pun Terbalik
Sumber: FB Dayang Hayati Fernandez

Impak kepada status warganegara anak kampung meskipun memang anak tempatan

Impak situasi ini tidak terhenti di situ. Mengulas lanjut, Dayang Hayati memberitahu bayangan bahawa bayi yang sememangnya anak tempatan ini kelak berpotensi untuk tidak dianggap sebagai warganegara akibat ketiadaan dokumen penting seperti rekod rasmi kesihatan, apatah lagi dokumen peribadi seperti surat beranak, MyKid dan sebagainya.

Sponsored

Ketiadaan akses jalan yang sepatutnya ini menjadi satu beban buat para ibu kerana terpaksa mengumpul wang banyak semata-mata untuk membiayai kos perjalanan untuk mendaftarkan dokumen pengenalan anak-anak mereka. Lebih membimbangkan, ada kanak-kanak di kampung itu yang sudah berusia 4 dan 5 tahun masih belum mempunyai dokumen pengenalan diri.

Sebelum ini, ibu mengandung dari Kampung Pengaraan terpaksa keluar ke pekan satu atau dua bulan lebih awal bagi memudahkan proses kelahiran dan pendaftaran kelahiran. Namun, malang bagi ibu ini yang terpaksa bersalin sendiri kerana jalan terputus.

Sponsored

‘Hailak’ pun tumpas, inikan pula kenderaan biasa

Menerusi hantaran Zazila Roslan pula, kenderaan yang berkuasa tinggi seperti kenderaan pacuan empat roda atau sering dipanggil ‘hailak’ oleh penduduk di Sabah dan Sarawak pun tumpas di tengah jalan dek kerana keadaan jalan yang tidak kondusif. Apatah lagi jambatan yang menghubungkan Kampung Pengaraan dan kampung terdekat runtuh akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Perjalanan ke Kampung Pengaraan ini dihambat pelbagai dugaan seperti risiko tanah runtuh, cerun sungai dan jalan yang berbonggol yang boleh merosakkan kenderaan.

Sponsored
Ibu Terpaksa Bersalin Sendiri, Dilema Jalan Buruk Di Pedalaman Nabawan Sampai 'Hailak' Pun Terbalik
Sumber: FB Zazila Roslan

Para guru yang bertugas di sana juga sanggup berjalan kaki kerana tidak mampu meneruskan perjalanan menggunakan motorsikal untuk sampai ke sekolah meskipun jauh dan memenatkan. Zazila turut menyenaraikan dilema yang dihadapi oleh penduduk kampung akibat ketiadaan akses jalan raya ini.

Ibu Terpaksa Bersalin Sendiri, Dilema Jalan Buruk Di Pedalaman Nabawan Sampai 'Hailak' Pun Terbalik
Sumber: FB Zazila Roslan

Jalan ke Kampung Pengaraan bukan prioriti kerana tiada rangsangan ekonomi

Ditanya kepada penduduk tempatan tentang permohonan bantuan untuk penyelenggaraan jalan, dari sebelum kejadian banjir lagi. Mereka memberitahu bahawa permohonan telah dibuat namun pihak atasan memberitahu bahawa kampung mereka tidak diberikan keutamaan. Hal ini kerana kampung tersebut dikatakan tidak mempunyai rangsangan ekonomi meskipun penduduk Kampung Pengaraan merupakan pengusaha lada dan memerlukan akses jalan untuk menjual hasil tanaman mereka ke Keningau dan Nabawan.

Sponsored

Beginilah realiti penduduk pedalaman di Sabah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Syabas dan tahniah kepada pasukan sukarelawan 80 Hours Around Sabah serta para doktor dari NGO Doktor Komuniti Kita yang sanggup menempuh perjalanan sukar untuk menyampaikan bantuan ke penduduk ini. Semoga lebih ramai yang sedar bahawa perkara-perkara seperti inilah yang patut kita sebagai rakyat, pejuangkan.

Patah Shafts, Turbo Pecah, Hilux Biru Terbaring, Tayar tercabut, Transmission Faulty, Diesel Habis, side Fender Pecah,…

Sponsored
Posted by 80 Hours Around Sabah on Monday, April 18, 2022

Baca juga:

Sponsored
Nur Afifah 19 April 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Spartan Acara Sukan Lasak Berhalangan Terbesar Dunia Bakal Diadakan Di Sarawak Jun Ini Spartan, Acara Sukan Lasak Berhalangan Terbesar Dunia Bakal Diadakan Di Sarawak Jun Ini Spartan, Acara Sukan Lasak Berhalangan Terbesar Dunia Bakal Diadakan Di Sarawak Jun Ini
Next Article Petanda Raya Makin Hampir Netizen Teruja Bazaar Aidilfitri Satok Kembali Dibuka Malam Ini Petanda Raya Makin Hampir, Netizen Teruja Bazaar Aidilfitri Satok Kembali Dibuka Malam Ini Petanda Raya Makin Hampir, Netizen Teruja Bazaar Aidilfitri Satok Kembali Dibuka Malam Ini

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage 2021 10 13T131912.652 Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Sanggup Berkhidmat Lewat Malam Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5 Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5
Cerita Borneo

Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5

18 Mei 2022
Parti Ketiga Keluarkan Amaran Netizen Pula Berang Lihat Situasi Gudang JT 301 Kuching Tidak Teruru Parti Ketiga Keluarkan Amaran, Netizen Pula Berang Lihat Situasi Gudang J&T 301 Kuching Tidak Terurus
Cerita Borneo

Parti Ketiga Keluarkan Amaran, Netizen Pula Berang Lihat Situasi Gudang J&T 301 Kuching Tidak Terurus

18 Mei 2022
Guru Tunjang Sekolah Sejahtera, Anak Sarawak Dinobatkan Tokoh Guru Kebangsaan 2022
Cerita Borneo

Guru Tunjang Sekolah Sejahtera, Anak Sarawak Dinobatkan Tokoh Guru Kebangsaan 2022

18 Mei 2022
Tahukah Anda Faye Kusairi Dari Drama 7 Hari Mencintaiku Berasal Dari Miri Sarawak Tahukah Anda Faye Kusairi Dari Drama 7 Hari Mencintaiku Berasal Dari Miri Sarawak
Cerita Borneo

Tahukah Anda Faye Kusairi Dari Drama 7 Hari Mencintaiku Berasal Dari Miri Sarawak

17 Mei 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?