I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Sedihnya! KFC Tidak Lagi Hidangkan Coleslaw Di Cawangan Tertentu Di Sabah, Sarawak Dan Langkawi
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sedihnya! KFC Tidak Lagi Hidangkan Coleslaw Di Cawangan Tertentu Di Sabah, Sarawak Dan Langkawi

Oleh Nazihah AN 10 Januari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Sedihnya! KFC Tidak Lagi Hidangkan Coleslaw Di Cawangan Tertentu Di Sabah, Sarawak Dan Langkawi

Sedihnya! Apalah ayam goreng tanpa coleslaw 🙁

Sedihnya! KFC Tidak Lagi Hidangkan Coleslaw Di Cawangan Tertentu Di Sabah, Sarawak Dan Langkawi. Kalau pergi ke mana-mana cawangan KFC, anda mesti tercari-cari dengan coleslaw, kan? Ayam goreng ni kalau makan dengan coleslaw memang sempurna! Tak adalah rasa kosong sangat kan?

Tetapi baru-baru ini, min mendapat berita sedih bahawa coleslaw kegemaran kita tidak lagi dihidangkan di beberapa cawangan di Sarawak, Sabah dan juga Langkawi. Huaaa.. sedihnya.

Melalui ciapan KFC Malaysia di laman Twitter, pihaknya telah menjawab soalan oleh seorang pengguna akaun Twitter @aaygx yang merupakan penduduk Kuching, Sarawak :

Sedihnya! KFC Tidak Lagi Hidangkan Coleslaw Di Cawangan Tertentu Di Sabah, Sarawak Dan Langkawi
Sedihnya! KFC Tidak Lagi Hidangkan Coleslaw Di Cawangan Tertentu Di Sabah, Sarawak Dan Langkawi.

Pihaknya (KFC) telah memberi keterangan di laman Twitter milik mereka

“Kenapa KFC takde coleslaw dah? @KFCmalaysia KFC Bau sini tiap kali orang order mesti takde?? Even KFC 101 Premier pun sama?? Kenapa? Kenapa? Kenapa???”

Pihaknya telah memberi keterangan dengan menjawab persoalan @aaygx di laman utama Twitter mereka, bahawa mereka tidak lagi menghidangkan coleslaw di cawangan-cawangan tertentu di Sabah, Sarawak dan juga Langkawi.

Sedihnya! KFC Tidak Lagi Hidangkan Coleslaw Di Cawangan Tertentu Di Sabah, Sarawak Dan Langkawi
Sumber gambar: KFC Malaysia

Hi @aaygx, terima kasih atas pertanyaan anda. Dengan dukacitanya, kami tidak menghidangkan coleslaw di cawangan-cawangan tertentu di Sabah, Sarawak dan Langkawi disebabkan batasan logistik yang tidak membenarkan kami menghantar produk yang segar untuk mengekalkan kualiti kami.

— KFCmalaysia (@KFCmalaysia) January 7, 2022

Alasannya, batasan logistik tidak benarkan menghantar produk untuk mengekalkan kualiti

“Hi @aaygx, terima kasih atas pertanyaan anda. Dengan dukacitanya, kami tidak menghidangkan coleslaw di cawangan-cawangan tertentu di Sabah, Sarawak dan Langkawi disebabkan batasan logistik yang tidak membenarkan kami menghantar produk yang segar untuk mengekalkan kualiti kami.”

Telah difahamkan bahawa bekalan untuk coleslaw ke Sabah, Sarawak dan Langkawi terpaksa dihentikan atas alasan batasan logistik yang tidak membenarkan pihaknya menghantar produk segar untuk mengekalkan kualiti produk mereka.

Sedihnya bila KFC kita tidak lagi menghidangkan coleslaw sebagai hidangan sampingan untuk dimakan bersama ayam goreng dan snack plate yang selalu kita order. Mungkin dah tiba masanya untuk kita buat resipi coleslaw untuk diri sendiri.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ahli Parlimen Bintulu Kecam DG Hisham Lagi, Kali Ini Pertikai Kelayakan Pula
Next Article Spesis ‘Rare’ Dan Terancam, Pelancong Rakam Kelibat Jerung Mako Di Pulau Mabul Sabah

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?