• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ikan Mirip Alligator Dijumpai Di Tatau, Pembunuh Ikan Asli Di Sungai Sarawak

Oleh
Aina Musa
22 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Ikan Pemusnah Seberat 14 Kilogram Dijumpai Di Sarawak

Ikan Mirip Alligator Dijumpai Di Tatau, Pembunuh Ikan Asli Di Sungai Sarawak. Ikan pemusnah Alligator Gar seberat 14 kilogram (kg) ditemui oleh seorang nelayan di Sungai Anap, Tatau semalam.

Isi Isi Penting
  • Ikan Pemusnah Seberat 14 Kilogram Dijumpai Di Sarawak
  • Dijumpai oleh nelayan ketika sedang memukat ikan
  • Alligator Gar ini boleh memusnahkan ekosistem Sarawak
  • Mendapat pelbagai reaksi daripada netizen

Ikan Alligator Gar ini merupakan sejenis ikan air tawar yang berasal dari Amerika Tengah dan kini spesies ini hanya ditemui di kawasan perairan Teluk Mexico sahaja.

Ikan Mirip Alligator Dijumpai Di Tatau, Pembunuh Ikan Di Sungai Sarawak
Ikan Mirip Alligator Dijumpai Di Tatau, Pembunuh Ikan Asli Di Sungai Sarawak. Sumber foto: FB Sarawak Dayak Community

Spesies ikan invasif ini amat berbahaya dan termasuk dalam senarai larangan import ke Malaysia.

Dijumpai oleh nelayan ketika sedang memukat ikan

Penemuan ikan ini di sungai Sarawak telah menggemparkan orang awam semalam. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh laman Facebook Sarawak Dayak Community, penduduk di kawasan tersebut terkejut dengan kehadiran ikan tersebut yang bukan habitat asalnya di Sungai Sarawak.

Ikan pemusnah itu telah dijumpai oleh seorang nelayan Rumah Ulen Segaya Nangka Tekalit di Tatau semasa beliau sedang memukat ikan.

Ikan ini hanya dijumpai di luar negara dan diharamkan di Malaysia bagi menjaga ekosistem hidupan air di negara ini.

Laman tersebut mendakwa bahawa ikan tersebut dikatakan dibuang oleh individu yang tidak bertanggungjawab ke dalam Sungai Anap. Kebetulan pula, ia secara tidak sengaja memasuki pukat nelayan terbabit.

Ikan Mirip Alligator Dijumpai Di Tatau, Pembunuh Ikan Di Sungai Sarawak
Sumber foto: FB Sarawak Dayak Community

Alligator Gar ini boleh memusnahkan ekosistem Sarawak

Ikan jenis Alligator Gar ini sebenarnya tidak dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia kerana dianggap sebagai pemusnah ekosistem. Habitat asalnya adalah di Sungai Amazon, Amerika Syarikat dan boleh membiak dengan begitu pantas.

Ikan pemangsa ini tahan untuk tidak makan selama berhari-hari. Walau bagaimanapun, haiwan ini akan cenderung untuk makan sebanyak-banyaknya sekiranya berada di kawasan ikan yang banyak.

Ikan ini digelar sebagai ikan pemusnah kerana berupaya memusnah, merosak dan mengubah ekosistem di Sungai Sarawak. Malah, ikan ini juga dilarang untuk dipelihara meskipun sebagai haiwan eksotik.

Spesies ikan ini juga akan menjadi pemangsa hingga menyebabkan ikan tempatan pupus dan boleh mengakibatkan kerugian ekonomi kepada komuniti dan industri tempatan.

Ikan Mirip Alligator Dijumpai Di Tatau, Pembunuh Ikan Di Sungai Sarawak
Ikan Pemusnah Dijumpai Di Sarawak Dan Ini Kesannya Kepada Ekosistem. Kredit Foto: Google

Maka tidak hairanlah ikan pemusnah ini dilarang untuk dibawa masuk ke negara kita kerana boleh memudaratkan alam sekitar lebih-lebih lagi kepada ekosistem di negeri Sarawak.

Sememangnya, Sarawak sangat dikenali sebagai sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai ekosistem yang menarik serta khazanah hidupan air seperti ikan terubok, ikan empurau dan lain-lain. Oleh yang demikian, spesis ini perlu dilupuskan dengan segera jika ditangkap bagi mengurangkan risiko ancaman kepada ikan asli di Sarawak.

Mendapat pelbagai reaksi daripada netizen

Penemuan ikan Alligator Gar di Sungai Anap itu telah menimbulkan pelbagai reaksi oleh netizen. Berdasarkan komen netizen, rata-rata menyuarakan pendapat bahawa ikan tersebut sengaja dilepaskan oleh individu yang tidak bertanggungjawab ke dalam sungai tersebut.

Ikan Mirip Alligator Dijumpai Di Tatau, Pembunuh Ikan Di Sungai Sarawak

Kredit Foto: FB Francis ngu hown hua page

Ikan Mirip Alligator Dijumpai Di Tatau, Pembunuh Ikan Di Sungai Sarawak
Kredit Foto: FB Francis ngu hown hua page
Ikan Mirip Alligator Dijumpai Di Tatau, Pembunuh Ikan Di Sungai Sarawak
Kredit Foto: FB Francis ngu hown hua page

Justeru, orang ramai yang tertangkap atau terjumpa ikan pemusnah ini diingatkan tidak menyimpannya atau tidak dilepaskan semula ke perairan umum demi memastikan ekosistem di Sarawak terjaga.

Baca artikel berkaitan ikan empurau iaitu ikan kayangan di Sarawak:

SUMBER :FB Sarawak Dayak Community
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bukti Jam Tangan, Pejabat Kerajaan Tidak Beroperasi ‘On Time’ Cetus Kecaman Netizen
Next Article Kontinjen Muay Thai Sarawak Unggul, Sapu 5 Pingat Emas Di Pahang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?