• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Spiderman Serian’ Tular Kerana Cara Uniknya Lariskan Jualan Makanan Depan Hospital Serian

Oleh
Ismail NA
25 Jun 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Best betul kalau jumpa penjaja sporting macam ni kan?

‘Spiderman Serian’ Tular Kerana Cara Uniknya Lariskan Jualan Makanan Depan Hospital Serian. Susulan situasi pandemik yang masih tidak surut-surut di Sarawak, kebanyakan perniagaannya tentunya merasa sangat terjejas. Apatah lagi tempoh PKP masih lagi berjalan dan tidak memperlihatkan tanda-tanda untuk ditamatkan buat waktu ini. Tinjauan kami di Facebook mendapati kebanyakan peniaga terutamanya peniaga kecil terpaksa mencari solusi yang tidak terfikir dek akal untuk melariskan jualan mereka.

Isi Isi Penting
  • Best betul kalau jumpa penjaja sporting macam ni kan?
  • “Saya sanggup berjual di mana-mana sahaja,” – Spiderman Serian
  • Mi Sapi Spiderman Serian antara yang menu yang paling laris
  • Spiderman Serian amalkan polisi ‘Tak Sedap Tak Payah Bayar’
  • Lagi kisah ‘Spiderman’ yang menarik untuk anda :

Namun, peniaga kecil yang satu ini telah menarik perhatian kami di Facebook. Kelibat penjaja makanan yang digelar ‘Spiderman Serian’ ini sudah mulai tular sejak semalam. Mana tidaknya, penjaja yang menyarung kostum adiwira Spiderman ini kelihatan gigih menjual makanan di stesen bas hadapan Hospital Serian, Sarawak.

'Spiderman Serian' Tular Kerana Cara Uniknya Lariskan Jualan Makanan Depan Hospital Serian
‘Spiderman Serian’ Tular Kerana Cara Uniknya Lariskan Jualan Makanan Depan Hospital Serian
Sumber : Facebook Spiderman Serian

“Saya sanggup berjual di mana-mana sahaja,” – Spiderman Serian

Penjaja tersebut digelar ‘Spiderman Serian’ kerana beliau merupakan satu-satunya penjaja yang tampil unik di bandar tersebut. Ketika dihubungi I Love Borneo, penjaja tersebut, Chua Yong Seng yang berusia 39 tahun mengakui bahawa perniagaannya agak terjejas terutamanya sewaktu PKP ini. Oleh itu, beliau mengambil inisiatif untuk menjual makanan secara ‘tapau’ di hadapan Hospital Serian.

Bukan itu sahaja, beliau juga sanggup menyarung kostum ‘Spiderman’ untuk menarik minat pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Katanya, beliau sebagai penjaja juga tidak kisah untuk menjaja makanannya di mana-mana sahaja.

'Spiderman Serian' Tular Kerana Cara Uniknya Lariskan Jualan Makanan Depan Hospital Serian
Sumber : Facebook Spiderman Serian

Mi Sapi Spiderman Serian antara yang menu yang paling laris

Antara menu laris dan yang menjadi ‘trademark’ penjaja unik ini adalah Mi Sapi Spiderman Serian. Selain itu, anda juga boleh merasai kuetiaw sapi, nasi goreng udang butter dan nasi goreng udang blackpepper pada harga yang berpatutan. Nak ajak bergambar pun, ‘Spiderman Serian’ ini on saja! Tambah Chua lagi, perniagaan makanan beliau adalah berprinsipkan ‘No Pork Served’ (Tidak menghidangkan khinzir).

'Spiderman Serian' Tular Kerana Cara Uniknya Lariskan Jualan Makanan Depan Hospital Serian
Sumber : Facebook Spiderman Serian
'Spiderman Serian' Tular Kerana Cara Uniknya Lariskan Jualan Makanan Depan Hospital Serian
Sumber : Facebook Spiderman Serian
'Spiderman Serian' Tular Kerana Cara Uniknya Lariskan Jualan Makanan Depan Hospital Serian
Sumber : Facebook Spiderman Serian

Penjaja asal Sibu yang telah berniaga di Serian sejak 10 tahun lalu ini juga turut mempunyai perniagaan di kedai 882779 Seafood Corner, Serian yang dibuka dari jam 10 pagi sehingga 7 malam.

'Spiderman Serian' Tular Kerana Cara Uniknya Lariskan Jualan Makanan Depan Hospital Serian
Foto ihsan Spiderman Serian
'Spiderman Serian' Tular Kerana Cara Uniknya Lariskan Jualan Makanan Depan Hospital Serian
Foto ihsan Spiderman Serian
'Spiderman Serian' Tular Kerana Cara Uniknya Lariskan Jualan Makanan Depan Hospital Serian
Foto ihsan Spiderman Serian

Spiderman Serian amalkan polisi ‘Tak Sedap Tak Payah Bayar’

Satu lagi perkara yang istimewa tentang ‘Spiderman Serian’ ini adalah beliau akan memulangkan semula bayaran pelanggan sekiranya pelanggan mengadu makanan yang dijualnya tidak enak untuk dimakan. Jelasnya lagi, beliau sememangnya mengamalkan polisi tersebut sejak beliau berniaga di Serian dan di kedai makanan laut miliknya. Tagline polisi tersebut adalah ‘Tak Sedap Tak Payah Bayar’ dan sememangnya diketahui oleh pelanggan setia ‘Spiderman Serian’ ini sejak dari dulu lagi.

Jika anda ingin membeli air tangan ‘Spiderman Serian’ ini, anda hanya perlu singgah ke stesen bas di hadapan Hospital Serian setiap hari dari jam 10 pagi hingga 2 petang. ‘Spiderman Serian’ ini juga menyediakan khidmat cash-on-delivery (COD) di kawasan Serian. Jangan risau, Spiderman Serian ini mengamalkan penjarakan fizikal dan pematuhan SOP.

Selain menjual secara fizikal di stesen bas Hospital Serian dan kedai 882779 Seafood Corner, Serian, anda juga boleh mengikuti perkembangan ‘Spiderman Serian’ ini di laman Facebook Spiderman Serian.

'Spiderman Serian' Tular Kerana Cara Uniknya Lariskan Jualan Makanan Depan Hospital Serian
Sumber : Facebook Spiderman Serian

Anda boleh membuat pesanan makanan ‘Spiderman Serian’ di aplikasi Whatsapp (013-576 2779) melalui pautan ini : https://wa.link/cq0ozs

Selamat maju jaya buat Spiderman Serian. #supportlokal

Lagi kisah ‘Spiderman’ yang menarik untuk anda :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rakyat Sarawak Yang Tiada IC Boleh Dapat Vaksin COVID-19, Ketua Kampung Boleh Buat Pengesahan Rakyat Sarawak Yang Tiada IC Boleh Dapat Vaksin COVID-19, Ketua Kampung Boleh Buat Pengesahan
Next Article TERKINI : Ujian RT-PCR Kembali Diwajibkan Untuk Kemasukan Ke Sarawak Mulai 28 Jun 2021

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?