• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Spesis ‘Rare’ Dan Terancam, Pelancong Rakam Kelibat Jerung Mako Di Pulau Mabul Sabah

Oleh
Husna Hazmi
10 Januari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Jerung Mako juga mampu melompat setinggi 20 kaki!

Spesis ‘Rare’ Dan Terancam, Pelancong Rakam Kelibat Jerung Mako Di Pulau Mabul Sabah. Dilaporkan bahawa spesis ikan yu yang juga dikenali sebagai jerung mako (Isurus oxyrinchus), dengan saiz kira-kira empat meter telah dilihat baru-baru ini di Pulau Mabul Sabah.

Isi Isi Penting
  • Jerung Mako juga mampu melompat setinggi 20 kaki!
  • Ikan yu yang bersirip pendek dan dikenal pasti sebagai spesis haiwan terancam
  • Kelibat jerung mako tersebut dirakam sedang menghampiri bangkai seekor ikan
  • Wujudnya biodiversiti marin yang mengagumkan di Sabah
Spesis 'Rare' Dan Terancam, Pelancong Rakam Kelibat Jerung Mako Di Pulau Mabul Sabah
Spesis ‘Rare’ Dan Terancam, Pelancong Rakam Kelibat Jerung Mako Di Pulau Mabul Sabah. Kredit gambar: CMS

Ikan yu yang bersirip pendek dan dikenal pasti sebagai spesis haiwan terancam

Jerung Mako merupakan jenis ikan yu yang bersirip pendek dan dikenal pasti sebagai spesis haiwan terancam di bawah Kesatuan Antarabangsa Untuk Pemuliharaan Alam (IUCN).

Hujung bulan disember tahun lepas, seorang pelancong Sylvian Kok telah memuat naik sebuah video merakamkan kelibat jerung mako itu di facebooknya. Video tersebut tular dan mendapat pelbagai reaksi oleh netizen kerana tertarik dengan penemuan spesis ikan yu yang rare itu.

Kehadiran haiwan terbabit di luar habitat kebiasaannya menjadi satu pengalaman unik bagi para pelancong tetepi penemuan itu juga berkemungkinan boleh menjadi sesuatu yang menakutkan.

Spesis 'Rare' Dan Terancam, Pelancong Rakam Kelibat Jerung Mako Di Pulau Mabul Sabah
Kredit gambar: Wild Fact

Kelibat jerung mako tersebut dirakam sedang menghampiri bangkai seekor ikan

Menurut Pengurus Konservasi Scuba Junkie SEAS Cat McCann dalam kenyataan beliau, kelibat jerung mako tersebut dirakam sedang menghampiri bangkai seekor ikan layaran yang terapung di permukaan laut.

Beliau berkata bahawa ikan jerung Mako itu didapati berada di kawasan air cetek yang mana ia berbeza dengan kebiasaan spesis berkenaan yang memilih kawasan laut terbuka.

“Berdasarkan dari saiz sirip pektoral dan bentuk muncungnya, ia dikenal pasti sebagai jerung mako sirip pendek (Isurus Oxyrinchus).

“Spesis jerung ini juga diketahui mampu melompat keluar ke permukaan air sehingga mencapai ketinggian 20 kaki atau hampir lima meter dan kelajuan berenang lebih 70 kilometer sejam dalam tempoh yang singkat,” kata beliau.

Wujudnya biodiversiti marin yang mengagumkan di Sabah

Di samping itu, beliau juga menjelaskan bahawa penemuan tersebut juga menjadi petanda wujudnya biodiversiti marin yang mengagumkan di Sabah khususnya di daerah Semporna.

Dalam masa yang sama, para pelancong yang datang ke Semporna cukup gembira dengan berita ini dan mereka juga turut teruja untuk menyelam bersama jerung.

Tambah beliau lagi, satu kajian dari Institut Sains Marin Australia yang dijalankan oleh Dr Johanna Zimmerhackel mengenal pasti aktiviti pelancongan menyelam bersama jerung telah menghasilkan pulangan sehingga USD16.6 juta (RM69.76 juta) kepada Semporna, Sabah pada tahun 2018.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sedihnya! KFC Tidak Lagi Hidangkan Coleslaw Di Cawangan Tertentu Di Sabah, Sarawak Dan Langkawi Sedihnya! KFC Tidak Lagi Hidangkan Coleslaw Di Cawangan Tertentu Di Sabah, Sarawak Dan Langkawi
Next Article Cubaan Seludup 90K Liter Diesel Di Perairan Miri, Empat Warga Indonesia Kini Berjaya Ditahan Cubaan Seludup 90K Liter Diesel Di Perairan Miri, Empat Warga Indonesia Kini Berjaya Ditahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?