• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Species Pati, Ketahui Punca Bahaya Baung Ekor Merah Untuk Ekosistem Kita

Oleh
ILB - AI
2 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Bahayanya ikan pati terbesar dalam keluarganya ini mampu jadikan ikan tempatan tinggal sekadar lagenda

Species Pati, Ketahui Punca Bahaya Baung Ekor Merah Untuk Ekosistem Kita. Siapa dekat sini kaki pancing? Mesti tahu kan dengan ikan terbesar dalam keluarga ikan baung di Asia? Apa lagi kalau bukan baung ekor merah.

Baung ekor merah atau nama saintifiknya Hemibagrus wyckoides atau juga dikenali sebagai Asian Red Tail Catfish ini adalah satu species ikan pati di sungai air tawar di Malaysia. Baung yang berasal dari Sungai Mekong, Thailand dan Vietnam ini mampu menjadi punca ikan tempatan kita menjadi lagenda sahaja.

Species Pati, Ketahui Punca Bahaya Baung Ekor Merah Untuk Ekosistem Kita
Species Pati, Ketahui Punca Bahaya Baung Ekor Merah Untuk Ekosistem Kita. Sumber gambar: Twitter @drfitriyusof

Ikan pemangsa air tawar paling agresif di dunia

Bukan sekadar ikan pati malah baung ekor merah adalah antara ikan air tawar yang paling agresif di dunia. Betapa agresifnya baung ekor merah ini menjadi pemangsa sehingga boleh menjadikan ikan tempatan seperti ikan lampam, sia, jengkua dan ikan tempatan yang lain hanya tinggal nama.

Hal ini adalah disebabkan baung ekor merah ini bersifat ganas dimana baung ini adalah pemangsa yang boleh mencapai berat sehingga puluhan kilogram. Ini yang menjadikan haiwan akuatik yang lain menjadi mangsa sekaligus rantaian makanan, biodiversiti dan ekosistem terjejas.

Species Pati, Ketahui Punca Bahaya Baung Ekor Merah Untuk Ekosistem Kita
Species Pati, Ketahui Punca Bahaya Baung Ekor Merah Untuk Ekosistem Kita. Sumber gambar: Twitter @drfitriyusof

Ikan invasif ganggu ekosistem punca bahayanya ikan ini di sungai air tawar kita

Bukan itu sahaja, dengan saiz yang agak besar dan bersifat pemangsa yang agresif, baung ekor merah akan memdominasikan ekosistem kerana ikan ini juga akan bersaing sesama baung tempatan.

Sekiranya ikan baung ekor merah ini memdominasi sesuatu habitat, ikan tempatan yang asli dari habitat yang lama akan mula pergi ke habitat yang baru. Ini juga menjadi punca mengapa bahayanya ikan baung ekor merah ini ada di sungai air tawar kita.

Walaupun mendapat permintaan yang tinggi dengan harga pasaran yang lumayan dengan saiznya yang agak berat serta penternak menjadikan ianya pilihan yang sesuai untuk akuakultur, namun dinasihatkan supaya kurangkan kemasukan ikan invasif ini ke negara kita.

Species Pati, Ketahui Punca Bahaya Baung Ekor Merah Untuk Ekosistem Kita
Species Pati, Ketahui Punca Bahaya Baung Ekor Merah Untuk Ekosistem Kita. Sumber gambar: Twitter @drfitriyusof

Rugi sebenarnya kalau kita bagi ruang sangat kat ikan pati. Nanti esok lusa generasi anak-anak muda kita dah tidak tahu ikan-ikan tempatan. Malah sekiranya ekosistem terganggu, bukan species ikan je terganggu. Mungkin bekalan ikan ait tawar kita juga semakin berkurang kelak.

Jadi, sama-sama kita lindungi ekosistem.

Boleh baca artikel menarik yang lain dibawah yang berkaitan dengan isu ekosistem:

Ikan Mirip Alligator Dijumpai Di Tatau, Pembunuh Ikan Asli Di Sungai Sarawak
https://www.iloveborneo.my/penjualan-hermit-crab-dengan-dekorasi-cengkerangnya-menarik-di-lombok-indonesia-baik-atau-bahaya/
SUMBER :Twitter @drfitriyusof
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Luang Masa Hujung Minggu, 5 Tempat Dating Di Kuching Yang Anda Wajib Singgah
Next Article Lemas Akibat Gas Pemedih Mata, Lebih 127 Maut Dalam Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?